Saturday, September 20, 2014

Hujan : Kononnya Aku Pluviophile

Assalamualaikum ...


Maaf lama tak menulis kat blog ni .. Ok satu tak sempat ( Malas pun ea jugak .. hehe ) dan ada masalah dengan internet universiti yang tak dapat buka mana-mana blogspot . =.=’ sedih sebentar .Tapi sekarang dah boleh .. Yeaaa !! Alhamdulillah ...

Tapi dalam selama aku tak menulis di sini , aku ada menulis di wordpress . Masih menggunakan ‘meisautumn’ ... Insha Allah nanti aku akan pindah penulisan aku di sana , pi kat sini ... Bukan apa , dah biasa dengan blogspot dan dah lamaku bersama dia .. ecece ... setia tak ? ok bai


HUJAN .




Taken from : sjffrench.files.wordpress.com



La ni musim hujan kat India . As you all know , utara India yakni Kashmir telah dilanda krisis banjir yang amat teruk . Serius teruk ... Sedih sangat . Sebab aku pernah pi sana .. Masha Allah sapa yang pernah pi sana , mesti nak pi balik. Sebab tempat dia tersangatlah cantik , aman , damai ... apa lagi.. Masyarakat dia kat situ pun baik-baik . Mostly majority penduduk tempat tu muslim . Lagi la sedih kan . Aku ada kenal seorang pak cik ni . Uncle Javed namanya ... harap-harap selamat la beliau dan sekeluarga . Amin .



Ni gambar yang dalam simpanan aku . Before massive flood . T___T may Allah ease everything for them 


Alkisah , 2-3 hari lepas . Aku kena present presentation kat hospital . It was my first time after coming back from 1 ½ month of holidays . Jadi , ke-cuak-kan tu amatlah tinggi . Mana taknya , lecturer baru . Tak kenal . Posting Radiology pula tu . Mana tak gelabah . Untuk meningkatkan keyakinan aku , aku pun decided untuk pakai skirt labuh hari tu ( kononnya dengan memakai skirt bolehlah meningkatkan keyakinan .. padahal sama ja kan ... ) ok apa-apa ja ..

Tup-tup hujaaaaannnn . 

Lebat pula tu .. 

Allah .. 

Muka aku mula berubah di tangga lobi hostel . Dalam hati menjerit-jerit ..

 KENAPAAAA HUJANNNNNN!!

 Aku rasa despite of aku pakai skirt kononnya ayu , muka masam telah mencalarkan imej aku . Hahaha.. Sumpah aku rasa muka aku annoying gila dengan hujan hari tu . Hujan kat India ni akan menyebabkan pakaian hang berubah kaler ( warna ) .. Automatik ke merah bata ... tu yang aku tak suka ... BENCI !!

Sampailah hari ini ....

Sedang aku dok berbaring di atas katil separa empuk . Aku tanya diri aku . Kenapa aku emo gila hari tu ??

 Kenapa ??

Allah...

Baru aku sedar . Yang aku cebikkan muka , yang aku emosi bebagai tu kat hujan yang juga merupakan rahmat dari Allah . Kita semua tahu yang hujan tu rahmat dari Illahi . kan ? Aku sungguh lupa .. 

Allah Allah Allah .. 



Taken from : baiti-jannti.tumblr.com

Rasa menyesal sangat-sangat . Patutnya aku bukan membenci dengan hujan . Aku sepatutnya berdoa . Kan antara waktu mustajab untuk berdoa , ialah pada waktu hujan . Benar aku dalam golongan yang rugi . Kalau aku berdoa waktu tu , insha Allah makbul . Rugi-rugi ....

Hmmm..


Nak menyesal tak guna . Sebab dah pun berlaku .. Apa-apa pun jangan buat lagi . Dan sentisalah menadah tangan dan berdoa . Tak semestinya di akhir salam selepas solat ea.. Bila-bila masa Allah ‘dengar’ permintaan dan pengharapan dari kita . Insha Allah . 




Taken from : www.cleverhood.com


p/s : I'm a pluviophile . So i supposed not to be emo on that day . 

