Saturday, November 9, 2013

Aku sayang dia la...

Assalamualaikum semua !

Dibawah ini merupakan hasil kemalasan yang berminggu-minggu.. hehe

Ok.

Pernah dengar tak frasa seperti ini

SAYANG IBU SAMPAI KE SYURGA .

Aku pun terfikir-fikir . Dah tu “Sayang ayah pulak cam na ?”

Then , aku pun menekan-nekan papan kekunci dengan rakusnya.

Keluarlah segala macam jawapan . Tak percaya sila Google sendiri atau tengok la gambaq kat bawah ni haaa... Bukti memang aku tak tipu hampa semua... hehehe
  




Frasa paling popular ialah sayang ayah sepanjang masa . Ahhh.... Bosan ! Tukar-tukar.. Sayang ayah terhindar dari neraka . Tapi roommate aku cakap macam “lame” . Aku pun buat muka cam ni kat dia .







 Hehe.. saja ja nak promote roommate aku... Roommate sila jangan marah dan usir aku keluar bilik.. hihi

SAYANG AYAH

Aku anak ayah aku . So , temanya wajib aku sayang ayah aku . Semua orang wajib sayang ayah / papa/daddy/bapak/abi/walid/dad/abah/appa masing-masing . Tapi jarang sekali kita meng-ekspresikan rasa sayang kita pada bapak kita . Kalau mai tang mak kita , macam ayaiq ja cakap “ sayang mak sangat” . Betoi dak ?

Pada aku unsur diskriminasi seperti itu tak patut wujud. Ish ish ish . Maybe kita akan cakap , kalau cakap  cam tu kat ayah kita , dia akan buat don’t know ja . Tapi hampa tau dak , ayah ni seorang manusia juga. Dia sukakan penghargaan atau  kata-kata manis . Tambah pula , dari anak dia sendiri . Boleh cair tau . Silap haribulan dia hadiahkan Porsche sebijik kat kau ! ok itu oveeeeer yang melampau .  Hehehe



“Tak angin , tak dak ribut . Pasai apa hang nak cerita pasal kasih sayang ayah ni ?”








Sebabkan... Aku ingat lagi masa aku kena posting seminggu kat LABOUR ROOM yang super hectic . Seminggu kat situ sudah cukup buat aku untuk kata TIDAK untuk buat Post graduate dalam Obstretrics and Gynaecology ( ONG or OBG ) . TIIIIDAAAAKKK !!! Aku bukan tak suka tapi aku rasa aku tak boleh kerja dalam suasana yang 24 hours stress !! Tapi kalau sapa-sapa yang boleh handle stress , anda digalakkan ambil ONG sebagai speciality anda . Tiada halangan dari pihak saya .. hihi..

Ok . Berbalik kepada perbincangan kita .

Ayah ialah antara orang yang menunggu kehadiran kita ke dunia . Ada beberapa incidences kat hospital yang buat aku terharu sangat-sangat .

1)       Pak cik ni anak dah ada 2 orang . Kiranya isteri dia tengah nak bersalinkan anak yang ketiga la kan . Tapi muka cuak dia macam isteri dia nak lahirkan anak pertama . Setia dia kat depan pintu bilik bersalin . Sebab kat hospital sini , si suami tak boleh masuk bilik bersalin . FREE LABOUR ROOM kata mereka . Bila dah bersalin tu , dia punya muka lega sangat-sangat . Happy ja tengok dia .

2)      Pak cik yang kedua ni macam sedih sikit la sebab isteri dia bersalin kat luar . Dan isteri dia developed Post Partum Haemorrhage ( PPH ) yang bermaksud  pendarahan yang banyak selepas bersalin . Kesian sangat kat isteri dia . Tak sedarkan diri . Blood pressure low sangat-sangat . Nak masuk hospital kena ada borang admission . Alkisahnya , aku pi la mintak borang admission kat pak cik tu .Masa aku panggil nama dia , berlari kot pak cik tu .Then aku mintak dia serahkan borang admission tu , tangan dia menggeletar kot . Wave menggeletar pak cik tu ter-transfer kat aku kot . Boleh kena sawan aku sebentar .. itu tipu ... hehe.. Tapi serious pak cik tu muka dia macam cuak gila .


Sikit ni ja la pengalaman yang aku nak share kat hampa semua . True  ! we all need to love our dearly mum more than our beloved dad . But do remember , he is also one of the important person in our life . As for me , he is the man that I love the most after Rasulullah . He is not perfect but he loves me perfectly . I LOVE YOU DAD ^_^





This is the  most probably your daddy's face after you said " I LOVE YOU DAD" to him ... hehehe.. well basically this is not the case of i love dad thing . It's something else . And it is secret between me and my dad . Ecece.. sedikit poyo disitu .. 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...