Saturday, March 17, 2012

Kita ^_^


Assalamualaikum...  mari kita mula hari ini dengan kata-kata indah =D


“ kau kata kau sayang”
“kau kata kau cinta”
“kau kata kau tahu erti derita”

"Tapi manakah kau bila kusengsara"
"Adakah kata-kata cintamu itu hanya pura-pura ?"    

                                                     
                                    .
                                    .
                                    .


Hmm.... saya punya satu soalan. Apakah kata-kata anda semua jika diberi bait sebegitu rupa ?

a)      Sentap dowh
b)      Entah la tak rasa pape pun.. normal je..
c)       Gila lame puisi ni .. ala-ala stereotype je aku tengok

Pilihlah yang mana . Namun ku minta...

Cuba bayangkan.

Yang kata semua ayat-ayat kat atas tu merupakan sahabat-sahabat saudara-saudara kita kat Syria , Palestin , Mesir , Lybia dan lain-lain. Mereka tatkala ini mungkin tak seperti kita. Kita mugkin ada yang sedang tengok cerita korea , ada yang tengah surf internet , tengah call parents , tak pun tengah buat assignments .

Mereka ?

Sedang menanti hari esok yang entah ada entah tidak. Menunggu belas dari insan-insan yang mengira diri mereka punya ikatan darah .

Tunggu

Tunggu

Dan terus menunggu. Perit . sungguh memeritkan .

Ya ! Saya tidak menafikan yang kita tak mampu ke sana . Saya sendiri tidak mampu ke sana . Tapi , jangan dijadikan ia satu jalan keluar untuk kita jadi penonton .

Tadah lah tanganmu yang mulus.

Pohonlah pada Tuhan kita yang satu , Allah. Pohonlah supaya dikuatkan hati mereka untuk menrima dugaan yang berat ini. Pohonlah supaya mereka tidak cepat rebah bila “tsunami” gagah melanda. Pohonlah supaya mereka tetap kepada tuhan mereka yang satu . Pohonlah supaya kita sama-sama di syurga .

Semoga Allah merahmati dan mengasihi kita semua ^_^




The believers are but brothers, so make settlement between your brothers. And fear Allah that you may receive mercy ( 49 :10)

Sunday, March 4, 2012

KASHMIR : HOUSE OF PASHMINAs ! haha ^_^












Assalamualaikum.. yaaaa!!! bertemua kembali dalam episod KASHMIR: HOUSE OF PASHMINAs !


**** PERINGATAN : BLOG NI TIDAK MENJUAL PASHMINA. HARAP MAKLUM..****

ok berhenti daripada merapu keterlaluan.. hahaha

Seperti yang dijanjikan , ini merupakan entri KHAS untuk kashmir.. wooohooo!!!

Hari Pertama :

Saya , Anna , Seha dan Eenaz sampai dulu di airport Srinagar , Kashmir . Kami menunggu rakan-rakan kami yang dua lagi . Risau  hanya Allah saja yang tahu . Tunggu depa dekat 3 jam kot rasanya. Bila dah nampak kelibat dua anak dara tersebut , Kak Syira & Dayah , muka HAPPY macam dapat 2 juta... hahaha... kebarangkalian aksi-aksi eksited terlampau telah dilakukan. hahaha.


on the way to GULMARG .


Bak kata Eenaz dan Seha , view dia macam kat Rusia .. hehehe




Then , kami terus berangkat ke GULMARG. Di sebabkan jeep x dapat naik sampai ke atas ( tempat hotel ) , so kenalah buat expedisi berjalan kaki ke hotel . Dah la malam , penuh dengan salji.. sejuk diaaaa... Hanya Allah saja yang tahu.. Terima kasih Allah berikan kami kekuatan ke sana ^_^ sampai2 ja , terus check in hotel . Nama dia " HOTEL GRAND MUMTAZ " . huhu.. Rasa WORTH IT jugak la kena buat ekpedisi malam sebab bilik dia ... PERGHH... cantik sangat !!! huhu...

Hari Kedua :

Kami di bawa ke tempat cable car dengan menggunakan Sledge . so x yah nak susah2 jalan... hehehe.. tapi sakit jugak la gluteus maximus saya nie kan.. Mana tak nya kalau dah lalu kawasan bumper semulajadi... bergegar otak sebentar ( ooover tau !! hahaha) . Nama cable car depa ialah GONDOLA.. Saya mula2 pelik gak sebab yelah kat Venice , Gondola tu kan sampan ala-ala romantik gitukan.. tapi x pa la.. kita naik saja.. huhu


Hotel di Gulmarg





View dari tingkap hotel



View hotel dari luar











Ni masa kat check point yang pertama . ketinggian 8000++ feet.


Atas tu ketinggian dia 16000++ feet . Check point kedua.






