Saturday, July 14, 2012

Cinderella dan Tudung Bidang 60'


Assalamualaikum semua...

Bertemu kembali... tapi sebelum saya start merapu biar saya katakan disini , SAYA TIDAK MENJUAL SEBARANG JENIS TUDUNG . Saja nak buat tajuk-tajuk kononya gempak.. hehehe

Tudung bidang 60’ .

Labuh aka tudung ustazah-ustazah ja yang pakai ( eh ?? ) .  sebelum kita pergi dengan lebih jauh , nak dengar cerita Disney versi pakai tudung tak ???


Alkisah....




Cinderella ialah seorang gadis yang memakai tudung bidang 60’ . Ayu dan disenangi ramai . Sering dijadikan contoh dan tauladan oleh rakan-rakan dan juga bakal-bakal mak mertua . Beliau juga tempat rujukan sahabat handai kerana beliau merupakan bekas pelajar sekolah agama yang agak terkenal di semenanjung Malaysia .

Suatu hari , Cinderella berbicara dengan salah seorang sahabatnya iaitu Bella Swan . Leka dengan perbualan mereka hingga Cinderella tidak sedar tajuk perbualan mereka sudah menjadi gossip . Sudahlah ter-deviate tajuk perbincangan , Cinderella juga terlupa bahawa beliau ada mesyuarat perwakilan pelajar . Tweety yang sedang mengisi air di water cooler berdekatan dengan tempat tersebut mula memasang telinga .

“ Ingat kot baik.. i’m gonna tweet this. It’s  totally hooooot stooory.”




Cinderella tak ada account tweeter. Beliau tidak sedar akan kewujudan berita yang mengaibkan beliau . It spreads so virally like crazy . Cacian makian mula menjadi santapan pengunjung melihat twitter si tweety . Di kampus , Cinderella mula di sisihkan . Ada yang memandang dengan pandangan yang serong , ada yang peril memerli. Dia tidak faham lagi keliru .

Lantas , Cinderella nekad untuk bertanya pada rakan yang amat dia kasihi iaitu Snow White .
“Snow white.. saya rasa sedih.. Lately kan, ramai yang macam tak nak kawan dengan saya ... Awak pun saya tengok macam menjauh dengan saya . Kalau dulu , tiap-tiap hari awak datang ke bilik saya tapi sekarang....hmmm.. awak marah saya ke ? ”

Snow White bukan tak nak pergi bilik Cinderella macam dulu-dulu tapi dia dapat ugutan dari geng Tweety yakni Mulan , Jasmine dan Stepmother supaya menjauhkan diri daripada Cinderella . Kalau tak , dia pun turut dikatakan bersubahat dan bakal disisihkan . Tapi...

“Cinderella ketahuilah bahawa ada yang mengatakan awak bergosip dengan Bella swan dan terus buat awak lalai dalam menjalankan amanah awak sebagai wakil pelajar . Mereka kata awak cakap je lebat tapi buatnye tidak . Saya tahu awak bukan macam tu . Saya rasa awak cuma tercakap je . Tapi kenapa mereka buat awak macam tu ? Mereka sebarkan di twitter dan cakap macam-macam . Bahkan saya di kecam untuk tidak bercakap dengan awak . Saya sedih . Saya nak kembali seperti dulu.” Ujar Snow White sambil menangis teresak-esak .

Terjelopok Cinderella jatuh ke lantai .

Ya Allah .. Apa yang telah aku lakukan . Aku berdosa . Ya Allah Ampun kan aku. Sungguh aku tak sedar . Sungguh ya Allah . Segera beliau ke kaki sejadah dan sujud taubat kepada YANG MAHA ESA. Setelah itu , beliau terus membuka FB dan menulis status yang dia memohon maaf atas perbuatannya tempoh hari sehingga menimbulkan kesulitan kepada ramai pihak.

Sekali lagi , komen-komen di bawah status beliau bercampur dengan kata-kata “ tak pe benda dah lepas” dan juga “blah la.. ingat kot baik gileeer nak mampus . Rupa-rupanya , fake gileer”.
To be continued....

So dari cerita yang telah disampaikan . Apa yang korang dapat ?

1)      Jangan gossip dekat2 water cooler ?
2)      Jangan Gossip dekat2 waktu meeting ?
3)      Jangan lupa sign up account Twitter ?

Jadi yang mana satu ???

Hmm... Pada pendapat insan yang biasa seperti aku ni... Kita semua manusia tidak pernah akan sempurna . Cacat cela dimana – mana . Mungkin lepas ni kita akan jadi pendosa ( nauzubillah ) dan mungkin juga kitalah akan menjadi pembuat kebaikan ( Insya Allah ) .

Kita bukan maksum . Kadang-kadang kita akan TER-buat jugak dosa . Begitu juga orang-orang yang kita selalu panggil dengan gelaran “budak alim” tak pun “budak surau”. Mereka juga bukan maksum . Jadi , kawan-kawan kita juga tidak terlepas (secara tidak sengaja) untuk melakukan dosa . Tapi kenapa mereka selalu dikeji dengan kejian yang saya kira amat melampau ?