Saturday, November 9, 2013

Aku sayang dia la...

Assalamualaikum semua !

Dibawah ini merupakan hasil kemalasan yang berminggu-minggu.. hehe

Ok.

Pernah dengar tak frasa seperti ini

SAYANG IBU SAMPAI KE SYURGA .

Aku pun terfikir-fikir . Dah tu “Sayang ayah pulak cam na ?”

Then , aku pun menekan-nekan papan kekunci dengan rakusnya.

Keluarlah segala macam jawapan . Tak percaya sila Google sendiri atau tengok la gambaq kat bawah ni haaa... Bukti memang aku tak tipu hampa semua... hehehe
  




Frasa paling popular ialah sayang ayah sepanjang masa . Ahhh.... Bosan ! Tukar-tukar.. Sayang ayah terhindar dari neraka . Tapi roommate aku cakap macam “lame” . Aku pun buat muka cam ni kat dia .







 Hehe.. saja ja nak promote roommate aku... Roommate sila jangan marah dan usir aku keluar bilik.. hihi

SAYANG AYAH

Aku anak ayah aku . So , temanya wajib aku sayang ayah aku . Semua orang wajib sayang ayah / papa/daddy/bapak/abi/walid/dad/abah/appa masing-masing . Tapi jarang sekali kita meng-ekspresikan rasa sayang kita pada bapak kita . Kalau mai tang mak kita , macam ayaiq ja cakap “ sayang mak sangat” . Betoi dak ?

Pada aku unsur diskriminasi seperti itu tak patut wujud. Ish ish ish . Maybe kita akan cakap , kalau cakap  cam tu kat ayah kita , dia akan buat don’t know ja . Tapi hampa tau dak , ayah ni seorang manusia juga. Dia sukakan penghargaan atau  kata-kata manis . Tambah pula , dari anak dia sendiri . Boleh cair tau . Silap haribulan dia hadiahkan Porsche sebijik kat kau ! ok itu oveeeeer yang melampau .  Hehehe



“Tak angin , tak dak ribut . Pasai apa hang nak cerita pasal kasih sayang ayah ni ?”








Sebabkan... Aku ingat lagi masa aku kena posting seminggu kat LABOUR ROOM yang super hectic . Seminggu kat situ sudah cukup buat aku untuk kata TIDAK untuk buat Post graduate dalam Obstretrics and Gynaecology ( ONG or OBG ) . TIIIIDAAAAKKK !!! Aku bukan tak suka tapi aku rasa aku tak boleh kerja dalam suasana yang 24 hours stress !! Tapi kalau sapa-sapa yang boleh handle stress , anda digalakkan ambil ONG sebagai speciality anda . Tiada halangan dari pihak saya .. hihi..

Ok . Berbalik kepada perbincangan kita .

Ayah ialah antara orang yang menunggu kehadiran kita ke dunia . Ada beberapa incidences kat hospital yang buat aku terharu sangat-sangat .

1)       Pak cik ni anak dah ada 2 orang . Kiranya isteri dia tengah nak bersalinkan anak yang ketiga la kan . Tapi muka cuak dia macam isteri dia nak lahirkan anak pertama . Setia dia kat depan pintu bilik bersalin . Sebab kat hospital sini , si suami tak boleh masuk bilik bersalin . FREE LABOUR ROOM kata mereka . Bila dah bersalin tu , dia punya muka lega sangat-sangat . Happy ja tengok dia .

2)      Pak cik yang kedua ni macam sedih sikit la sebab isteri dia bersalin kat luar . Dan isteri dia developed Post Partum Haemorrhage ( PPH ) yang bermaksud  pendarahan yang banyak selepas bersalin . Kesian sangat kat isteri dia . Tak sedarkan diri . Blood pressure low sangat-sangat . Nak masuk hospital kena ada borang admission . Alkisahnya , aku pi la mintak borang admission kat pak cik tu .Masa aku panggil nama dia , berlari kot pak cik tu .Then aku mintak dia serahkan borang admission tu , tangan dia menggeletar kot . Wave menggeletar pak cik tu ter-transfer kat aku kot . Boleh kena sawan aku sebentar .. itu tipu ... hehe.. Tapi serious pak cik tu muka dia macam cuak gila .


