Assalamualaikum ...
Maaf lama tak menulis kat blog ni .. Ok satu tak sempat (
Malas pun ea jugak .. hehe ) dan ada masalah dengan internet universiti yang
tak dapat buka mana-mana blogspot . =.=’ sedih sebentar .Tapi sekarang dah boleh .. Yeaaa !! Alhamdulillah ...
Tapi dalam selama aku tak menulis di sini , aku ada menulis di
wordpress . Masih menggunakan ‘meisautumn’ ... Insha Allah nanti aku akan
pindah penulisan aku di sana , pi kat sini ... Bukan apa , dah biasa dengan
blogspot dan dah lamaku bersama dia .. ecece ... setia tak ? ok bai
HUJAN .
|
Taken from : sjffrench.files.wordpress.com |
La ni musim hujan kat India . As you all know , utara India
yakni Kashmir telah dilanda krisis banjir yang amat teruk . Serius teruk ...
Sedih sangat . Sebab aku pernah pi sana .. Masha Allah sapa yang pernah pi sana
, mesti nak pi balik. Sebab tempat dia tersangatlah cantik , aman , damai ...
apa lagi.. Masyarakat dia kat situ pun baik-baik . Mostly majority penduduk tempat tu
muslim . Lagi la sedih kan . Aku ada kenal seorang pak cik ni . Uncle Javed namanya ... harap-harap
selamat la beliau dan sekeluarga . Amin .
|
Ni gambar yang dalam simpanan aku . Before massive flood . T___T may Allah ease everything for them |
Alkisah , 2-3 hari lepas . Aku kena present presentation kat
hospital . It was my first time after coming back from 1 ½ month of holidays .
Jadi , ke-cuak-kan tu amatlah tinggi . Mana taknya , lecturer baru . Tak kenal
. Posting Radiology pula tu . Mana tak gelabah . Untuk meningkatkan keyakinan
aku , aku pun decided untuk pakai skirt labuh hari tu ( kononnya dengan memakai
skirt bolehlah meningkatkan keyakinan .. padahal sama ja kan ... ) ok apa-apa
ja ..
Tup-tup hujaaaaannnn .
Lebat pula tu ..
Allah ..
Muka aku
mula berubah di tangga lobi hostel . Dalam hati menjerit-jerit ..
KENAPAAAA
HUJANNNNNN!!
Aku rasa despite of aku pakai skirt kononnya ayu , muka masam
telah mencalarkan imej aku . Hahaha.. Sumpah aku rasa muka aku annoying gila dengan
hujan hari tu . Hujan kat India ni akan menyebabkan pakaian hang berubah kaler
( warna ) .. Automatik ke merah bata ... tu yang aku tak suka ... BENCI !!
Sampailah hari ini ....
Sedang aku dok berbaring di atas katil separa empuk . Aku
tanya diri aku . Kenapa aku emo gila hari tu ??
Kenapa ??
Allah...
Baru aku sedar . Yang aku cebikkan muka , yang aku emosi
bebagai tu kat hujan yang juga merupakan rahmat dari Allah . Kita semua tahu
yang hujan tu rahmat dari Illahi . kan ? Aku sungguh lupa ..
Allah Allah Allah
..
|
Taken from : baiti-jannti.tumblr.com |
Rasa menyesal sangat-sangat . Patutnya aku bukan membenci dengan hujan . Aku
sepatutnya berdoa . Kan antara waktu mustajab untuk berdoa , ialah pada waktu
hujan . Benar aku dalam golongan yang rugi . Kalau aku berdoa waktu tu , insha
Allah makbul . Rugi-rugi ....
Hmmm..
Nak menyesal tak guna . Sebab dah pun berlaku .. Apa-apa pun
jangan buat lagi . Dan sentisalah menadah tangan dan berdoa . Tak semestinya di
akhir salam selepas solat ea.. Bila-bila masa Allah ‘dengar’ permintaan dan pengharapan dari
kita . Insha Allah .
|
Taken from : www.cleverhood.com |
p/s : I'm a pluviophile . So i supposed not to be emo on that day .