Friday, August 12, 2011

Tanda Soal ?

taken from : qiswahhassanah.blogspot.com


Assalamualaikum… hari ni saya nak tukar dari saya ke aku ..
“duuhhhh… like we care …”
wait a second. Let me explain it first.

Sudah lama aku mahu menulis akan sesuatu. Tapi gerak hati aku mengatakan tak.hati ini menghalang.mungkin ini terlalu personal bagiku. Tapi harusku luahkan apa yang terpendam. Biarlah ini kali pertama aku menyampaikannya. Aku tiada niat untuk menyalahgunakan laman ini untuk mencurahkan apa yang termendap di dasar seketul daging , dalam jasad seorang manusia iaitu aku. Tak ada. Sudah aku jadikan niat aku utk menulis hanya untuk menaikan semangat org lain. Aku suka begitu. Aku suka lihat cahaya di mata yang memandang , di telinga yang mendengar dan di hati yang memahami. Aku suka begitu . Ya Aku suka begitu.

Ramai yang bertanya pasal masa depanku. Bukan sebagai doktor tapi pasal tu lah. Pasal aku-tahu-kau-pun-tahu( terpengaruh dengan harry potter… hehehe ) terus kepada tajuk yang lebih jelas. Kahwin! Salah satu perkataan yang kerap terpacul di bibirku yang selalu aku tak ikhlas menyebutnya. Ya. Aku kerap menyebutnya . dan selalu disalah ertikan.

Selalu , gadis diusiaku memikirkannya. Bagaimana pemilihan bakal suami , majlis perkahwinan , baju persandingan ,tema warna dan sebagainya……………….. bohonglah aku tidak pernah memikirkannya. Aku pernah. Kerap.dulu.dan masih memikirkannya sampai sekarang .

Dulu… aku bukan sahaja suka memikirkannya. Aku bahkan menceritakan kepada teman rapatku. Mereka tahu.malah aku jua tahu impian dan segala fantasi menjadi puteri dalam masa sehari. Mereka tahu. Tapi kenapa sekarang , aku jarang. Pelikkah ???? aku… kadang2  rasa lain macam bila disebut perkataan itu.. apatah lagi berbicara tentangnya. Boleh hijau tekak ku( aku bukan katak okeh.. )

Alasan tidak menjadi dulu.usia yang menganjak buat aku suka termenung sejenak.kadang2 lama. Malah semasa aku belajar. Aku lama2 merasakan aku ini tidak sempurna pada adam yang aku mahukan. Terasa kerdilnya diri ini.Sebab itulah ,  aku banyak menyimpan dan kunci dalam hati. Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. Bagiku , biarlah aku siapkan diri yang x sempurna untuknya. Kalau2 aku terus memikirkannya tanpa ada usaha , aku akan rasa aku tak berhak untuknya. Perubahan harus bermula. Make over bukanlah fizikal semata2. Rohani wajib berada di aras yang sama. Apa guna fizikal yang lambat laun kering menyembam ke tanah . rohani harus berisi. Agar keturunan tiada yang malnutrisi batinnya. Aku mahu hasil yang berpanjangan. Bukan  tuaian semusim. Biarlah hasilnya dapat aku eksport ke akhirat. Itulah target aku yang sebenarnya.

Kadang2 terbit rasa bersalah kepada rakan2 yang selalu bercakap akan hal itu. Digagah jua aku memaksa bibirku meluncurkan kata-kata. Agar tiada yang berkecil hati . Agar mereka disisi senang di sini. Bahkan itu yang membuatkan aku senang kerana mereka senang denganku , jesteru itulah mereka berkata2 denganku..( harap2  lepas nie x de yang dah x nak share pape ngan aku.. sedyh gilo kalu cam tu.. hehehe)



Maaf sahabat andai riak muka ku kadang2 mengjengkelkan dan memuakkan anda. Maaf. Tiada ucapan atau perkataan yang dapat aku ucapkan pada yang aku telah guris hatinya. Maaf. Sungguh tiada niat aku untuk kecewakan anda. Sungguh. Dan maaf sekali lagi . 

Tapi aku harap . Janganlah disebabkan penulisan jujur ini buat kamu2 lari dariku. Ini hanya cebisan hati yang aku mahu kamu2 mengerti . Aku mahu kamu2 memahami aku supaya kurang jurang yang selama ini menyelubungi kita. Ketahuilah , kamu sentiasa mendapat ucapan selamat datang daripada saya. Sungguh aku katakan . Harap ada yang percaya =D

Tuesday, July 12, 2011

cerita 2 :hidup:membawa erti =D

Assalamualaikum.. kali ni saya nak bercerita tentang orang asing yang telah menyedarkan saya. ( ala2 mcm post yg sebelum ni… hehehe )

Tarikh: lupa
Masa : waktu maghrib
Lokasi : sebuah restoran muslim di Mumbai,  India

Saya dan seorang kawan saya sedang berbual dengan seorang pekerja restoran tersebut . mana yang lain ??? dyeorg pergi sembahyang maghrib.. saya ?? faham2 sude… hehehe
 Encik tersebut telah mempromosikan suatu jenis minuman yang sangat famous di restoran terbabit . Sebenarnya saya pernah minum minuman tu dan telah mempunyai pengalaman yang saya takkan lupa sampai bila2 ( kecuali ada Alzheimer .. hehehe )

“Miss , why don’t you try this falooda.. it’s very tasty and famous in here”
“Errr… thanks but no thanks… because of falooda I was admitted into hospital for 5 days”
“why??”
“I think the milk was already contaminated and causes me to suffer for a terrible diarrhea”
“I think you should not said that because all the illnesses are from Allah not from the contaminated milk”

BAAAAAAAMMMMM!!! Terpanah di jiwa..  wooooo… tersedar di situ yea… hehehe.. bukan kita x pernah dengar orang cakap2 mcm tu tapi  kdg2 benda tu x masuk dalam jiwa kita. Kita x menyematkan prinsip tu dalam hati kita. Kita asyik menyalahkan sesuatu yang tanpa kita sedari kita telah menyalahkan Allah S.W.T . ( terukkan saya… x pe2 nazira boleh berubah kan kan kan ) .

