Friday, November 19, 2010

PErayaAN yang TERlampau banyak= Banyak CUTI!!!


Sudah berapa lama tidak ku mencurah-curahkan isi akal ku yang kecik ini dalam blog yang tak seberapa ( cewah… rendah diri ni.. di luar kebiasaanku)… terlalu banyak cerita yang mahu disampai . Tak terkata banyaknya . Seperti mana yang kita tahu , teramat banyak sekali ( hancur sungguh bahasa melayu saya ) perayaan yang di sambut oleh masyarakat di sini . kejutan budaya telah pun berlaku pada hari deepavali . hehehe.. kat Malaysia. Saya baru sahaja mengetahui bahawa perayaan in terbahagi kepada 3 bahagian .. yang pertama … sudah semestinya pooja (sembahyang ) , kedua… memakai baju yang baru @ cantik dan yang terakhir sekali bermain2 dengan bunga api untuk kanak2 ( kami pun turut serta kerana masing2 masih mahu mengaku belia ramaja … kurang sesuai di situ…) hahaha… mercun tak terkatalah banyaknya… pelik.. sebab kat Msia tidaklah semeriah begini.. Boleh la tahan.. huhuhu… 
masa siang2..

row of lights=diwali

bunga api dari pandangan mata saya

lagi bunga api..

ada lagi...

happy diwali =D


Seterusnya …. Selamat Hari Raya Aidil Adha… Sedih sikit… T_T .. mana tak nya.. Tahun pertama beraya tanpa ibu bapa.. ( MAK , AYAH!!!!! Nak balik ) . Perkara pertama yang berlegar-legar di ruang  fantasi ku ialah.. makan daging korban rebus dan cicah dengan air asam , tak pun hirup sup daging kat rumah Tok Jang Kasim… perghhhh!!!! Sedap tuuuu… betapa saya amat merindui detik2 tersebut… nak buat mcm mana… saya harus berkorban sempena hari raya korban.. hehehe… Saya rasa ayah saya sangat2lah merindui saya pada hari tersebut ( bukan syok sendiri ya… kenyataan ) .. dia takkan cakap punya.. Seperti pepatah orang putih.. “ actions speak louder than words”… dia telah pun menelefon saya sebanyak 10 kali pada hari tersebut.. hehehe… SAYA SAYANG AYAH SAYA !!!!! MAK SAYA JUGA!!!... Rasa sayu sekali setiap kali takbir raya di laungkan . Entah la kenapa… Mungkin sebab saya di perantauan.. ya mungkin… tapi saya bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai perasaan yang begitu indah itu . Alhamdullilah.. Kami meraikan hari tersebut. Masak2… suka sangat2.. tambah2 lagi kek batik kami menjadi ( Farihah lah yang paling suka =D ) hehehe… berkumpul ramai2 sangatlah seronok … terubat rindu dengan makanan Malaysia … Nasi lemak , sambal  , cekodok , kek batik , serunding… Sedapnyaaaa!!!Terima kasih rakan2 … kamu semua telah mewarnai hidup saya … Walaupun terwujudnya warna hitam disitu…. Bak kata saya kepada farihah “xpa2.. kek kita menjadi”… hehehe… jadi.. gembira telah menghapuskan peristiwa sedih.. senyumm =) 

makanan msa pagi raya T_T

juadah raya ... yeeaaa!!!

preparation for the day !!!

permulaan kek batik..hehehe

ingredient for chicken 65( ayam berempah je sebenarnya) hehe

lagi juadah raya =D

pada suatu mlm , hati saya tergerak untuk membaca terjemahan surah al-Baqarah ayat 263 yang bermaksud
"PERKATAAN YANG BAIK DAN PEMBERIAN MAAF LEBIH BAIK DARIPADA SEDEKAH YANG DIIRINGI TINDAKAN YANG MENYAKITI . ALLAH MAHA KAYA , MAHA PENGAMPUN"
tersentap hati saya...terkena di situ.. hehehe.. hati saya sudah memaafkan dan kembali tenang =D

Saturday, October 16, 2010

KUTIP2 PENGALAMAN =D

Ini merupakan pengalaman pertama yang saya dapat masa awal2 sampai kat sini . Masa tu Maghrib kat NRI Ladies Hostel . Untuk tepat dalam bilik saya… hehehe =)Saya dengar satu alunan yang selalu saya dengar.. tapi kurang jelas… sayup2 ja.. entah kenapa saya rasa macam nak “confirm”kan apa suara tu . pelahan-lahan , kaki membawa jasad saya ke tepi tingkap . Sliding door saya tolak ke kanan .Langit jingga , angin dingin mencelah masuk tanpa izin. Sejuk . Pada saat itu , hati saya tersentuh . saya tak tahu kenapa. Saya selalu dengar alunan tu . Tapi kenapa kali ni terasa lain macam ??? Syahdu . Sebak. Syukur. Itu yang mampu saya kata . Azan pertama saya di India . Mungkin masa di Negara sendiri , saya tak terasa . tapi di Negara org yang majoriti bukan beragama Islam ,azan tersebut telah menyentuh hati saya . perasaan tu timbul cam tu ja.. Saya nak terang pun x tau cm na… tapi yang pastinya , saya bersyukur sbb diberi peluang utk merasai perasaan yang begitu unik . Alhamdullillah =)


