Friday, August 12, 2011

Tanda Soal ?

taken from : qiswahhassanah.blogspot.com


Assalamualaikum… hari ni saya nak tukar dari saya ke aku ..
“duuhhhh… like we care …”
wait a second. Let me explain it first.

Sudah lama aku mahu menulis akan sesuatu. Tapi gerak hati aku mengatakan tak.hati ini menghalang.mungkin ini terlalu personal bagiku. Tapi harusku luahkan apa yang terpendam. Biarlah ini kali pertama aku menyampaikannya. Aku tiada niat untuk menyalahgunakan laman ini untuk mencurahkan apa yang termendap di dasar seketul daging , dalam jasad seorang manusia iaitu aku. Tak ada. Sudah aku jadikan niat aku utk menulis hanya untuk menaikan semangat org lain. Aku suka begitu. Aku suka lihat cahaya di mata yang memandang , di telinga yang mendengar dan di hati yang memahami. Aku suka begitu . Ya Aku suka begitu.

Ramai yang bertanya pasal masa depanku. Bukan sebagai doktor tapi pasal tu lah. Pasal aku-tahu-kau-pun-tahu( terpengaruh dengan harry potter… hehehe ) terus kepada tajuk yang lebih jelas. Kahwin! Salah satu perkataan yang kerap terpacul di bibirku yang selalu aku tak ikhlas menyebutnya. Ya. Aku kerap menyebutnya . dan selalu disalah ertikan.

Selalu , gadis diusiaku memikirkannya. Bagaimana pemilihan bakal suami , majlis perkahwinan , baju persandingan ,tema warna dan sebagainya……………….. bohonglah aku tidak pernah memikirkannya. Aku pernah. Kerap.dulu.dan masih memikirkannya sampai sekarang .

Dulu… aku bukan sahaja suka memikirkannya. Aku bahkan menceritakan kepada teman rapatku. Mereka tahu.malah aku jua tahu impian dan segala fantasi menjadi puteri dalam masa sehari. Mereka tahu. Tapi kenapa sekarang , aku jarang. Pelikkah ???? aku… kadang2  rasa lain macam bila disebut perkataan itu.. apatah lagi berbicara tentangnya. Boleh hijau tekak ku( aku bukan katak okeh.. )

Alasan tidak menjadi dulu.usia yang menganjak buat aku suka termenung sejenak.kadang2 lama. Malah semasa aku belajar. Aku lama2 merasakan aku ini tidak sempurna pada adam yang aku mahukan. Terasa kerdilnya diri ini.Sebab itulah ,  aku banyak menyimpan dan kunci dalam hati. Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. Bagiku , biarlah aku siapkan diri yang x sempurna untuknya. Kalau2 aku terus memikirkannya tanpa ada usaha , aku akan rasa aku tak berhak untuknya. Perubahan harus bermula. Make over bukanlah fizikal semata2. Rohani wajib berada di aras yang sama. Apa guna fizikal yang lambat laun kering menyembam ke tanah . rohani harus berisi. Agar keturunan tiada yang malnutrisi batinnya. Aku mahu hasil yang berpanjangan. Bukan  tuaian semusim. Biarlah hasilnya dapat aku eksport ke akhirat. Itulah target aku yang sebenarnya.

Kadang2 terbit rasa bersalah kepada rakan2 yang selalu bercakap akan hal itu. Digagah jua aku memaksa bibirku meluncurkan kata-kata. Agar tiada yang berkecil hati . Agar mereka disisi senang di sini. Bahkan itu yang membuatkan aku senang kerana mereka senang denganku , jesteru itulah mereka berkata2 denganku..( harap2  lepas nie x de yang dah x nak share pape ngan aku.. sedyh gilo kalu cam tu.. hehehe)



Maaf sahabat andai riak muka ku kadang2 mengjengkelkan dan memuakkan anda. Maaf. Tiada ucapan atau perkataan yang dapat aku ucapkan pada yang aku telah guris hatinya. Maaf. Sungguh tiada niat aku untuk kecewakan anda. Sungguh. Dan maaf sekali lagi . 

Tapi aku harap . Janganlah disebabkan penulisan jujur ini buat kamu2 lari dariku. Ini hanya cebisan hati yang aku mahu kamu2 mengerti . Aku mahu kamu2 memahami aku supaya kurang jurang yang selama ini menyelubungi kita. Ketahuilah , kamu sentiasa mendapat ucapan selamat datang daripada saya. Sungguh aku katakan . Harap ada yang percaya =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...