Monday, September 17, 2012

Antara KAHWIN dan MATI


Assalamualaikum.



Bukan akad nikah sahaja di sini bahkan solat jenazah pun di sini . 


Hari ni saya nak tanya . Berapakah usia anda ? Kalau versi utara ... Umuq hang dah berapa ?

Saya ? Saya , bakal 22 tahun pada Disember ini ( ecece.. nak bagi tau besday bila la tu )

Kalau anda yang berada di usia saya , mesti dah terima kad-kad ataupun undangan perkahwinan rakan-rakan . Betoi dak ?

Tak pun tengok gambar-gambar sahabat handai yang bertunang serta berkahwin di Facebook. Betoi dak ?

Bila reflex kepada diri sendiri , mesti akan tertanya-tanya . Bila pula giliran aku akan tiba ? Tak pun macam ni :-

1)      Alhamdulillah... mabruk.. doa-doakan saya pula yea . hehehe
2)      Untunglaaaa  dah kahwin .

“ehh ... mana ada .. tu cik nazira sorang je”

Ye ke ? Takkan sekali pun tak tercuit perasaan sebegitu rupa. Mesti ada bukan ?

Tapi...

Dalam banyak-banyak perkhabaran tentang “pembinaan masjid” , pernah tak terdengar berita  tentang kematian ?

Hmmm...

Ada bukan ?

Bagi pengalaman saya sendiri ( bukan saya yang nak kahwin ok .. ) , setiap kali ada berita tentang walimatul urus , mesti selepas tu akan tersampailah berita tentang kematian .

Sebagai contoh , sebulan yang lepas semasa saya di Malaysia terchinta ( bak kata Kak Laila .. hihi ) , saya telah menerima kad jemputan majlis perkahwinan rakan saya. Tup tup beberapa hari yang kemudian , mak cik yang solat terawih belakang saya meninggal . Waktu tu saya masih tidak sedar akan kaitan mati dan kahwin .

Sampailah ke hari ni .

Siang tadi , saya ada terlihat gambar seorang senior yang amat saya kasihi iaitu Kak Mas telah pun selamat diijabkabulkan dengan seorang ustaz . Alhamdulillah. Semoga perkahwinannya dirahmati dan diberkati Allah . Bila sang mentari mengundur diri ( wah.. kelas bahasa melayu kau !! .. hehehe ) , maksudnya malam la... terima pula berita tentang ibu kepada junior saya yang sedang sakit . Junior saya pun telah berada di Malaysia untuk bersama-sama dengan ibunya . T_T. Semoga beliau selamat dan semoga Allah tabahkan hati beliau dan keluarga beliau.

Dan itu merupakan saat yang saya betul-betul terjaga daripada mimpi-mimpi indah bahawa kita bukan selamanya di sini . Perjalanan kita maaaaasiiiiih ( masih ) panjang . Asyik syok fikir bila eh aku nak kahwin ? Siapa eh aku nak kahwin ? Majlis aku nak buat kat mana ? Hantaran nak letak apa ? Macam-macam lagi la soalan tentang kahwin , kahwin dan kahwin . Tak dak pun terselit tentang mati . Kalau aku mati , macam manalah keadaan aku ? Timbangan mana lebih berat ? Hutang aku dah langsai ke ? Aku dah minta maaf kat semua orang ke ? .  Pukulan yang agak kuat tadi . Dush dush dush !!



Gambar hiasan semata - mata . Sila jangan salah faham . Lukisan untuk rakan . hahaha.. ( tak senonoh lukis mase lecturer mengajar... jangan tiru aksi ini ) 


Saya bukan anti kahwin . Kahwinkan sunnah nabi . Saya gembira jika ada rakan-rakan yang berkahwin . Insya-Allah doa saya ada untuk anda-anda semua ^_^ . Tapi sebagai peringatan , mati itu juga sesuatu yang pasti . Ingat mati dapat pahala tau . huhuhu. Ingat mati tak pernah meruntuhkan diri bahkan siapa yang mengingati mati ialah orang yang akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak . Insya Allah . 

P/s : Doa-doakan ek untuk ibu kepada junior saya iaitu shafinaz . Semoga dia dan ahli keluarga tabah dan di beri kekuatan dari Allah . Doa juga untuk saudara Islam diluar sana tak kira lah di Malaysia ke , Syria ke , Palestin ke ...mana-mana saja ea.. ^_^

Saturday, September 15, 2012

Bila Kubur kata " kamon bebeh"


Assalamualaikum...