Masa naik tu teringat kenangan naik cable car kat Langkawi bersama-sama Iylia , Shahrul dan Mimi.. Seronok naik gondola tu... Terasa kerdil diri ini melihat ciptaan Illahi. Sepatutnya boleh naik sampai 2nd check point tapi 2nd check point tutup sebab ada military activity tah pa benda saya pun tak tahu . Even tourist guard kami pun x galakkan kami naik sebab level oxygen dia ialah 50/50 . Nak merentas desa pun tercungap-cungap , inikan pula nak naik ke tempat oxygen yg 50/50 . hahahah ^_^

Kemudiannya , kami terus ke tempat special . Tempat main ski ( ok x dak la special sangat kan... tapi bagi saya special kot ..huhu) sebab x penah cuba pun selama ni.. Malaysia mana ada salji kan.. huhu.. main tarik pelepah nyioq ( kelapa ) adalah . Tak pernah kuduga ( aaayatttt!!) best rupa nya... hahaha.. wajib cuba kalau datang sini.. huhu

Hari Ketiga :

Hari ni kami tidoq kat HouseBoat. NICEEEEEE!!! aktiviti pada waktu pagi , ronda2 kat Dal lake naik sampan aka SHIKARA . best naik SHIKA nie... dapat tengok banjaran Himalaya yang sangat-sangat cantik. Selama ni dok GOOGLE ja , tapi bila tengok dengan mata kepala sendiri , Subhanallah... Rasa tenang sangat kat situ .


SHIKARA


Uncle Janan yang baik ^_^


row of houseboat








inside the houseboat


Dalam al-quran sendiri ada dalil-dalil menyeru kita mengembara. Misalannya surah Ali Imran : 137 , yang bermaksud :

"Sungguh , telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah ( Allah ), kerana itu berjalanlah ke ( segenap penjuru ) buni dan perhatikan bagaimana kesudahan orang yang mendustakan ( rasul-rasul )".

Mungkin Kashmir x dak tempat yang ada tinggalan orang dulu-dulu yang mendustakan rasul tapi bila kita lihat ciptaan Allah yang maha Agung kita sendiri secara automatik yang selalu bercakap 24 jam akan kurang berbicara . Serius . Saya tertawan dengan kecantikan yang Allah jadikan . Betapa kecilnya kita berbanding gunung-ganang . Tak terucap dengan kata-kata. i'm totally speechless.

Seterusnya , kami pi la tengok garden2 dia.. cantik dan bayaran dia pun murah Rs 10 you.. huhu.. tapi kalau springs nanti mesti lagi cantik.. huhu..















Kata-kata pujangga sememangnya tepat. Gadis dan Shopping memang tak boleh dipisahkan . Apa lagi shopping la kami... hahaha.. Segala pashmina , saffron hinggalah ke dry fruits semua dibeli... hehehe...

Hari Keempat :

Time to say goodbye T_T... see you again Kashmir . I'll come back ok. Don't miss me .. huhu ^_^





Wazwan nama dia..




ni makan kat rumah uncle Janan.. maz balai ( sedap dalam bahasa kashmiri )




Saturday, March 3, 2012

CAJ MAHAL DAN CASH MARI ^_^


Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah.. da selamat sampai.. SELAMAT SAMPAI ??? pi mana ??? haaaa... ni yang nak cerita nie... huhu..^_^

Ok . Selama 7 hari , saya pi backpacking ke utara India dan tempat2 yang saya pi ialah :

1)   1)   MUMBAI
2)   2) DELHI
3)    3)GRA
4)    4)KASHMIR

Alhamdulillah seronok dan perjalanan kami di rahmati Allah... huhu..

Mula-mula , kami naik bas pi Mumbai..Dah sampai Mumbai , pi la dulu Gateway of India sementara nak tunggu flight pukul 5.45 ptg .hehehe...


GATEWAY OF INDIA



Terserempak ngan newly wed couple nie... so ape lagi ... i snap la gambq depa.. hehehe


Sampai DELHI malam. Ingat kot delhi panas.. rupa-rupanya boleh tahan gak sejuk dia.. Check in kat hotel nama dia “COTTAGE YES PLEASE” . Jangan dok tanya saya pasai apa nama dia lagu tu sebab saya pun tak tau... hehehe. Boleh tahan gak la hotel tu. 1 malam Rs. 950 .Sebelum tido , pi la keluar cari makanan dulu..



dalam bilik saya =D


view of the hotel from the restaurant

Nasib baiklah depan hotel ada restoran halal.. So kata apa ?? Alhamdulillah.. ^_^..huhu

The next day.

Pukul 6.00 naik train pi Agra.. Tengok CAJ MAHAL aka TAJ MAHAL.. sebab apa saya panggil CAJ MAHAL ?? sebab memang caj dia mahal pun.. cuba bayangkan untuk foreigner depa caj kita Rs. 750 tapi mau kala rakyat depa Rs. 20 ja.. Hmmmm... tak pa la.. maybe duit tu digunakan untuk maintenance segala kan.. Kita orang Islam tak baik berprasangka buruk kan. Hehehe.. ooopps... kami sebelum pi TAJ MAHAL , pi FATEHPUR SIKRI.. NICEEEEE!!! Kiranya trip ke Agra ni , macam belajar sejarah la... hahaha.. memang saya boleh kata ni macam lawatan sambil belajar . serius rindu lawatan sambil belajar kat sekolah T_T.. ok x yah nak touching2 sgt... hehehe.



Fatehpur Sikri






kat tengah2 tu , tempat menteri musik akbar menyanyi utk akbar


rumah guard Akbar




ni sapa tak tau , memang saja la... hehehe.





KASHMIR ??? hmmmm.. tunggu entry berikutnya ok.. sebab...... adalah... hehehe ^_^



p/s : Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah banyak dari prasangka , sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa , dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain , dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memeakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik . Dan bertakwalah kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat , Maha Penyayang .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...