Friday, July 6, 2012

Insya Allah ^_^


Assalamualaikum rakyat-rakyat sekalian...

CEEEEWAHHH!!! Bajet aku ni bakal perdana menteri pulak dah... haish =.='... sila abaikan saya...

Aku perasan aku ni tak istiqamah dalam menulis... haish =.=' . ok Pertama , sila jangan mengeluh . Kerana apa ? Sebabnya orang yang banyak mengeluh dan banyak merungut ialah orang susah nak berjaya . ( SENTAAAAP MAKKK ) ok. Itu bukan kata-kata aku ok. Itu merupakan kata-kata Prof Dr. Muhaya . SAPA DIA ??? Google la.. Malai sangat aihhh.. hehehe..

So , topik diskusi kita pada hari ini ialah.... jeng , jeng ,jeng....


POYO sikit . Ok by the way poyo merupakan sebuah perkampungan di Burkina Faso . Kalau tak percaya suruh Encik Google cari dekat Mrs . Wikipedia . hehehe

Insya ALLAH .




1st of all , ini bukan tentang lirik lagu Maher Zain yang best tu ok. Bukan , bukan , bukan ..
Ini cuma sedikit sharing yang aku nak cerita untuk diri sendiri... hehehe...

Pada amnya ( bahasa diaaaa... ) , kita selalu guna bila kita macam nak tak nak buat or terima ajakan seseorang tapi dalam mood serba salah kalau tak terima ajakan tu . Asal la berbelit-belit apa yang aku cuba sampaikan... ok Cam ni . Perkataan Insya Allah tu digunakan sebagai kata ganti kepada NO tapi at the same time ( konon-kononnya Yes ) atas tujuan untuk menyedapkan hati sebelah pihak yang lagi satu . Masih keliru .... Faham-faham sendiri la . huehuehue..

Dulu-dulu kan , ustazah aku ada cerita . Perkataan Insya Allah itu bermaksud " dengan izin Allah " . Beliau ada tambah sikit huraian . Sebagai contoh , kalau ada orang ajak pi kenduri rumah dia , kita kena sedaya upaya untuk memenuhi ajakan beliau . 99% usaha tu datang dari kita tapi katalah hari tu kita accident ( nauzubillah ) ... so tu da jadi exceptional case . hehehe..

Dah tua-tua gini barulah tersedar.. haish =.=' apa nak jadi.. tak pa2.. selagi nyawa masih dikandung badan , pintu taubat  masih terbuka luas untuk kita.. huhu... so lepas ni kalau dah cakap insya Allah , jangan lupa usaha untuk penuhi maksudnnya . 

Sebagai kata-kata terakhir ( untuk post ni la... hehe )






Sunday, June 24, 2012

Oculos


Assalamualaikum. Mari kita mulakan dengan 1 persoalan . Ecece...

“Dalam banyak-banyak part kat tubuh badan manusia , part mana yang anda-anda suka ?”

Pernah tak ditanya soalan tu ? Mesti pernah kan kan kan . Kalau tak pernah cer tanya diri sendiri sekarang... huhu

Kalau saya , saya suka mata . Kenapa ?




Well , basically kalau kita menyukai sesuatu kita akan start suka bila kita dah tengok benda tu kan ... betoi dak ? For example , kalau dah jumpa sari yang cantik ( dengan menggunakan khidmat mata ) , mesti kita rasa nak beli atau “ Baiya.. i take this one ”... hehehe.. well, that’s me. Huhu..

Nikmat mata memang tak dapat kita nafikan . Antara nikmat yang paling besar. Kalau rabun pun dah rasa sedih sebab rasa nikmat tu dah ditarik sikit . Betoi dak ?

So, Apa itu mata hati ?

Apa dia pulak dah ni... macam-macam la cik nazira nie...

Chill la awok...

Pada saya , mata hati adalah cara kita memandang sesuatu dengan pandangan hati . Sebagai contoh , bila kita ditimpa masalah , kita selalu pandang ke bawah. Pastu air mata ( kalau utara punya version ayaiq mata ..hehehe ) mula lah bercucuran.. betoi dak ?? pernah rasa macam tu . Saya ? mestilah pernah . Dan pada saya , ia adalah normal .


TAPI.....






