Assalamualaikum semua ... hari ni nak cerita sedih sikit.
Selama seminggu , saya dan rakan-rakan telah ditugaskan ke sebuah kampung . Nama dia “RUKMINI NAGAR” ( yelah.. mana nak dapat KAMPUNG PINANG SEBATANG kat india ni kan.. huhu )
Disebabkan kami telah disogokkan dengan idea-idea yang kampung india TAk seperti kampung di Malaysia , jadi saya taklah begitu terkejut sangat bila sampai kat sana.. hehe.. Yang tak tahan sekali , banyak gila BAB 1 kat sana.. Bak kata kawan saya :
“ dah la banyak BAB 1.. subgroup dia pun banyak “
*subgroup = anak-anak BAB 1.. hehehe*
Alhamdulillah , dengan rahmat Allah dan juga bantuan translator , En Prakash Deuba , kami dapat meng-interview penduduk kampung tersebut dengan jayanya... yeeeaaaaa!!!
3 hari jugalah nak habiskan 16 buah rumah.. =.=’.. nampaknya kenalah bekerja keras untuk belajar bahasa lepas ni.. GAMBATEEEEE !!!!
Ok. Berbalik kepada apa yang mahu saya sampaikan.
Kehidupan mereka ( kebanyakannya ) sangat susah. Mostly ,their monthly salary will be around Rs 4000 ( = RM 267 ) . Memang tak saya nafikan , mereka mampu hidup dengan cara tersebut tapi bila bandingkan dengan kita yang serba-serbi cukup dan masih mengeluh , terasa diri ini kurang menghayati dan mengucapkan “Alhamdulillah” . Penggunaaan kalimah tersebut hanya pada selepas makan , selepas buang air kecik , air besar , siap homework , dapat auto murah ( aikkk ?? kira jugak ?? hehehe ) dan terlepas dari bencana . haish =.=’
Konklusinya , selalu lah mengucapkan kalimah “Alhamdulillah” tak kiralah mana jua anda berada . Kalau nak ekstra lagi , sebutlah “ Subhanallah” dan “ Allahuakbar” sekali.. huhuhu.. Sebelum itu , tak salahkan kalau kita nak tolong orang susah kan ??? jom sama-sama kita bantu depa !! huhu ^_^
“.....Dia mengetahui bahawa akan ada diantara kamu orang-orang yang sakit , dan yang lain berjalan di bumi mencari sebagian karunia Allah ; dan yang lain berperang di jalan Allah , maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran dan laksanakan salat , tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada ALLAh pinjaman yang baik . Kebaikan apa saja yang kamu peroleh untuk dirimu niscaya kamu memperoleh ( balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya . Dan mohonlah ampunan kepada Allah ; sungguh , Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang” ( al-muddassir : 20 )
*pesanan untuk diri sendiri terutamanya.. hehehe*
thanks sharing pengalaman n nasiht yg baik=)
ReplyDeletesama-sama ^_^
Delete