Friday, March 23, 2012

Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun = ???





Assalamualaikum semua !!!!

Anda peminat slot drama-drama melayu kat TV3 ?? Kalau ya , mesti dah pernah dengaq kan ayat kat atas tu ? hehehe ^_^

Tu ayat mula-mula , mak kepada Muhammad adif , nak start bagi ceramah .. hahaha.. bila teringat zaman muda-muda dulu ( la ni pun  saya tak dak la tua mana aihhh..hehehe ) , rasa nak tergelak pun ada.. hehehe.. ok sila abaikan !

KEBERKATAN .

Berkat selalu dikaitkan dengan rezeki bukan ? Ayat-ayat common adalah seperti dibawah ini ^_~

“Huish.. hang... tak baik dok ambik duit tu ... hang tau dak tak berkat nanti”

Hmm... Kita lihat sekarang ni , ramai pelajar menuntut ilmu menggunakan duit biasiswa dan juga duit mak pak dia . betoi tak betoi ?? ( sila anggukkan kepala anda .. hehehe ) .

Kiranya kan ,itu bukan duit kita . Jadi , dimanakah keberkatan rezeki tersebut yang kerajaan , pihak swasta mahupun ibubapa bagi  , jika kita sebagai pelajar aka anak-anak selalu ponteng kelas dan tak serius dalam belajar ? ( saya mengaku saya pun buat juga ... selalu pulak tu...=.=’.. teruk-teruk !)

BOOOOO sama dia

Saya di sini bukan nak mengatakan yang saya perfect dalam soal kedatangan fizikal dan mental ( you got what i meant right ?? .. hehehe ) , tapi apa yang saya tulis just sebagai reminder for myself.

Suatu hari , saya dengar radio ( radio Malaysia punya ..hihi) . Ada caller tu cakap pasal keberkatan . DIa cakap , kerja dia memerlukan dia selalu outstation . Jadi , masa claim duit perjalanan tu , dia selalu akan claim lebih ( You don’t try naaa!!! ). Apa yang dia perasan ialah , memang dia banyak duit . Banyak sangat TAPI anak-anak dia selalu sakit dan rumah tangga dia selalu ada masalah. Bila dia fikir-fikir balik , baru dia tahu yang selama ni rezeki yang dia bagi kat anak beranak dia tak halal dan tak berkat .

Then , bila da abis dengar saya pun macam berfikir sedikit. Adakah berkat biasiswa yang aku gunakan selama ni ? Dah la dalam kelas dengaq tak dengaq ja .. Masa jawab periksa , asyik nganga ja.. lagha tak yah cakap la kan.. haish =.=’...

Jadi , cuba masukkan data anda dalam SPSS system anda  ( ape kau ingat statistic je ke yang ada SPSS system ??? hahaha ) . Analisa dan tengok result dia macam mana . Adakah betol kita gunakan ke jalan yang betol ataupun kita menggunakannya ke jalan yang sebaliknya ?

APAAA !!! Jalan yang sebaliknya ????? Tak pa aihhh.. jangan dok gelabah tak tentu hala... chill ! Reset balik diri . Then , cuba untuk menggunakan duit tu dengan niat untuk mencari keberkatan Allah. Insya Allah boleh ^_^ Jangan mudah berputus asa ea wahai diri dan sahabat-sahabat sekalian !!! Dan ingatlah , belajar pun merupakan satu jihad !!! mari sama-sama kita lawan perasaan malas tu !! huhuhu ^_^





taken from. : surah.my ^_~

Wednesday, March 21, 2012

Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikulnya T_T


Assalamualaikum semua ... hari ni nak cerita sedih sikit.

Selama seminggu , saya dan rakan-rakan telah ditugaskan ke sebuah kampung . Nama dia “RUKMINI NAGAR” ( yelah.. mana nak dapat KAMPUNG PINANG SEBATANG kat india ni kan.. huhu )

Disebabkan kami telah disogokkan dengan idea-idea yang kampung india TAk seperti kampung di Malaysia , jadi saya taklah begitu terkejut sangat bila sampai kat sana.. hehe.. Yang tak tahan sekali , banyak gila BAB 1 kat sana.. Bak kata kawan saya :

“ dah la banyak BAB 1.. subgroup dia pun banyak “

*subgroup = anak-anak BAB 1.. hehehe*

Alhamdulillah , dengan rahmat Allah dan juga bantuan translator , En Prakash Deuba , kami dapat meng-interview penduduk kampung tersebut dengan jayanya... yeeeaaaaa!!!