Pernah tak tengok ke atas ? sounds weird kan ??? yelah tengah-tengah sedih , giloooo  tak feeling la tengok atas ...hmmm... Maksud saya , bila kita sedih , cuba ubah cara kita memandang sesuatu perkara . 

Maksudnya ( berapa kali maksud la... hahaha )... Saya kalau sedih , saya selalu tengok langit , tengok awan , tengok pepohon yang tinggi ... rasa macam indahnya dunia . Rasa macam sedih tu hilang .

Jadi , apa yang ingin saya sampaikan sekarang ialah , bila kita rasa sedih .. jangan terlampau fokus pada benda tu , cuba tengok di luar tingkap ( tingkap ?? ) pape je lah kan... Masih banyak keindahan dan kegembiraan yang menanti kita . Jangan mengurung diri di dalam menara tak berpintu . Kita bukan Repunzel menunggu Prince  Charming untuk selamatkan kita . We are the one that need to save ourselves  ( of course with the help of Allah )... huhuhu..

Secara konklusinya , alam ini terlalu indah untuk kita duduk di penjuru bilik dalam keadaan gelap ( boleh imagine ??? hehehe ) . Lihat lah dunia dengan pandangan mati hati . Pohon la kepada Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mengasihani , agar kita diberkan kekuatan dan dibukakan hati menerima qada’ dan qadar.



untuk sesiapa yang tak boleh bayangkan cam na duduk di penjuru bilik dalam keadaan gelap
credit : 4eyedblonde.tumblr.com
 p/s : " Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat " ( surah fatir : 19 ) .. ^_^

Friday, June 22, 2012

Kasutmu , Seliparku jua ^_^








 Assalamualaikum semua.. uhuk uhuk uhuk.. lama pulak tak tulis... hehehe... ok straight to the point ( amboi.. seyes nampak ?? ) tak dak la seyes mana pun.. Cuma malas nak merapu lebih-lebih ( padahal idea kering-kontang untuk merapu-meraban.. hehehe )

Pernah tak satu hari tu , awak  tengok wajah-wajah orang kat sekeliling . Tak kisah la sapa-sapa pun. Boleh jadi mak pak ( weyh... dapat pahala oi tengok mak pak ... huhu ) , BFF ( best friend ea ..hehehe ) , sahabat-sahabat yang lain ke , cekgu-cekgu ke ?  

PERNAH ?

Tak ??

Yelah.. kiteorang  ada lecturer je mana ada cekgu ?

Haish.. ada yang nak kena nie... saja ja nak troll aku kan ... malas nak layan aku la tu... adeh  O.o

Apa-apa je la. Sekali lagi aku tanya.. Pernah tak ???

Aku ?

Jarang-jarang. Alasan ? diri sendiri pun tak abis nak tengok , nak tengok orang lain ... eeeehhhh.. ada pulak aku ni.. SILA JANGAN TIRU!!!

Ok. Macam ni. Aku tulis lebih untuk menasihati diri sendiri .

Kenapa kita susah nak rasai kesusahan orang lain ? Meh aku bagi contoh yang GLOBAL . Mungkin senang kot , sebab anda boleh GOOGLE gambar kat GOOGLE ( dah google mesti la kat google , apalah aku ni.. maaf =.=’) Kita tengok saudara kita kat myanmmar , Syria , palestin , China . Kita rasa sedih . Betoi dak ?? Tapi selalunya sat ja kan ??? betoi dak ? Pastu kekadang rasa menangis especially ada tayangan video beramai-ramai kat surau etc . Betoi dak ?

Lepas tu ke mana air mata tu ? Evaporate lagu tu ja ka ? so KENAPA perasaan tu cam chipsmore ? Perlukan TRIGGER untuk menjentik rasa sedih dan sendu di hati ? Sebabnya.. kita jarang meletakkan situasi tersebut pada diri sendiri .Cer cuba letakkan yang kena tembak , yang kena tetak kepala , yang kena bebagai macam seksaan itu merupakan diri sendiri dan ahli keluarga kita  , mesti terasa kan ? Mesti terasa nak berdoa setiap nafas yang di-inhale-kan kan ? betoi dak ? Jom reset minda kita ( bak kata Prof . Muhaya ) hehehe...






Kata sayang , doa la , tolong la dan  faham la sebab kita kan aim nak jumpa ramai-ramai kat sana ( Syurga ) . Let us aim high !!!! ^_^ V

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...