Assalamualaikum semua...
Memang benarlah orang kata budak medic ni sentiasa bizi .
Sejak 2-3 minggu yang lalu , saya bizi dengan statistics iaitu sebuah subjek
yang memang sejak di bangku sekolah saya kalau boleh mahu elakkan . OOOOhhhh
stats kita ketemu lagi.... T_T
Ok. Mari kita berbalik ke tajuk perbincangan kita.
Pertama sekali , mai pakat mai tengok ayat ni.
Well . Sebenarnya ada kisah disebalik ayat ni . Cerita yang
related dengan ayat ni . Bila terlihat ayat ni pasti sebuah lengkungan akan terukir di wajah ini :)
Lokasi : Ruang tamu rumah encik nasir
Masa : Sesudah maghrib
Mak : kakak.. pi mandiiii.. dah nak masuk isyak... tak kan
tak mau mandi lagi kooot.. dah lewat dah ni..
Kakak ( saya ) : Alaaaa.. rilek la mak ... awai lagi.. pukoi
10 pun dak lagi ... ( sila jangan contoh !! )
Ayah : Kakak... pi mandi .
Kakak : Sat naa ayah.. sat ja...
Ayah : Kakak ni... tak segan ka ?
Kakak : Laa.. ayah ni ... buat pa nak segan .. bukannya
kakak tak pakai baju dok tengok tv ni ( cuba untuk berseloroh.. dengan harapan
dapat escape mandi.. ish ish ish =.=’ )
Ayah : Kakak tak segan dengan Allah ?
Suasana pada ketika itu sangatlah sunyi. Even bukak tv pun
rasa macam tak dengar apa-apa . Itu maknanya sesi tazkirah akan bermula .
Ayah : Kakak.. kakak tak segan nak jumpa Allah dalam keadaan
tak bersih , tak mandi . Mau kala nak jumpa cikgu , bukan main lagi .. mandi
berejam ( berjam-jam ) . Sepatutnya dengan Allah la kita buat macam tu . Bukan
dengan cikgu kita .
Perghhhh... memang straight to heart la waktu tu kan .
Saya pun perlahan-lahan bangun dari kerusi nan empuk . Tuala
dicapai . Mandi dan solat Isyak .
Mungkin ada sesetengah pendapat kata , saya sedang membuka
pekung diri sendiri .
Mungkin .
Tapi , saya yakin ada pengajarannya.. A human need to learn
his and others mistake right ?
i used to do this when bathing my lil bro . He loved it !!! ^_^ webbaby.net |
No comments:
Post a Comment