3 hari jugalah nak habiskan 16 buah rumah.. =.=’.. nampaknya kenalah bekerja keras untuk belajar bahasa lepas ni.. GAMBATEEEEE !!!!

Ok. Berbalik kepada apa yang mahu saya sampaikan.

Kehidupan mereka ( kebanyakannya ) sangat susah. Mostly ,their monthly salary will be around Rs 4000  ( = RM 267 ) . Memang  tak saya nafikan , mereka mampu hidup dengan cara tersebut tapi bila bandingkan dengan kita yang serba-serbi cukup dan masih mengeluh , terasa diri ini kurang menghayati dan  mengucapkan “Alhamdulillah” . Penggunaaan kalimah tersebut hanya pada selepas makan , selepas buang air kecik , air besar , siap homework , dapat auto murah ( aikkk ?? kira jugak ?? hehehe ) dan terlepas dari bencana . haish =.=’

Konklusinya , selalu lah mengucapkan kalimah “Alhamdulillah” tak kiralah mana jua anda berada . Kalau nak ekstra lagi , sebutlah  “ Subhanallah” dan “ Allahuakbar” sekali.. huhuhu.. Sebelum itu , tak salahkan kalau kita nak tolong orang susah kan ??? jom sama-sama kita bantu depa !! huhu ^_^


“.....Dia mengetahui bahawa akan ada diantara kamu orang-orang yang sakit , dan yang lain berjalan di bumi mencari sebagian karunia Allah ; dan yang lain berperang di jalan Allah , maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran dan laksanakan salat , tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada ALLAh pinjaman yang baik . Kebaikan apa saja yang kamu peroleh untuk dirimu niscaya kamu memperoleh ( balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya . Dan mohonlah ampunan kepada Allah ; sungguh , Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang”  ( al-muddassir : 20 )





*pesanan untuk diri sendiri terutamanya.. hehehe*

Saturday, March 17, 2012

Kita ^_^


Assalamualaikum...  mari kita mula hari ini dengan kata-kata indah =D


“ kau kata kau sayang”
“kau kata kau cinta”
“kau kata kau tahu erti derita”

"Tapi manakah kau bila kusengsara"
"Adakah kata-kata cintamu itu hanya pura-pura ?"    

                                                     
                                    .
                                    .
                                    .


Hmm.... saya punya satu soalan. Apakah kata-kata anda semua jika diberi bait sebegitu rupa ?

a)      Sentap dowh
b)      Entah la tak rasa pape pun.. normal je..
c)       Gila lame puisi ni .. ala-ala stereotype je aku tengok

Pilihlah yang mana . Namun ku minta...

Cuba bayangkan.

Yang kata semua ayat-ayat kat atas tu merupakan sahabat-sahabat saudara-saudara kita kat Syria , Palestin , Mesir , Lybia dan lain-lain. Mereka tatkala ini mungkin tak seperti kita. Kita mugkin ada yang sedang tengok cerita korea , ada yang tengah surf internet , tengah call parents , tak pun tengah buat assignments .

Mereka ?

Sedang menanti hari esok yang entah ada entah tidak. Menunggu belas dari insan-insan yang mengira diri mereka punya ikatan darah .

Tunggu

Tunggu

Dan terus menunggu. Perit . sungguh memeritkan .

Ya ! Saya tidak menafikan yang kita tak mampu ke sana . Saya sendiri tidak mampu ke sana . Tapi , jangan dijadikan ia satu jalan keluar untuk kita jadi penonton .

Tadah lah tanganmu yang mulus.

Pohonlah pada Tuhan kita yang satu , Allah. Pohonlah supaya dikuatkan hati mereka untuk menrima dugaan yang berat ini. Pohonlah supaya mereka tidak cepat rebah bila “tsunami” gagah melanda. Pohonlah supaya mereka tetap kepada tuhan mereka yang satu . Pohonlah supaya kita sama-sama di syurga .