Aku memang suka menulis . Tapi tu la.. bebagai kekangan . kekangan masa la , internet la... kalau merungut tak guna jugak.. pokok pangkal usaha ye dak ?? ok fine aku mengaku memang salah aku . Masanya ada tapi aku ja yang tak pandai nak bahagikan masa dengan sebaiknya . Internet pulak ada tapi kat CC ja la.

Pi naik moto la

Tak dak lesen laaa..

Amik la lesen . Apa susah

Jangan cakap pasai lesen dengan aku .  sensitip tau bab-bab lesen ni .

Cerita la sikit..

Datuk siti kata “biarlah rahsia”

Hahahahaha... hanya orang yang terdekat ja tahu pasai apa aku tak ambil lesen sampai ke laaa ( sekarang ) .

 okeh mari kita lupakan memori daun pisang waktu jalan-jalan .


Jangan tanya kenapa ! ehehe


Aku memang minat menulis . Dari dulu lagi . Tapikan sejak aku sekolah rendah lagi , aku teringin sangat nak jadi  fashion designer ( eceece...) . Maybe cool kot kalau jadi fashion designer . And aku still nak jadi fashion designer . fashion designer muslimah . Insya Allah .

Gila !

Mungkin . Tapi tak mustahilkan?

Masa naik form 2 dah start baca novel cintan-cintun tu.. Novelist yang aku paling suka ialah Norhayati berahim . Novel  favourite aku mestilah “Cinta Pertama” tapi yang aku kesal sekali bila dah di adaptasikan di TV , dia dah jadi tak best . Asal ? Nurul Iman yang islamik dah tak jadi islamik bila di kaca TV . Hurmmm.. sedih sedih sedih ... 



Baca novel ini tidak sesekali mengikis ke-macho-an aku.. huehuehue..


So , start dari situ aku mula pasang angan-angan nak jadi penulis ( ececece... ) . Doktor ?? tak pernah sekali ( aku rasa la ) aku tulis yang aku nak jadi doctor . hehehe..

Berbalik pada minat aku dalam arena ( arena ??) , penulisan . Kalau dulu aku tulis , sebagai satu cara untuk menghamburkan beban di dada aku . Aku rasa puas macam tu . serius ! Tapi bila dah besar , yelah kubur pun kata “ kamon bebeh “ , dunia pun dah kata “go away” , mula terfikir , apa POINT aku tulis berjela-jela sebenarnya ? Kepuasan ? Untuk apa ? Untuk siapa ? bila kita post apa yang terbuku di hati kita rasa puas . tapi sampai bila kita puas ?



Since aku suka tengok drama-drama ( dulu la sekarang ni dah tak larat da... nenek dah tua ) . Salah satunya ialah UGLY BETTY . well for me , memang la memang sangat berjela-jela , merapu , entah apa-apa dan boleh dikatakan banyak juge babak yang tak wajar dilihat ( kurang pahala nanti..ehehe) . Tapi aku terasa inspired dengan satu episode ni , betty buat blog untuk inspired other people . and for me that’s sooooo cool . and ada juga satu babak tu yang dia geram sangat kat Daniel , so dia pun tulis buruk-buruk pasal Daniel and accidently terpost , and kesan buruk dia sangat-sangatlah buruk...

Sebelum aku menulis , aku ada juga baca-baca artikel ataupun buku untuk dapat inspirasi ( ecece... ) . Ramai penulis cakap sebenarnya apa saja yang kita buat kat dunia ni semuanya mesti lillahi taala  ( kerana Allah ) , sebabnya dari dia kita datang dan dari dia juga kita kembali . Aku tersentap ! A’aaa kan .


Kelas kau nazira , mentol menyala keluar pokok ! ahaha


Mentol menyala !! (tiiiing !!) Memang baik kita tulis to inspired people . tapi adalah lebih baik kita menulis to inspired people lillahi taala . beza tau . dapat pahala wooo.. insya Allah !! yakin pada-Nya . Insya Allah dapat . Seronok sangat bila dah nampak penulisan tu sebagai satu wadah untuk terus dekat kepada-Nya . Aku menulis more to self motivated tapi kalau ada yang termotivate , Alhamdulillah . tak dak orang baca pun aku tak rasa kecewa sebab aku hanyalah hamba yang tiada kuasa untuk mengerakkan mata manusia yang lain untuk membaca cebisan surat maya yang hina ini ( ececee)  . cukuplah sekadar apa yang aku buat dilihat-Nya . Itu yang aku pinta . 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...