Tuesday, November 6, 2012

Daie dan Pelajar ?


Assalamualaikum ...

Hmmm.. sebenarnya takut saya nak cakap pasal tajuk ni . Mana taknya saya bukanlah pelajar jurusan agama . Bukan bekas budak sekolah agama . Ayah suruh masuk sekolah agama masa tingkatan satu , memberontak , mogok ,tak mau pi . Haish =.=’ teruk ! Bila dah besaq , mula la rasa menyesal . Tak pa , boleh belajar sikit-sikit kan . Bak kata pepatah melayu , sikit-sikit lama jadi bukit kan ? hehe Insya Allah .

Apa itu DAIE ?

Daie juga manusia . Makan dan pakai macam kita . Ada hati dan juga perasaan macam kita .


hati menurut internet .

heartsoftheschool.edublog.org



Hati daie atau bukan adalah sama kecuali awak makan lemak banyak . Blockage le jawabnye ..hehe

myotstudentblog.blogspot.com

Daie = pendakwah sebenarnya .


“kirenye ostad dengan ostazah je la yang dipanggil daie?”

Dak aih . Kita semua daie . Sebab kerja menyebarkan Islam bukan tanggungjawab mereka sahaja . Tanggungjawab bersama deh... hehe

Daie dan pelajar .

Hari ini saya nak kecilkan skop cerita saya . Pelajar sebagai daie . Perkara ni saya dah perasan lama dah tapi saja buat don’t know ja ( haish.. sila berubah ye nazira ! ) tapi telah diutarakan kembali  oleh seorang adik yang amat saya kasihi .

“Akak... saya stress la dengan budak kelas saya . Selalu tak datang kelas and ada yang suka datang lambat . Kadang-kadang tu siap buat alasan diaorang diajar macam tu masa kat sekolah lama diaorang. DAH LA YANG CAKAP TU BUDAK PEGI USRAH”

Tersentak dibuatnya saya !

Hmm... Saya dengar , saya sendiri malu dan sedih . Lagi sedih daripada malu . Membayangkan mungkin saya sendiri terbuat perkara yang memburukkan imej seorang daie dan orang yang mengikuti usrah . Hmmmm...

Mari kita bincangkan isu ini .

Sebelum tu meh kita main-main tanya soalan dulu .

Adakah Islam mengajar kita tentang solat , puasa , zakat dan haji sahaja ?

Adakah Ibadah hanya pada solat , puasa , zakat dan haji sahaja ?

Adakah belajar itu suatu ibadah ?

Simpan jawapan kawan-kawan ye . Sebab saya yakin ( insya Allah) , kawan-kawan mesti boleh jawabkan ? Tapi kali ni saya nak kawan-kawan tanya soalan tu dan jawab dalam hati . Tanya berulang-ulang kali .

Kita , muslim , yakin bahawasayanya Islam itu ialah satu-satunya agama yang menyeluruh . Dalam kuliah online , dalam usrah , dalam youtube , dalam mp3 dan segala bentuk medium dakwah , kita diperkenalkan dengan konsep Islam itu menyeluruh . Betoi dak ?


jom plan buat bulatan gembira dengan anak-anak dan family yang lain

vectorstock.com


Tapi kenapa kita hanya tepat masa dan tak nak “miss” usrah ataupun tazkirah je ?

“sebab itulah santapan rohani kitaorang”

Ye betul . Saya tak nafikan . Saya pun turut bersetuju dengan kenyataan di atas . Mari saya ulang kembali soalan yang terakhir .

Adakah belajar itu suatu ibadah ?

Sudah semestinya belajar itu ibadah jika anda sertakan dengan kalimah lillahita’ala ( kerana Allah ) . Kenapa susah nak rasa ruginya kalau miss or datang lambat ke kelas ? Sebab kita jarang menganggap yang belajar itu adalah suatu ibadah .

“Alaaaa... tu kelas language jeeee”

Awak yang saya kasihi kerana Allah , awak cuba compare-kan petani yang kerja penat-penat lepas tu dia dapat hasil tuaian begitu banyak dengan petani yang kerja biasa-biasa dan hasil tuaiannya pun lebih kurang ala kadar ja , yang mana lagi best ? mesti yang 1st tu kan ? ye dak ?


Berjalan ke kelas . 


Pergi kelas memang penat . Tambah-tambah kalau kelas 8 a.m to 5 p.m .Nak-nak , petang tu ada clinical or practical . Mak aiii penat !

Tapi...

Cuba bayangkan awak pegi kelas dan setiap langkah awak , setiap penglihatan awak , setiap pendengaran awak , setiap soalan yang awak ajukan pada lecturer , setiap pergerakan pensil awak di buku nota awak dan sebagainya dicatit dibahagian amal kebaikan awak . Banyak kan ??? Tak terbayang awak ...

Maaf sangat-sangat.

Mungkin teguran saya agak kasar dan agak specific pada segolongan . Maaf sangat-sangat . Tapi , saya nak sangat-sangat ajak kawan-kawan semua yang ikut usrah atau tak  , kita cuba ubah mind set kita yang belajar pun suatu ibadah juga . Islam kan mudah tapi bukan untuk dipermudahkan . Pegi kelas dapat pahala . See betullah Allah tu maha Kaya sebab Dia tak bakhil pun dalam memberi pahala pada hamba-Nya . Kita yang jadi hamba ni ja yang bakhil dengan masa dan tenaga yang bukan milik kita pun . Astaqfirullah hal a’zim . Ampunkan kami ya Allah J .


