Monday, September 17, 2012

Antara KAHWIN dan MATI


Assalamualaikum.



Bukan akad nikah sahaja di sini bahkan solat jenazah pun di sini . 


Hari ni saya nak tanya . Berapakah usia anda ? Kalau versi utara ... Umuq hang dah berapa ?

Saya ? Saya , bakal 22 tahun pada Disember ini ( ecece.. nak bagi tau besday bila la tu )

Kalau anda yang berada di usia saya , mesti dah terima kad-kad ataupun undangan perkahwinan rakan-rakan . Betoi dak ?

Tak pun tengok gambar-gambar sahabat handai yang bertunang serta berkahwin di Facebook. Betoi dak ?

Bila reflex kepada diri sendiri , mesti akan tertanya-tanya . Bila pula giliran aku akan tiba ? Tak pun macam ni :-

1)      Alhamdulillah... mabruk.. doa-doakan saya pula yea . hehehe
2)      Untunglaaaa  dah kahwin .

“ehh ... mana ada .. tu cik nazira sorang je”

Ye ke ? Takkan sekali pun tak tercuit perasaan sebegitu rupa. Mesti ada bukan ?

Tapi...

Dalam banyak-banyak perkhabaran tentang “pembinaan masjid” , pernah tak terdengar berita  tentang kematian ?

Hmmm...

Ada bukan ?

Bagi pengalaman saya sendiri ( bukan saya yang nak kahwin ok .. ) , setiap kali ada berita tentang walimatul urus , mesti selepas tu akan tersampailah berita tentang kematian .

Sebagai contoh , sebulan yang lepas semasa saya di Malaysia terchinta ( bak kata Kak Laila .. hihi ) , saya telah menerima kad jemputan majlis perkahwinan rakan saya. Tup tup beberapa hari yang kemudian , mak cik yang solat terawih belakang saya meninggal . Waktu tu saya masih tidak sedar akan kaitan mati dan kahwin .

Sampailah ke hari ni .

Siang tadi , saya ada terlihat gambar seorang senior yang amat saya kasihi iaitu Kak Mas telah pun selamat diijabkabulkan dengan seorang ustaz . Alhamdulillah. Semoga perkahwinannya dirahmati dan diberkati Allah . Bila sang mentari mengundur diri ( wah.. kelas bahasa melayu kau !! .. hehehe ) , maksudnya malam la... terima pula berita tentang ibu kepada junior saya yang sedang sakit . Junior saya pun telah berada di Malaysia untuk bersama-sama dengan ibunya . T_T. Semoga beliau selamat dan semoga Allah tabahkan hati beliau dan keluarga beliau.

Dan itu merupakan saat yang saya betul-betul terjaga daripada mimpi-mimpi indah bahawa kita bukan selamanya di sini . Perjalanan kita maaaaasiiiiih ( masih ) panjang . Asyik syok fikir bila eh aku nak kahwin ? Siapa eh aku nak kahwin ? Majlis aku nak buat kat mana ? Hantaran nak letak apa ? Macam-macam lagi la soalan tentang kahwin , kahwin dan kahwin . Tak dak pun terselit tentang mati . Kalau aku mati , macam manalah keadaan aku ? Timbangan mana lebih berat ? Hutang aku dah langsai ke ? Aku dah minta maaf kat semua orang ke ? .  Pukulan yang agak kuat tadi . Dush dush dush !!



Gambar hiasan semata - mata . Sila jangan salah faham . Lukisan untuk rakan . hahaha.. ( tak senonoh lukis mase lecturer mengajar... jangan tiru aksi ini ) 


Saya bukan anti kahwin . Kahwinkan sunnah nabi . Saya gembira jika ada rakan-rakan yang berkahwin . Insya-Allah doa saya ada untuk anda-anda semua ^_^ . Tapi sebagai peringatan , mati itu juga sesuatu yang pasti . Ingat mati dapat pahala tau . huhuhu. Ingat mati tak pernah meruntuhkan diri bahkan siapa yang mengingati mati ialah orang yang akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak . Insya Allah . 

P/s : Doa-doakan ek untuk ibu kepada junior saya iaitu shafinaz . Semoga dia dan ahli keluarga tabah dan di beri kekuatan dari Allah . Doa juga untuk saudara Islam diluar sana tak kira lah di Malaysia ke , Syria ke , Palestin ke ...mana-mana saja ea.. ^_^

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...