Kalau dah namanya penyakit akan membawa kesakitan . betul tak ??? mesti ada yang mempersoalkan kenapa Allah menciptakan penyakit ??? kenapa , kenapa dan kenapa ??? Adakah sengaja2 diciptakan tanpa tujuan ??? 

Ingatlah , rakan2 ( termasuklah diri sendiri…hehehe ) . Setiap penciptaan ada tujuannya . Penyakit nampakmcm lebih kepada keburukan . Cuba lihat dengan lebih dalam. Sakit itulah ujian . kenapa Allah bagi ujian ??? sebab dia sayang kita ??? sakit=ujian=sayang . mesti susahkan nak correlate benda2 nie kan.. ok .. senang cerita kalau masa kecik2 kan , kalau kita buat salah x pun x pegi kelas mengaji (kantoilah..ok tu saya masa kecik2.. pura2 tido..pastu kena tibai.. pi ngaji dengan nanges2 dan hati yang x rela ), mesti kena tibai ( rotan ) , cubit tak pun kena marah dengan mak ayah kan ?? sakit dak ??? mak ayah kita buat kita saja2 nak buat ke mcm tu ??? x ye rakan2… dyeorg buat sebab dyeorg sayangkan kita .. betul x … depa nak kita jadi manusia yang berguna  di masa depan , manusia yg kenal khalimah Allah, manusia yang mampu menjadi penonggak agama .. Insya Allah . so dah dpt correlate ??? kalau dah dpt Alhamdulillah =D

Secara konklusinya , bila sakitkan lepas ni. Cuba ckp .
“ Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku ni..  
masih ada kesempatan untuk aku bertaubat dan berubah .Alhamdulillah”
panjatkan doa kepada Allah supaya  di sembuhkan penyakit dan dihapuskan dosa2 lampau. Insya Allah hati yang selama ini suram akan kembali bergemerlapan bak bintang di angkasa ( ceeewahhh.. sastera la pulak dahhhh…hehehe)

Surah al ankabut ayat 2 & 3
“apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , “kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji ?”

“Dan sungguh , Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta”

this is FALOODA.. sedap =D jgn risau ea... dalam byk kes saya je yg kena . Insya Allah x de pape..
taken from: food-forthought.blogspot.com


Inilah hospital india =D

Saturday, June 18, 2011

Ceita pertama:Hidup.Membawa Banyak Erti


Hidup.

Membawa banyak erti.

Cerita pertama:

“Aaaakakkk”

Suara anak kecil kedengaran. Pada saat itu , saya sedang berada dia atas kerusi plastik berwarna merah ( kerana menyusun tin2 sardin di Pasaraya Taman Sri Wang … hehehe ) . Kulihat ke kiri . Kulihat ke kanan. Chering( tegak) bulu roma.. Tak dak orang pun… hah… sudah!!!

Kulihat ke bawah. Fuhhhhh!!! Identiti : Budak lelaki . Usia dalam lingkungan 8 tahun. First impression… COMELNYEEEE!!!! Hehehe… berbaju melayu berwarna kuning.. Mood saya: penat.

“ye … ada apa adik?”tanyaku dengan nada yang kepenatan.

“Urmmm… akakkkk… nak mintak tolong…Serbuk kunyit cap ADABI kat mana ??? “. Dia tanya.tersenyum.Sebaris gigi susu tersusun rapi jelas kelihatan.Manis sangat.

Saya yang penat nie pun dah hilang dah rasa penat tu… Rasa seronok sangat bila nampak senyuman dia.

“Mai kakak tunjuk naaaa”. Aku segera turun ( tak ingat cam mana saya turun … mungkin terjun dari kerusi itu barangkali kerana action potential yang mendadak naik…hehehe )… Saya pun membawa budak itu ke tempat tersebut…

Bila budak tu dapat je barang yang di cari. Dia tersenyum sekali lagi ( kalah orang dapat satu juta woooo ). Saya yang tengok nie pun rasa macam dah menang dua juta… weeewiiit!!! Hehehe…

Apekah pengajarannya ???? hehehe Senyumlah. Kalau kamu membahagiakan orang lain , nescaya orang itu turut merasa secebis nikmat kebahagian daripada kamu. Dan dia juga akan membalas kebahagian tersebut kepada kamu dengan cara yang mungkin kamu tidak sangka kan . Bahagiakanlah orang lain. Sentiasalah ceria.. Tambahkan gula dalam senyuman bukan minuman ok!!! ^^




Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

Amal yang paling dicintai Allah SWT setelah menunaikan ibadah fardhu adalah mengembirakan orang muslim lain." (HR ath-Thabrani)

Urwah bin Zubair rahimahullah berkata; “Hendaklah kamu memiliki wajah yang selalu berseri-seri dan tutur kata yang halus, maka kau akan dicintai manusia serta kamu termasuk orang yang telah menjadi penderma bagi mereka.”

al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata; “Pandangan Muslim pada saudaranya dengan wajah yang menggambarkan perasaan cinta dan kasih sayang adalah ibadah.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...