Assalamualaikum... entri kali ni pasal makanan... sebelum nak bercerita dengan lebih lanjut lagi , meh nak tanya siapa kat dunia ni yang sihat wal’afiat ( orang anorexia sila diam ok... hehehe ) yang tak suka makan ?? mesti tak dak kan ... hehehe... Bila dok india nie kan , barulah tersa betapa beruntungnya dok kat Malaysia yang kaya dengan pelbagai makanan . sebut ja nak makan apa , semua ada.. Indian , Chinese , malay , thai , Korean ,western , arabic .. semua ada... memang best la.. tapi kalau kat india nie sedih la sikit... makanan india ja la... kalau nak makan makanan melayu , masak la sendiri tak pun makan kat China Wall ( kedai nie , chef dia pernah kerja kat Malaysia jadi dia tau la nak masak nasi lemak , mee goring cam tu... tapi still tak sama weyh T____T) tak pa lah .. At least ada kan...
jadi nie lah hidangan yang mampu saya dan roommate saya buat... serius tak boleh lawan mak la... sobs!!! BIla fikir pasal makanan nie..kita selalu fikir makanan yang bersifat fizikal... Tapi bagaimaan pula makanan dalaman ?
“ape kau fikir makanan fizikal tu bukan makanan dalaman ke ? habis perut kau tu kat mana ?? kat luar ke ???”
ok . maksud makanan dalaman tu maksudnya ialah makanan hati. Ni pesanan ni untuk hati saya yang sering kelaparan dan kehausan ... duhai nazira... suaplah hatimu dengan zikrullah , mulut yang menerima suapan itu biarlah manis berkata-kata.... janganlah buruk bicara yang mengisi ruang masa ... mata yang melihat ke mana suapan itu pergi haruslah mata yang memandang yang halal di pandang agar tak tercemar hati dan akal ... anggota tubuh yang terlibat dalam suapan hati biarlah ia melakukan aktiviti memanfaatkan jasad dan rohani seperti solat 5 waktu , solat sunat , bersenam , belajar dan sebagainya... andai kata kau mampu melakukan itu semua , insya Allah hatimu akan sedikit kenyang .. tidaklah menjadi anorexia ok... hehehe... oh tidak dilupakan doa kepada ibu bapa dan keluarga =D |