Jauh2 burung mengibarkan sayap
Lagi banyak burung tahu
Jauh2 manusia pergi
Lagi banyak ia mengerti …
Tempatkanlah tapak kaki mu dimerata-rata..
Nescaya kau akan tahu sesuatu …
Yang akan membuatkan kau..
Terhenti.
Sujud ke atas Ilahi.
Apa yang telahku lihat mungkin sedikit..
Tapi cukup untuk membuat kelenjar lakrimal merembeskan isi-isinya..
Mengalir tanpa diperintah..
Jatuh ia ke tanah…
Sesungguhnya …
Aku ini kerdil di sisimu , Ya Allah…
Jauh2 manusia terbang tinggi
Baru dia tahu yang dia hanyalah selut di bendang…
Lagi hina dari pacat yang dibenci…
Kerna pacat sentiasa bertasbih kepada-Nya…
Sentiasa dan tiada berhenti…
Ya Allah…
Aku tahu betapa banyak dosa yang telah aku lakukan..
Betapa alpanya aku terhadap-Mu..
Dunia mengelapkan pandanganku,
Tidak ku rasa gula dalam ibadahku..
Ampunilah aku …
Putihkanlah hati yang hitam ini..
Terangilah hati yang suram ini…
Agar ia tidak lagi sesat dalam jurang kegelapan yang amat dalam...
cewah... ala-ala macam buat "book review" lak... hehehe...x kisah la.... janji ada yang memahami... hmmm.. macam inilah... sesekali cuba rakan2 jalan... tak payah la jauh smpai ke India ( "promote " nampak cik nazira... hehehe ... tapi kalau nak datang apa salahnya kan... ) ok.. keluar dari bilik ke .. x pun keluar kat kawasan rumah ... asalkan keluar dan jumpa masyarakat sekeliling.... Kali ini jangan terus cakap ( maksud saya berbual dengan mereka ) ... perhati orang sekeliling anda dan cuba buat analisa.... tak perlu komputer nak buat statistik ke benda semua tu... cukup akal yang diberi Allah, Tuhan yang maha berkuasa . tapi jangan pulak merenung sampai orang ingat rakan2 pelik pulak yee.... hehehe... "done ?" apa yang rakan2 dapat ??? biasa je.... cuba sekali lagi... mesti dapat "something" ... at least something... hehehe...
saya pendekkan cerita.... kadang2 kita terlupa diri kita... kita ingin mencari... tapi tak tercari-cari... kadang2 terpesong.... dengan cara bermuhasabah diri mungkin akan membantu kita...
"alah... benda ni aku pun tahu... buat apa nak cerita lagi ... boring..."
... saya tahu benda ini memang membosankan... serius.... tapi apa yang saya tulis bukan sahaja nak berkongsi tapi nak menyedarkan diri saya sendiri.... Insya Allah....
Back to our topic... hmmm.... manusia sering alpa... begitu juga saya... tingggg!!!! hehehe.... bila kita bermuhasabah kita tahu dan sedar apa yang kita buat selama ini.... mungkin ada yang kita buat selama ini tak betul.... jadi ... sementara masa masih ada ( yang kita tak tahu berapa lama lagi ) , boleh kita perbetulkan... betul x betul ???? jadi inilah kepentingan bermuhasabah...
jangan suka melihat keburukan orang lain tanpa mengambil iktibar dan jangan terlampau memuji kebaikan seseorang tanpa mencontohinya.... sekian ... =D
No comments:
Post a Comment