“sebab diaorang belajar sekolah agamalah.. sepatutnya diorang lagi tahu lebih buruk baik semua benda. Diorang kan dah banyak hafal-hafal surah dan hadis bebagai . So diorang mestilah tak boleh buat macam tu”

Ehhhh... wait a second . Cuba kite rewind balik kenangan manis kau dan aku ( amboi nak nyanyi pulak dah aihh... ) duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia ... ekeke.. kat sekolah dari darjah 1 sampai lah tingkatan 5 kita semua akan belajar pendidikan Islam dan tak silap saya masa tingatan 4 dan 5 pun still kena hafal sedikit hadis dan surah. Ye dak ? so asas kita sama , mungkin diaorang lebih sikit la.. tapi the basic things kita semua insya Allah tahu . Jadi , kenapa kita tak keji diri sendiri bila kita mengumpat orang dan kenapa kita mengeji golongan tertentu sahaja . if that so , you can call yourself as a racist because you don’t treat yourselves and others equally  . You considered yourselves to have immunity from being criticised and etc .  Think baby think !



will you give it to me ?


Jadi , marilah kita hentikan budaya seperti drama Disney versi melayu di atas ..hehehe.. Ianya perosak perpaduan ummah kita ( ayat selalu nak global ea .. cik nazira ) dan juga perosak iman kita . Mari kita guna pendekatan yang lebih baik iaitu menegur dan memberi nasihat kepada yang terlanjur berbuat dosa . Berilah dengan cara yang berhikmah bukanlah dengan  cara menjatuhkan maruah indivitu tertentu . Put yourselves in that person’s shoes . Do you want people scold you in the public ? tak kan .so treat them as if you treat yourselves .

Tidak perlu kita tergesa-gesa untuk melihat outcome-nya sebab outcome is from Allah . Our part is to give naseehat not to change people . Let them take time to realize what is right and what is wrong . Insya Allah , they will try to accept it . Peace ^_^V








P/s : Saya tidak sempurna . Tujuan penulisan lebih kepada diri sendiri sebab saya jua tidak terlepas melakukan umpat-umpatan . Semoga Allah mengampuni saya dan semoga orang yang pernah saya umpat jua memaafkan saya . Tidak perlu memakai tudung bidang 60' untuk memberi nasihat . Tudung syria , tudung hana tajima , tudung mak cik temah , tudung bawal mahupun tudung ikan kering semua boleh beri nasihat . Jika mahu menunggu sampai cukup ilmu selamanya tidak akan ada yang boleh memberi nasihat . Tolong nasihatkan saya jika saya buat salah ea... hehehe terima kasih ... ^_^

Friday, July 6, 2012

Insya Allah ^_^


Assalamualaikum rakyat-rakyat sekalian...

CEEEEWAHHH!!! Bajet aku ni bakal perdana menteri pulak dah... haish =.='... sila abaikan saya...

Aku perasan aku ni tak istiqamah dalam menulis... haish =.=' . ok Pertama , sila jangan mengeluh . Kerana apa ? Sebabnya orang yang banyak mengeluh dan banyak merungut ialah orang susah nak berjaya . ( SENTAAAAP MAKKK ) ok. Itu bukan kata-kata aku ok. Itu merupakan kata-kata Prof Dr. Muhaya . SAPA DIA ??? Google la.. Malai sangat aihhh.. hehehe..

So , topik diskusi kita pada hari ini ialah.... jeng , jeng ,jeng....


POYO sikit . Ok by the way poyo merupakan sebuah perkampungan di Burkina Faso . Kalau tak percaya suruh Encik Google cari dekat Mrs . Wikipedia . hehehe

Insya ALLAH .




1st of all , ini bukan tentang lirik lagu Maher Zain yang best tu ok. Bukan , bukan , bukan ..
Ini cuma sedikit sharing yang aku nak cerita untuk diri sendiri... hehehe...

Pada amnya ( bahasa diaaaa... ) , kita selalu guna bila kita macam nak tak nak buat or terima ajakan seseorang tapi dalam mood serba salah kalau tak terima ajakan tu . Asal la berbelit-belit apa yang aku cuba sampaikan... ok Cam ni . Perkataan Insya Allah tu digunakan sebagai kata ganti kepada NO tapi at the same time ( konon-kononnya Yes ) atas tujuan untuk menyedapkan hati sebelah pihak yang lagi satu . Masih keliru .... Faham-faham sendiri la . huehuehue..

Dulu-dulu kan , ustazah aku ada cerita . Perkataan Insya Allah itu bermaksud " dengan izin Allah " . Beliau ada tambah sikit huraian . Sebagai contoh , kalau ada orang ajak pi kenduri rumah dia , kita kena sedaya upaya untuk memenuhi ajakan beliau . 99% usaha tu datang dari kita tapi katalah hari tu kita accident ( nauzubillah ) ... so tu da jadi exceptional case . hehehe..

Dah tua-tua gini barulah tersedar.. haish =.=' apa nak jadi.. tak pa2.. selagi nyawa masih dikandung badan , pintu taubat  masih terbuka luas untuk kita.. huhu... so lepas ni kalau dah cakap insya Allah , jangan lupa usaha untuk penuhi maksudnnya . 

Sebagai kata-kata terakhir ( untuk post ni la... hehe )






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...