Assalamualaikum... Tajuk macam nak bercakap pasal memori
daun pisang pulak kan ?? hehehe ..
“hek
ele... ada kitaorang kisah hang nak cakap pasal kenangan manis kau dan aku hang
tu ?”
Alaaaaa... jangan la cam gitu . Hontoni ( seriously in
Japanese ) , watashi takkan sebut pasal cerita lama-lama . huhuhu..
Semalam itu kalau bahasa tersuratnya ialah hari sebelum hari
ini . Tapi , sekarang saya nak cakap pasal maksud tersirat “semalam” iaitu
perkara yang lepas atau perkara yang
sudah berlalu .
Sebelum saya berpanjang lebar bercerita , mari kita duduk
sebentar bersama kit-kat dan cuba flash back perbuatan buruk yang pernah kita buat sepanjang hidup kita .
Kalau saya... ya ALLAH.. terlalu banyak untuk disenaraikan .
Rasa sangat malu bila terkenangkan perkara yang lepas , precisely , my past
sins and may Allah forgive me and all of us .
Hmmm.. bercakap tentang perkara semalam . Kalau kita buat
sesuatu kesilapan , mesti kita mengharap Allah akan maafkan kita . Setiap kali
solat mesti kita akan sebut :
“ ya Allah ampunkanlah dosaku , dosa ibu bapaku , keluargaku , guru-guru ,
sahabat-sahabat dan semua muslimin dan muslimat , mukminin dan mukminat .”
Betoi dak ???
Kita akan sentiasa mengharap dan mengharap pengampunan dosa
dari Tuan kita . Betoi ??
TAPI....
Bila time kita nak memberi pemaafan kepada orang lain... ya ALLAH ... cukup berat
kan ?
Betoi dak ? Kadang-kadang tu salahnya macam sebutir beras ibarat setitis
peluh petani tapi rasa marahnya pada
orang tu macam sekontena beras basmati cap HIMALAYAN CROWN ( beras ni sedap
wooo...) . Abaikan part beras .hehehe..
panjang kan ? |
Kenapa ye ? pernah tanya diri sendiri ?
Saya mengaku , saya memang agak cepat melenting orangnya (
ohhh.. man ! habis rahsia aku.. huhu ) . Saya akan cepat rasa marah walaupun
ada orang buat kesalahan yang kecik . TERUKKAN ... ish ish ish =.=’ anak sapa
la tu .
Well, bila dah besar .. mulalah rasa bersalah dengan apa
yang kita pernah buat.Jadi , apabila saya terasa saya terbuat salah pada orang
, saya akan cuba untuk minta maaf dan kalau lepas ni ada sapa-sapa yang pernah
terasa dengan saya , tolong ye bagitau , saya boleh minta maaf pada anda . Saya
bukan apa saya cukup takut , perkara semalam saya akan terbawa-bawa ke akhirat
kelak . GULP !!!
Hmmm... Tapi satu je
yang saya terlupa dan baru teringat kembali .
JENG, JENG, JENG...
Kita sentiasa mengharapkan kemaafan daripada orang lain ....
tapi mai tang kita susaaaahnyaaaa kita nak maafkan orang lain... ye dak ? kita
rasa dosa dia besaq nak mampiuh , padahal dia baru je terambil pensel picit cap
JURUTERBANG aka PILOT kaler oren .. haish =.=’ Memang saya punya contoh agak
ter-over sikit kan.. tapi still... kita ( saya actually.. hehehe ) selalu
exaggerate benda yang kecik menjadi besaq ... hmmm... Itulah salah satu punca
kenapa kita susah nak maafkan kesalahan orang lain.
Lagi satu hal.
Kita susah nak maafkan orang lain sebab kita
asyik terbayang-bayangkan memori batu kikir jambatan bosi dia . Maksud saya , kebanyakan manusia di
muka bumi ini pernah hidup dalam radius jahiliahnya yang tersendiri . Betoi dak
? Saya pun begitu . Sekarang pun kadang-kadang ada jugak.. haish =.=’ ( p/s :
nazira please reduce your jahiliah meter!! Huhu ) Kita seboleh-bolehnya tak mau
dekat dengan dia atas dasar dia pernah buat begitu dan begini. Kita rasa tak
ngam dengan dia . Kita rasa allergic ngan dia walaupun dia tak dak masalah
kulit pun nak bagi kat kita .
quran.com |
So, TOLONG DAN TOLONGLAH berhenti !!!! Maafkan dan terimalah
sahabat kita seadaanya seperti mana kita mahu orang lain memaafkan kita dan
menerima baik dan buruk kita . Akhir kata , mau kala nampak saya sukar untuk maafkan orang lain , mintak ketuk kepala saya dengan kadar yang sederhana... hehehe ^_^