Friday, November 19, 2010

PErayaAN yang TERlampau banyak= Banyak CUTI!!!


Sudah berapa lama tidak ku mencurah-curahkan isi akal ku yang kecik ini dalam blog yang tak seberapa ( cewah… rendah diri ni.. di luar kebiasaanku)… terlalu banyak cerita yang mahu disampai . Tak terkata banyaknya . Seperti mana yang kita tahu , teramat banyak sekali ( hancur sungguh bahasa melayu saya ) perayaan yang di sambut oleh masyarakat di sini . kejutan budaya telah pun berlaku pada hari deepavali . hehehe.. kat Malaysia. Saya baru sahaja mengetahui bahawa perayaan in terbahagi kepada 3 bahagian .. yang pertama … sudah semestinya pooja (sembahyang ) , kedua… memakai baju yang baru @ cantik dan yang terakhir sekali bermain2 dengan bunga api untuk kanak2 ( kami pun turut serta kerana masing2 masih mahu mengaku belia ramaja … kurang sesuai di situ…) hahaha… mercun tak terkatalah banyaknya… pelik.. sebab kat Msia tidaklah semeriah begini.. Boleh la tahan.. huhuhu… 
masa siang2..

row of lights=diwali

bunga api dari pandangan mata saya

lagi bunga api..

ada lagi...

happy diwali =D


Seterusnya …. Selamat Hari Raya Aidil Adha… Sedih sikit… T_T .. mana tak nya.. Tahun pertama beraya tanpa ibu bapa.. ( MAK , AYAH!!!!! Nak balik ) . Perkara pertama yang berlegar-legar di ruang  fantasi ku ialah.. makan daging korban rebus dan cicah dengan air asam , tak pun hirup sup daging kat rumah Tok Jang Kasim… perghhhh!!!! Sedap tuuuu… betapa saya amat merindui detik2 tersebut… nak buat mcm mana… saya harus berkorban sempena hari raya korban.. hehehe… Saya rasa ayah saya sangat2lah merindui saya pada hari tersebut ( bukan syok sendiri ya… kenyataan ) .. dia takkan cakap punya.. Seperti pepatah orang putih.. “ actions speak louder than words”… dia telah pun menelefon saya sebanyak 10 kali pada hari tersebut.. hehehe… SAYA SAYANG AYAH SAYA !!!!! MAK SAYA JUGA!!!... Rasa sayu sekali setiap kali takbir raya di laungkan . Entah la kenapa… Mungkin sebab saya di perantauan.. ya mungkin… tapi saya bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai perasaan yang begitu indah itu . Alhamdullilah.. Kami meraikan hari tersebut. Masak2… suka sangat2.. tambah2 lagi kek batik kami menjadi ( Farihah lah yang paling suka =D ) hehehe… berkumpul ramai2 sangatlah seronok … terubat rindu dengan makanan Malaysia … Nasi lemak , sambal  , cekodok , kek batik , serunding… Sedapnyaaaa!!!Terima kasih rakan2 … kamu semua telah mewarnai hidup saya … Walaupun terwujudnya warna hitam disitu…. Bak kata saya kepada farihah “xpa2.. kek kita menjadi”… hehehe… jadi.. gembira telah menghapuskan peristiwa sedih.. senyumm =) 

makanan msa pagi raya T_T

juadah raya ... yeeaaa!!!

preparation for the day !!!

permulaan kek batik..hehehe

ingredient for chicken 65( ayam berempah je sebenarnya) hehe

lagi juadah raya =D

pada suatu mlm , hati saya tergerak untuk membaca terjemahan surah al-Baqarah ayat 263 yang bermaksud
"PERKATAAN YANG BAIK DAN PEMBERIAN MAAF LEBIH BAIK DARIPADA SEDEKAH YANG DIIRINGI TINDAKAN YANG MENYAKITI . ALLAH MAHA KAYA , MAHA PENGAMPUN"
tersentap hati saya...terkena di situ.. hehehe.. hati saya sudah memaafkan dan kembali tenang =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...