Saturday, January 12, 2013

Manipal Aku Datang ^_^ V


Assalamualaikum semua ^_^

Ok. Saya rasa saya dah lama tak menulis . Tangan pun dok gatai-gatai minta digarukan bukan sebab ada allergic kepada apa-apa benda pun tapi dah lama dok gian nak menulis . WAHHH ! gian nak menulis . Like super serious nazira ??? Yes , indeed... ( sambil mengangguk kepala berkali-kali)  hahaha

Sebenarnya dah banyak kali saya cuba mengerakkan jari jemari yang tidak halus lagi mulus ini untuk menekan papan kekunci di laptop kesayangan saya , tapi gagal mengawal hawa nafsu yang membara untuk membuka facebook . Adoyaiiii T___T



MANIPAL UNIVERSITY :)






Dengan tidak membuangkan masa lagi , pada tahun lepas ( aiceeeh , bulan 12 ja pun ) , saya berserta rakan-rakan saya telah menaiki bas ( perlu ke nak bagi tahu semua ? ) ke Manipal .

Buat apa ?

Haaaa...

Ni yang cek nak habaq mai ni . Kat Manipal , akan ada satu event besaq gila khusus untuk merapatkan ukhuwah antara pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di India yakni  LAGENDA . Tak kira lah hang ni belajaq medic ka dentistry ka , boleh mai ooo. Antara acara yang dinanti-nantikan ialah pesta makanan Malaysia dan sukan .

SUKAN .

Of course saya merupakan

.

.

.

.


Penyokong setia kawasan Belgaum . Nak kata saya tak dak genetik sukan . Itu adalah mustahil . Hal ini adalah kerana ( hal ini adalah kerana ? ) , mak pak saya merupakan jaguh kampung pada masa mereka muda . Ceewah ! sweet tak ? Mmmm... Mai tang anak dia sorang pun tak dak kecuali adik saya yang no. 3 . Dia telah mengambil semua genetik sukan mak dan ayah saya tanpa meninggal secebis pun buat kami adik-beradik yang lain. Sobs sobs sobs T___T .











Well , Malaysians do LOOOOVE food ! Cannot agree more right ? Ibarat isi dan kuku . Begitulah perumpamaan antara rakyat Malaysia dan makanan . Cuma kami makan makanan tapi kuku dan isi still stick together forever and ever except if there is injury . hehehe...

Banyak la juga makanan yang depa jual . Sedap la jugak . Ais kacang with pulut , kek carrot , nasi ayam , air soya dan sebagainya . Memang beratus rupee jugak la telah dihabiskan . Oh mannn ! hehehe . Sementara proses pembelian dan suap-menyuap ke dalam mulut sendiri berlaku , kami juga telah disajikan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar Manipal sendiri .




in order to eat , you need this ! seyes teringat hari kantin :(











Apart from all those food stalls and performances , i was attracted with this stall .

A FREE PALESTINE STALL !

Bagi saya , gerai seperti ini wajib diletakkan dimana sahaja fun fair ataupun event yang seakan-akan Lagenda .

“alaaa... kalau buat nanti tak feeling la nak have fun masa kat event tu”

Kawan-kawan yang budiman ,

Sapa kata kita tak boleh have fun kalau ada booth or stall macam tu ? Boleh aihhh . Siap boleh tambah ilmu dan pengetahuan lagi . hehehe...  At least kan kita tak dak la nak mengkedarah dan membazir tak tentu hala , kalau sambil kita beli tu , kita teringat kat adik-adik kita kat sana yang entah makan , entah tidak . Duit balance yang tak jadi makan tu , boleh menabung untuk depa semua . Insya Allah terisi la perut sorang dua kan kan kan ... hehehe . Inisiatif yang  mereka lakukan amatlah bermakna . Semoga Allah melipat gandakan pahala mereka di atas usaha dan niat murni mereka . Amin .


p/s : SETIAP MUSLIM ITU KAN BERSAUDARA ... peace yooo ! ^_^ V

oh , before that , you can visit Mangalore if you come to Manipal . Just 2 hours from Manipal University and the bus is seriously good :)











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...