Saturday, June 18, 2011

Ceita pertama:Hidup.Membawa Banyak Erti


Hidup.

Membawa banyak erti.

Cerita pertama:

“Aaaakakkk”

Suara anak kecil kedengaran. Pada saat itu , saya sedang berada dia atas kerusi plastik berwarna merah ( kerana menyusun tin2 sardin di Pasaraya Taman Sri Wang … hehehe ) . Kulihat ke kiri . Kulihat ke kanan. Chering( tegak) bulu roma.. Tak dak orang pun… hah… sudah!!!

Kulihat ke bawah. Fuhhhhh!!! Identiti : Budak lelaki . Usia dalam lingkungan 8 tahun. First impression… COMELNYEEEE!!!! Hehehe… berbaju melayu berwarna kuning.. Mood saya: penat.

“ye … ada apa adik?”tanyaku dengan nada yang kepenatan.

“Urmmm… akakkkk… nak mintak tolong…Serbuk kunyit cap ADABI kat mana ??? “. Dia tanya.tersenyum.Sebaris gigi susu tersusun rapi jelas kelihatan.Manis sangat.

Saya yang penat nie pun dah hilang dah rasa penat tu… Rasa seronok sangat bila nampak senyuman dia.

“Mai kakak tunjuk naaaa”. Aku segera turun ( tak ingat cam mana saya turun … mungkin terjun dari kerusi itu barangkali kerana action potential yang mendadak naik…hehehe )… Saya pun membawa budak itu ke tempat tersebut…

Bila budak tu dapat je barang yang di cari. Dia tersenyum sekali lagi ( kalah orang dapat satu juta woooo ). Saya yang tengok nie pun rasa macam dah menang dua juta… weeewiiit!!! Hehehe…

Apekah pengajarannya ???? hehehe Senyumlah. Kalau kamu membahagiakan orang lain , nescaya orang itu turut merasa secebis nikmat kebahagian daripada kamu. Dan dia juga akan membalas kebahagian tersebut kepada kamu dengan cara yang mungkin kamu tidak sangka kan . Bahagiakanlah orang lain. Sentiasalah ceria.. Tambahkan gula dalam senyuman bukan minuman ok!!! ^^




Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

Amal yang paling dicintai Allah SWT setelah menunaikan ibadah fardhu adalah mengembirakan orang muslim lain." (HR ath-Thabrani)

Urwah bin Zubair rahimahullah berkata; “Hendaklah kamu memiliki wajah yang selalu berseri-seri dan tutur kata yang halus, maka kau akan dicintai manusia serta kamu termasuk orang yang telah menjadi penderma bagi mereka.

al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata; “Pandangan Muslim pada saudaranya dengan wajah yang menggambarkan perasaan cinta dan kasih sayang adalah ibadah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...