Bila di Negara org , kita lagi sedar dan menghargai status agama kita yang telah termaktub dalam kad pengenalan . Walaupun ada yang anggap bnd ni mcm biasa , tapi cubalah berada di tempat yang kurang manusia beragama Islam. Yang punya agama sendiri . Yang punya Tuhan-tuhan sendiri . Yang punya budaya serba berbeza tapi sangat menarik. Pasti . akan rasa benda yang sama .


Saya tahu. Saya bukan baik mana pun ( mengaku akhirnya ,kat “public’ plak tu .. hahaha ) tapi itulah sebenar-benarnya yang saya rasai masa azan berkumandang . bila kita selalu dengar , kita buat2 tak kisah . Kadang2 tak mau dengar pun. Kadang2 tukar “channel” ( saya pun penah buat …hehehe ) masa ada azan dalam tv . Kat india ni ada ke mcm kat msia??? TAK ADA .. Langsung x ada !!! Cuma mengharapkan azan dr masjid je…Yang ada, cuma cerita Hindustan yang x ada “subtitle” . hahaha… nak tgk “news” pun mcm once in a blue moon . adoi!!! Hihihihi…

 *one of the hottest film in India but dun hv chance 2 watch it plus no subtitle

Sunday, October 10, 2010

Edu Nanna Kathe ( This is my story!!!) =D

Mari kita “LOmpat” cerita lain dulu… hehehe kali ni x dak pasaraya.. LUAR Malaysia sket… Mana ??? UK ??? US ??? Bkn2.... Saya nak cakap tentang INDIA… YAAA!!!! INCREDIBLE INDIA ( according to their tourism advertisement) hahaha…. Alhamdullilah da sampai India .. hampir sebulan kat sini..


Mula2 naek “burung besi” dari KLIA ke BANGALORE… smpai dalam pukul 12 tengah malam lebih. Jadi bermalam di lapangan terbang.. Bila masuk subuh, rasa rindu dengan surau. Yelah India kot… Manalah ada surau… Solat Subuh kat tepi lorong ja.. Sedih la juga… Tapi tanggungjawab x leh lupa =) kemudian naek pulak “burung besi” versi lagi kecik ke HUBLI… SEJUK GILA!!!!! X tau nak habaq cam na sejuk dia… hahaha.. Rasa cam kat kampong ja sebab kawasan tu banyak tanam jagung (rinduuu sangat2!!!)… hehehe.. Nak sampai kolej amik masa dalam 1 jam lebih.. Jalan dia x yah kata lah… Masya Allah… macam naek roller coaster versi ada bumps!!! Hahaha…  1 culture shock telah berlaku kepada 1 rombongan bakal doktor… Bunyi “honk” yang sangat kerap dan kuat… kalu tengok “bumper” lori2 kat sini “PLEASE HONK” . Tak pun “HONK OK”.. Pelik sangat!!!! Memang budaya kat sini sebenarnya… Kalu nak potong pun “honk” , kalu lambat pun “honk” , nak kona (belok) kanan atau kiri pun “honk” juga…  Senang cerita sume depa “honk” ja… hahaha… Mula2 asyik dok gelak ja… dah lama2 jadi biasa dan kadang2 menyampah la juga.. Mana tak nya.. kita tengah sedap makan aiskrim, tiba2 ada kereta “honk” dari belakang… kalu sebuah kereta tak pa la juga … Ni kalu da 10 kereta lalu… Boleh bayangkan ??? hahaha… PATUTLA MASA AMIK BP PATIENTS KAT HOSPITAL  ARI TU TAK BERAPA DENGAR SANGAT … hahaha…

India is totally way way way from my expectation… SERIOUSLY!!! Ni bkn ayat sarcastic ke apa.. ni kenyataan… Maybe sebab kawasan yang aku pi nie kira ok la kot… Alhamdullilah aku tak kena diarrhea sekali pun… hehehe.. Makanan depa tak yah kata lah… FUHHHH!!!! Sedap…. Restoran As-Salam Nilai pun kalah… SEDAP dan MURAH!!!! Bayangkan Massala Dosa ( ala2 tosai) baru Rs. 20 = RM 1.40 . Rasa dia x sama dengan tosai kat Malaysia . tak masam sangat … JUST NICE…. Siap ada inti lagi kat dalam tosai… kalu kat Malaysia , tosai dia KOSONG… sedap gila kat sini… Senang sangat nak cari makanan HALAL kat kawasan ni… huhuhu…

Secara keseluruhan … saya suka INDIA!!!! Tak pernah menyesal datang sini =D ( gambar lambat sket ea ^^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...