Sikit ni ja la pengalaman yang aku nak share kat hampa semua . True  ! we all need to love our dearly mum more than our beloved dad . But do remember , he is also one of the important person in our life . As for me , he is the man that I love the most after Rasulullah . He is not perfect but he loves me perfectly . I LOVE YOU DAD ^_^





This is the  most probably your daddy's face after you said " I LOVE YOU DAD" to him ... hehehe.. well basically this is not the case of i love dad thing . It's something else . And it is secret between me and my dad . Ecece.. sedikit poyo disitu .. 

Sunday, October 6, 2013

Duit duit duit


PERINGATAN : Ini bukan post tentang kenaikan harga minyak atau perihal yuran hostel yang naik menggila .

Assalamualaikum . Semalam ( 6/10/2013 ) yakni pada hari Ahad nan indah , yang juga merupakan satu-satunya hari aku duduk berehat bersantai dan  bangun pabila matahari berdiri tegak dia atas kepala .. ( over pulak huraian untuk hari Ahad .. hihi ) , kakiku melangkah ke sebuah kampung di corok India . Lokasi ialah di Hukeri , Karnataka , India . 45 minit dari hostel tibalah kami ke sana .

Posting aku of course la Obstetrics and gynaecology . Best la jugak . Sebab banyak kes yang dapat aku tengok . Ada second degree vaginal prolapsed , third degree vaginal prolapsed and lots of pregnancy cases . Berbaloi-baloi jugak mengorbankan masa tidur dan rehat pada hujung minggu . Penat ? Sikit la . hihihi... Tapi ok ja ... masih punya kudrat untuk mengatasi kepenatan terbabit .. hehehe..

Well.. Bukan kisah prolapsed yang aku nak cerita dan juga bukan pasal pregnancy . Kisah padaku  amat menyentuh hati aku . Entah kenapa terasa sedih . Hati perempuan barangkali . Entahla .

Tengah-tengah dok agih-agih patient ke kaunter doktor-doktor yang bertugas , adalah seorang pak cik yang juga merupakan , seorang suami kepada patient yang baru di periksa sebentar tadi masuk ke department kami .

Pak cik  : Dr ( Aku belum doctor lagi... mungkin sebab aku pakai kot putih dan gaya poyo doctor ) Ni kena pi hospital la ( smbil tunjuk kad referral warna kuning )

Aku       : ye . Pi kat hospital KLE kat Belgaum .

Pak cik  : Kena bayar ke kalau pi hospital tu ? ( riak muka dia sangat sedih )

Aku       : .... ( terdiam sebentar ) ..

Aku pun tak sure sama ada kena bayar ke tak , so aku suruhlah pak cik tu pi tanya Madam which the genuine doctor kat situ ... hehehe


Aku tak tau la pasai pa aku rasa sedih waktu tu . Aku tengok balik diri aku , yelah kita mostly berduit . Mungkin tak kaya . Tapi masih mampu . Masih boleh kata “ doktor cakap ja berapa ja harga dia , nanti insya Allah saya akan usahakan” . Depa ? Kalau tak dak duit , nak kata apa ? Memang tak pi laaa.. Hmmm... sedih kan . The point is ,be grateful on what you have today . Jangan berlagak . Kalau ada lebih sikit , tolong orang lain . Tak miskin pun kalau kita bersedekah ataupun memberi hutang ( bukan AH LONG mahupun CETI ok ) kepada yang memerlukan  . Moga kita kaya DI SANA.


Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sedekah dapat memadamkan panasnya kubur bagi orang yang memberikan sedekah, dan sesungguhnya orang mukmin akan bernaung pada hari kiamat nanti di bawah naungan sedekahnya.” (HR. Tabbrani).







Inilah gaya bakal doktor ... Insya Allah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...