Semoga Allah merahmati dan mengasihi kita semua ^_^




The believers are but brothers, so make settlement between your brothers. And fear Allah that you may receive mercy ( 49 :10)

Sunday, March 4, 2012

KASHMIR : HOUSE OF PASHMINAs ! haha ^_^












Assalamualaikum.. yaaaa!!! bertemua kembali dalam episod KASHMIR: HOUSE OF PASHMINAs !


**** PERINGATAN : BLOG NI TIDAK MENJUAL PASHMINA. HARAP MAKLUM..****

ok berhenti daripada merapu keterlaluan.. hahaha

Seperti yang dijanjikan , ini merupakan entri KHAS untuk kashmir.. wooohooo!!!

Hari Pertama :

Saya , Anna , Seha dan Eenaz sampai dulu di airport Srinagar , Kashmir . Kami menunggu rakan-rakan kami yang dua lagi . Risau  hanya Allah saja yang tahu . Tunggu depa dekat 3 jam kot rasanya. Bila dah nampak kelibat dua anak dara tersebut , Kak Syira & Dayah , muka HAPPY macam dapat 2 juta... hahaha... kebarangkalian aksi-aksi eksited terlampau telah dilakukan. hahaha.


on the way to GULMARG .


Bak kata Eenaz dan Seha , view dia macam kat Rusia .. hehehe




Then , kami terus berangkat ke GULMARG. Di sebabkan jeep x dapat naik sampai ke atas ( tempat hotel ) , so kenalah buat expedisi berjalan kaki ke hotel . Dah la malam , penuh dengan salji.. sejuk diaaaa... Hanya Allah saja yang tahu.. Terima kasih Allah berikan kami kekuatan ke sana ^_^ sampai2 ja , terus check in hotel . Nama dia " HOTEL GRAND MUMTAZ " . huhu.. Rasa WORTH IT jugak la kena buat ekpedisi malam sebab bilik dia ... PERGHH... cantik sangat !!! huhu...

Hari Kedua :

Kami di bawa ke tempat cable car dengan menggunakan Sledge . so x yah nak susah2 jalan... hehehe.. tapi sakit jugak la gluteus maximus saya nie kan.. Mana tak nya kalau dah lalu kawasan bumper semulajadi... bergegar otak sebentar ( ooover tau !! hahaha) . Nama cable car depa ialah GONDOLA.. Saya mula2 pelik gak sebab yelah kat Venice , Gondola tu kan sampan ala-ala romantik gitukan.. tapi x pa la.. kita naik saja.. huhu


Hotel di Gulmarg





View dari tingkap hotel



View hotel dari luar











Ni masa kat check point yang pertama . ketinggian 8000++ feet.


Atas tu ketinggian dia 16000++ feet . Check point kedua.






Masa naik tu teringat kenangan naik cable car kat Langkawi bersama-sama Iylia , Shahrul dan Mimi.. Seronok naik gondola tu... Terasa kerdil diri ini melihat ciptaan Illahi. Sepatutnya boleh naik sampai 2nd check point tapi 2nd check point tutup sebab ada military activity tah pa benda saya pun tak tahu . Even tourist guard kami pun x galakkan kami naik sebab level oxygen dia ialah 50/50 . Nak merentas desa pun tercungap-cungap , inikan pula nak naik ke tempat oxygen yg 50/50 . hahahah ^_^

Kemudiannya , kami terus ke tempat special . Tempat main ski ( ok x dak la special sangat kan... tapi bagi saya special kot ..huhu) sebab x penah cuba pun selama ni.. Malaysia mana ada salji kan.. huhu.. main tarik pelepah nyioq ( kelapa ) adalah . Tak pernah kuduga ( aaayatttt!!) best rupa nya... hahaha.. wajib cuba kalau datang sini.. huhu

Hari Ketiga :

Hari ni kami tidoq kat HouseBoat. NICEEEEEE!!! aktiviti pada waktu pagi , ronda2 kat Dal lake naik sampan aka SHIKARA . best naik SHIKA nie... dapat tengok banjaran Himalaya yang sangat-sangat cantik. Selama ni dok GOOGLE ja , tapi bila tengok dengan mata kepala sendiri , Subhanallah... Rasa tenang sangat kat situ .


