Wednesday, September 7, 2011

vinir ,ಸ್ನೇಹಿತರು,أصدقاء,friends dan teman-teman =D


Assalamualaikum =D bertemu kembali... yaaaa!!!ok semangat membara sedikit yeaa... hehehe.. saya mahu bercakap tentang kawan-kawan pada hari ini... weeee~ kawan-kawan mana pulak dahhh ??? hehehe.. adalah.. marilah bergoyang sambil makan kuih goyang... hehehe..

IYLIA  ( Bakal Cekgu Maths )

Beliau merupakan sahabat yang paling rapat dengan saya.. terlalu banyak yang kami kongsi... setakat ni , dialah paling mengenali saya. Dia tahu ( hampir) semua tentang saya... hehehe.. saya pun tahu (hampir) semua tentang dia (ye ke ?? ) hahaha.. kalau nak cerita sejarah kami dua kena buat buku teks ... hahaha ^^ tapi cuti kali ni memang sanga2lah tak bermakna kalau2 tak ada beliau... dialah driver saya , dialah si penglipur lara , dialah kaunselor , dialah tukang basuh pinggan.. banyak la... hahaha... yang penting saya sangat sayangkan dia.. jadi , kepada sesiapa yang berminat kepada beliau , harus ( wajib) bertemu dengan saya , untuk sesi tapisan ( bajet penting sangat la aku nie... muahahaha )
AQHARIE & UMAR (Bakal Loyar & Pakar seni)

Kenapa saya sekalikan ??? mereka berdua ni sahabat rapat gila... gila rapat... suka tengok gelagat dua sahabat nie.. dari sekolah rendah lagi... hehehe.. kalau jumpa , x leh nak berpisah... ish ish ish... hehehe... bila tengok depa , macam best jaaa..baik sangat2.. tanpa umar , aqharie akan diam sikit.. vice versa.. jangan bimbang,,, they are totally straight... hehehe.. tapi yang aku geram ni.. asal jumpa aku ja mmg selalu nak kenakan aku... x pa2 bukan selalukan sekali setahun.. walaupun memang teruk aku kena kutuk , kena gelak... aku still rindukan gelak tawa mereka yang kalah orang mengilai tengah2 malam... tacing lak malam2 gini T_T...

SHAHRUL ( Bakal arkitek)

Perkataan pertama. Bajet!!!!.. hahaha... jangan marah naaa.... hehehe...dia  nie pun gila2 jugak.. perangai kalah budak2 ( IYLIA yang kata.. aku tolong ia kan jaa.. hehehe ) maybe sbb tu kot dia nampak ceria ... hehehe.. ada ka patut dia pi cabut gigi masa aku nak belanja!!! ( pura2 marah nie...).. heheeh selamat duit aku.. hahaha... xpa2..next tyme pulak ok... hehehe

CYNTHIA , NADIAH & AINA  ( Bakal cik yang tau segala fizik bahan , cekgu BI ngan Pharmacist)

Cynthia= cheerful , Nadiah = non-stop talking machine ..( jahat sikit ea nadiah.. xpa2 nadiah ckp benda yang baik2 jaa... hehehe ) & Aina = a girl tat always smile... 3 orang ini..kalaulah saya jumpa... huish.. tak  berhenti aihhh cakap... sangat baik...memori bersama mereka sentiasa buat saya tersenyum sorang2 masa study ..( gila ka hapa ni??? ) hehehe

LIA , CHE PAH & FIT ( 2 orang bakal cekgu 
sorang da layak da jadi nurse)

Teman gosip masa sekolah menengah rendah.. hehehe.. kalau ingat memori naik moto konvoi satu perlis dulu... huish.. masyuk gila... 1 of the best la... hehehe..seronok.. hari tu mai beraya rumah aku... syiook gila depa mai... lama x jumpa.. semua koi( semakin ) cantik aihhh.. hehehe pheewit.. ( ada yang berkenan ???) hehehe

AMIN , IZWAN & ZAI ( bakal biotechnologist , lawyer n engineer)

Jejaka yang hebat2 belaka.. Zai ngan amin nampak chubby sikit tahun ni.. xpa2.. petanda sihat la tu.. hehehe.. izwan da semakin peramah.. bagus3x!!! Hehehe banyak jugak cerita dari depa2 nie..  hope to see you guys next year too...

Kalau nak ikutkan ramai lagi yang aku jumpa macam nabil , khairul , idzuad , liyana , fatin dll.. x larat aihh nak tulis semua.. Pada aku.. mereka semua merupakan teman2 yang baik... Balik malaysia memamg best la... Dapat jumpa family yang kucintai dan rakan2 yang kusayangi.. they treat me so well especially my mum n dad.. Insya Allah, tahun depan kita jumpa lagi noo.. saya mesti dan sentiasa rindukan kamu semua nanti... wuuaaaa... x nak balik india !!!!! tata ( it is actually a kannada language , means bye bye ) T_T

p/s: ushar gambaq dulu aihh!!! >_<


Shahrul merenung masa depan =D

iylia, mak saya , lia , che pah , fit , umaq , qary,shahrul

cyn, umaq , qury , aina, nadiah 

idzuad, khairul , amin,izwan



qury yang pemalu ^^


Saturday, September 3, 2011

"click click click" bukan CLICK 5 ok..


Assalamualaikum…  hehehe.. sudah lama tidakku mengemas kini( update)… marilah kita berbahasa bunga-bunga sikit hari ini.. ceeewahh!! ^^

cita-cita dan hobi…

Click click click !!!

haaa… hanya sesetengah orang sahaja yang memahami erti perkataan ni… kebajetan disitu yaa… demam fotografi kini telah mengalahkan gelombang blogging… waahhh.. ayat… tak tahan… hehehe.. saya jua suka mengambil gambar juga tapi tidak suka bergambar… hehehe.. kenapa ?? segan ( maluuu…hahaha ) ^^ tapi kalau dengan family ok la… hehehe..  hmm.. berbalik kepada cerita kita.. ramai yang menganggap bahawa hobi seperti ini tidak boleh digunakan di medan dakwah.. BOLEH ok..