“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]

Thursday, November 1, 2012

Takut dan Lactic Acid ?


Assalamualaikum semua!!!

TORAAA DATANG LAAGIII!!! Hehehe.. main-main jaaa.. saja nak ambil mood dulu.. huehuehue..


Name TAG YANG KENA RIPPED OFF !!!


Ok. Baiklah . Selama saya menyepi , banyak yang saya buat dan dapat . Yang paling saya tak boleh lupa sekali ialah apabila saya telah menyertai games “RUNNING MAN” ajuran I-SOC ( ala-ala biro kerohanian la kat sini ) .

Disebabkan games start awal , maka hendaklah kita ber-bangun-bangun tanpa tidur selepas solat subuh. Itulah cabaran pertama. Mana taknya , selimut biru langit yang gebu lagi suam-suam panas pabila dibawahnya sangat la mengoda si pemilik yang sudah terkenal dengan hobi tidur . Adesss !! Haish =.=’ tak elok ea adik-adik tidur lepas subuh . Itu namanya rejeki enggak , apa sih orang Malaysia bilang , enggak masyuk gitu katanya .hehehe.

Since kitaorang punya gerup ( group ) mai lambat , gara-gara nak pelekat name tag banyak-banyak yang last sekali kena reject dengan pihak penganjur tu.. so terpaksa la klu yang kitaorang ada telah disebarkan kepada group lain. Haish +.+ kan betul Allah kata “demi masa . Sungguh , manusia berada dalam kerugian” .

Pengalaman :

Mak aaaiii... perempuan main agak ganas la... pakat nak tarik name tag kata kan . Saya sendiri pun kena attack dengan 4 orang sekali gus . GILA KAN ?

Ibrah :

1) Mau kala nak cerita pengalaman masa main tu memang esok pun tak habis la kan . So ,  meh la kita cerita apa yang kita boleh dapat sepanjang main –main .   Masa main , tak kisah la main apa-apa pun yang melibatkan kalah mati , mesti kita akan rasa takut mati . Ye dak ??? So , masa sesi sharing is caring tu kan , ramai lah mengemukakan persoalan . Kenapa KITA kena takut mati ? Kadang-kadang tu takut mati tu mengalahkan takut pada yang maha Esa . ye dak ? hmmm... tu membuatkan saya berfikir sejenak .

“Adakah mati itu ertinya anda sudah kalah ??”

Mesti tidak bukan .

Cuba tengok balik skala ketakutan anda pada sesuatu . Adakah takut anda pada mati lebih tinggi daripada tuhan ? wah.. kalau begitu cepat-cepat periksa hati deh... huhuhu..

Kita belajar sirah bukan . Dari tadika sampailah ke sekolah menengah . Betul ? Kita baca dan dengar ramai para sahabat yang syahid di medan pertempuran . Adakah mereka kalah ? TIDAK ! bahkan mereka dijanjikan syurga yang abadi  . Kerana apa ? Kerana mereka tidak meletakkan takut pada mati . Takut mereka hanyalah pada ALLAH S.W.T .

Kita ? Bagaimana ?


2.   Lepas main-main dengan ganas terguling-guling kat atas tanah , tu mesti la sakit dak ? tak sakit pun mesti macam lenguh-lenguh kan ? Kenapa ye ?

“eleh, belajar medic pun nak tanya lagi ke soalan kacang cerdik ni?”

Bukan macam tu ye kawan-kawan...

Kita semua tahu , kalau kita main secara berlebih-lebihan daripada kebiasaan , kemungkinan muscle cramp atau muscle injury akan berlaku . Lactic acid accumulation bebagai la kan .. Bla bla bla. All the medical cycle you named it la la la. Ok dah start merapu . Ehemmm... Tapi....

Pernah tak terfikir ?

Sakit main itu merupakan cara Allah menghapuskan dosa-dosa kecil kita masa kita main atau sebelum-sebelum tu lagi ? Pernah ?

Saya sendiri sebelum-sebelum ni pun akan cepat mengeluh bila sakit badan lepas hari sukan . Mak aaaaaiiii... sakitnya tak yah habaq laaaa... sampai nak sujud pun rasa tersiksa . Tapi cuba recall balik , masa kita main-main dengan kawan kita , mesti ada tersakitkan kawan secara fizikal dan emosi .

Sebagai contoh :

Kalau nak menang , antara strateginya mesti kita akan psycho group lain kan . Ye dak ? Mau kala cheer , mesti cakap group sendiri hebat dan group lain pi jalan la dan seangkatan dengannya . ye dak ? Tak ke terguris hati kawan kita yang lain . Lepas tu group lain pun geram , marah , caci maki kita. Dah timbul satu dosa kat situ .
Hmmm...

Jadi , bagi saya selain sakit itu function dia untuk heal kan muscle injury kita  , ia juga pembersih dosa kita , jika kita sebut “ALHAMDULILLAH, kerana izinkan ku sakit” .

So , lepas ni kalau sakit lepas main sports jangan banyak mengeluh ea. Istiqfar dan bersyukurlah kerana Allah masih sayang pada kita . Insya Allah ^_^ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...