SHIKARA


Uncle Janan yang baik ^_^


row of houseboat








inside the houseboat


Dalam al-quran sendiri ada dalil-dalil menyeru kita mengembara. Misalannya surah Ali Imran : 137 , yang bermaksud :

"Sungguh , telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah ( Allah ), kerana itu berjalanlah ke ( segenap penjuru ) buni dan perhatikan bagaimana kesudahan orang yang mendustakan ( rasul-rasul )".

Mungkin Kashmir x dak tempat yang ada tinggalan orang dulu-dulu yang mendustakan rasul tapi bila kita lihat ciptaan Allah yang maha Agung kita sendiri secara automatik yang selalu bercakap 24 jam akan kurang berbicara . Serius . Saya tertawan dengan kecantikan yang Allah jadikan . Betapa kecilnya kita berbanding gunung-ganang . Tak terucap dengan kata-kata. i'm totally speechless.

Seterusnya , kami pi la tengok garden2 dia.. cantik dan bayaran dia pun murah Rs 10 you.. huhu.. tapi kalau springs nanti mesti lagi cantik.. huhu..















Kata-kata pujangga sememangnya tepat. Gadis dan Shopping memang tak boleh dipisahkan . Apa lagi shopping la kami... hahaha.. Segala pashmina , saffron hinggalah ke dry fruits semua dibeli... hehehe...

Hari Keempat :

Time to say goodbye T_T... see you again Kashmir . I'll come back ok. Don't miss me .. huhu ^_^





Wazwan nama dia..




ni makan kat rumah uncle Janan.. maz balai ( sedap dalam bahasa kashmiri )




Saturday, March 3, 2012

CAJ MAHAL DAN CASH MARI ^_^


Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah.. da selamat sampai.. SELAMAT SAMPAI ??? pi mana ??? haaaa... ni yang nak cerita nie... huhu..^_^

Ok . Selama 7 hari , saya pi backpacking ke utara India dan tempat2 yang saya pi ialah :

1)   1)   MUMBAI
2)   2) DELHI
3)    3)GRA
4)    4)KASHMIR

Alhamdulillah seronok dan perjalanan kami di rahmati Allah... huhu..

Mula-mula , kami naik bas pi Mumbai..Dah sampai Mumbai , pi la dulu Gateway of India sementara nak tunggu flight pukul 5.45 ptg .hehehe...


GATEWAY OF INDIA



Terserempak ngan newly wed couple nie... so ape lagi ... i snap la gambq depa.. hehehe


Sampai DELHI malam. Ingat kot delhi panas.. rupa-rupanya boleh tahan gak sejuk dia.. Check in kat hotel nama dia “COTTAGE YES PLEASE” . Jangan dok tanya saya pasai apa nama dia lagu tu sebab saya pun tak tau... hehehe. Boleh tahan gak la hotel tu. 1 malam Rs. 950 .Sebelum tido , pi la keluar cari makanan dulu..



dalam bilik saya =D


view of the hotel from the restaurant

Nasib baiklah depan hotel ada restoran halal.. So kata apa ?? Alhamdulillah.. ^_^..huhu

The next day.

Pukul 6.00 naik train pi Agra.. Tengok CAJ MAHAL aka TAJ MAHAL.. sebab apa saya panggil CAJ MAHAL ?? sebab memang caj dia mahal pun.. cuba bayangkan untuk foreigner depa caj kita Rs. 750 tapi mau kala rakyat depa Rs. 20 ja.. Hmmmm... tak pa la.. maybe duit tu digunakan untuk maintenance segala kan.. Kita orang Islam tak baik berprasangka buruk kan. Hehehe.. ooopps... kami sebelum pi TAJ MAHAL , pi FATEHPUR SIKRI.. NICEEEEE!!! Kiranya trip ke Agra ni , macam belajar sejarah la... hahaha.. memang saya boleh kata ni macam lawatan sambil belajar . serius rindu lawatan sambil belajar kat sekolah T_T.. ok x yah nak touching2 sgt... hehehe.



Fatehpur Sikri






kat tengah2 tu , tempat menteri musik akbar menyanyi utk akbar


rumah guard Akbar




ni sapa tak tau , memang saja la... hehehe.





KASHMIR ??? hmmmm.. tunggu entry berikutnya ok.. sebab...... adalah... hehehe ^_^



p/s : Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah banyak dari prasangka , sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa , dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain , dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memeakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik . Dan bertakwalah kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat , Maha Penyayang .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...