“tapi x ramai pun photographers yang islamik.”

 sapa kata ?? habaq mai sapa yang kata tak boleh.. mai nak luku kepala dia ( garang3x!!! .hehehe ).. ada…. jom2 ushar wesite ni.. menarik tau..hehehe


ni gambar kat kampung saya di Kedah =D




http://www.petersanders.co.uk dan  http://muslim-photographer.com/ . semoga website ini mampu buat hobi kite ke arah yang lebih bermakna.. ecece.. hahaha

pesanan penaja : saya suka peter sanders!!!! ^^ tambah2 gambar kanak2 kat china.. ^^ dan 
cubalah baca link nie.. http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/1115-peter-sanders-dari-mata-lensa-ke-mata-hati.html  dan akhir kata selamat hari raya semua dan taqabbalallah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan anda ) lambat betoi wish.. hehehe maaf... 




Friday, August 12, 2011

Tanda Soal ?

taken from : qiswahhassanah.blogspot.com


Assalamualaikum… hari ni saya nak tukar dari saya ke aku ..
“duuhhhh… like we care …”
wait a second. Let me explain it first.

Sudah lama aku mahu menulis akan sesuatu. Tapi gerak hati aku mengatakan tak.hati ini menghalang.mungkin ini terlalu personal bagiku. Tapi harusku luahkan apa yang terpendam. Biarlah ini kali pertama aku menyampaikannya. Aku tiada niat untuk menyalahgunakan laman ini untuk mencurahkan apa yang termendap di dasar seketul daging , dalam jasad seorang manusia iaitu aku. Tak ada. Sudah aku jadikan niat aku utk menulis hanya untuk menaikan semangat org lain. Aku suka begitu. Aku suka lihat cahaya di mata yang memandang , di telinga yang mendengar dan di hati yang memahami. Aku suka begitu . Ya Aku suka begitu.

Ramai yang bertanya pasal masa depanku. Bukan sebagai doktor tapi pasal tu lah. Pasal aku-tahu-kau-pun-tahu( terpengaruh dengan harry potter… hehehe ) terus kepada tajuk yang lebih jelas. Kahwin! Salah satu perkataan yang kerap terpacul di bibirku yang selalu aku tak ikhlas menyebutnya. Ya. Aku kerap menyebutnya . dan selalu disalah ertikan.

Selalu , gadis diusiaku memikirkannya. Bagaimana pemilihan bakal suami , majlis perkahwinan , baju persandingan ,tema warna dan sebagainya……………….. bohonglah aku tidak pernah memikirkannya. Aku pernah. Kerap.dulu.dan masih memikirkannya sampai sekarang .

Dulu… aku bukan sahaja suka memikirkannya. Aku bahkan menceritakan kepada teman rapatku. Mereka tahu.malah aku jua tahu impian dan segala fantasi menjadi puteri dalam masa sehari. Mereka tahu. Tapi kenapa sekarang , aku jarang. Pelikkah ???? aku… kadang2  rasa lain macam bila disebut perkataan itu.. apatah lagi berbicara tentangnya. Boleh hijau tekak ku( aku bukan katak okeh.. )

Alasan tidak menjadi dulu.usia yang menganjak buat aku suka termenung sejenak.kadang2 lama. Malah semasa aku belajar. Aku lama2 merasakan aku ini tidak sempurna pada adam yang aku mahukan. Terasa kerdilnya diri ini.Sebab itulah ,  aku banyak menyimpan dan kunci dalam hati. Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. Bagiku , biarlah aku siapkan diri yang x sempurna untuknya. Kalau2 aku terus memikirkannya tanpa ada usaha , aku akan rasa aku tak berhak untuknya. Perubahan harus bermula. Make over bukanlah fizikal semata2. Rohani wajib berada di aras yang sama. Apa guna fizikal yang lambat laun kering menyembam ke tanah . rohani harus berisi. Agar keturunan tiada yang malnutrisi batinnya. Aku mahu hasil yang berpanjangan. Bukan  tuaian semusim. Biarlah hasilnya dapat aku eksport ke akhirat. Itulah target aku yang sebenarnya.

Kadang2 terbit rasa bersalah kepada rakan2 yang selalu bercakap akan hal itu. Digagah jua aku memaksa bibirku meluncurkan kata-kata. Agar tiada yang berkecil hati . Agar mereka disisi senang di sini. Bahkan itu yang membuatkan aku senang kerana mereka senang denganku , jesteru itulah mereka berkata2 denganku..( harap2  lepas nie x de yang dah x nak share pape ngan aku.. sedyh gilo kalu cam tu.. hehehe)



Maaf sahabat andai riak muka ku kadang2 mengjengkelkan dan memuakkan anda. Maaf. Tiada ucapan atau perkataan yang dapat aku ucapkan pada yang aku telah guris hatinya. Maaf. Sungguh tiada niat aku untuk kecewakan anda. Sungguh. Dan maaf sekali lagi . 

Tapi aku harap . Janganlah disebabkan penulisan jujur ini buat kamu2 lari dariku. Ini hanya cebisan hati yang aku mahu kamu2 mengerti . Aku mahu kamu2 memahami aku supaya kurang jurang yang selama ini menyelubungi kita. Ketahuilah , kamu sentiasa mendapat ucapan selamat datang daripada saya. Sungguh aku katakan . Harap ada yang percaya =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...