Saturday, October 13, 2012

S.E.M.A.L.A.M





Assalamualaikum... Tajuk macam nak bercakap pasal memori daun pisang pulak kan ?? hehehe ..

                “hek ele... ada kitaorang kisah hang nak cakap pasal kenangan manis kau dan aku hang tu ?”


Alaaaaa... jangan la cam gitu . Hontoni ( seriously in Japanese ) , watashi takkan sebut pasal cerita lama-lama . huhuhu..

Semalam itu kalau bahasa tersuratnya ialah hari sebelum hari ini . Tapi , sekarang saya nak cakap pasal maksud tersirat “semalam” iaitu perkara yang lepas atau perkara yang  sudah berlalu .

Sebelum saya berpanjang lebar bercerita , mari kita duduk sebentar bersama kit-kat dan cuba flash back perbuatan buruk  yang pernah kita buat sepanjang hidup kita .
Kalau saya... ya ALLAH.. terlalu banyak untuk disenaraikan . Rasa sangat malu bila terkenangkan perkara yang lepas , precisely , my past sins and may Allah forgive me and all of us .

Hmmm.. bercakap tentang perkara semalam . Kalau kita buat sesuatu kesilapan , mesti kita mengharap Allah akan maafkan kita . Setiap kali solat mesti kita akan sebut :


“ ya Allah ampunkanlah dosaku  , dosa ibu bapaku , keluargaku , guru-guru , sahabat-sahabat dan semua muslimin dan muslimat , mukminin dan mukminat .”


Betoi dak ???

Kita akan sentiasa mengharap dan mengharap pengampunan dosa dari Tuan kita . Betoi ??

TAPI....

Bila time kita nak memberi pemaafan  kepada orang lain... ya ALLAH ... cukup berat kan ?

Betoi dak ? Kadang-kadang tu salahnya macam sebutir beras ibarat setitis peluh petani  tapi rasa marahnya pada orang tu macam sekontena beras basmati cap HIMALAYAN CROWN ( beras ni sedap wooo...) . Abaikan part beras .hehehe..



panjang kan ?


Kenapa ye ? pernah tanya diri sendiri ?

Saya mengaku , saya memang agak cepat melenting orangnya ( ohhh.. man ! habis rahsia aku.. huhu ) . Saya akan cepat rasa marah walaupun ada orang buat kesalahan yang kecik . TERUKKAN ... ish ish ish =.=’ anak sapa la tu .

Well, bila dah besar .. mulalah rasa bersalah dengan apa yang kita pernah buat.Jadi , apabila saya terasa saya terbuat salah pada orang , saya akan cuba untuk minta maaf dan kalau lepas ni ada sapa-sapa yang pernah terasa dengan saya , tolong ye bagitau , saya boleh minta maaf pada anda . Saya bukan apa saya cukup takut , perkara semalam saya akan terbawa-bawa ke akhirat kelak . GULP !!!

Hmmm... Tapi satu je yang saya terlupa dan baru teringat kembali .

JENG, JENG, JENG...

Kita sentiasa mengharapkan kemaafan daripada orang lain .... tapi mai tang kita susaaaahnyaaaa kita nak maafkan orang lain... ye dak ? kita rasa dosa dia besaq nak mampiuh , padahal dia baru je terambil pensel picit cap JURUTERBANG aka PILOT kaler oren .. haish =.=’ Memang saya punya contoh agak ter-over sikit kan.. tapi still... kita ( saya actually.. hehehe ) selalu exaggerate benda yang kecik menjadi besaq ... hmmm... Itulah salah satu punca kenapa kita susah nak maafkan kesalahan orang lain.

Lagi satu hal.

Kita susah nak maafkan orang lain sebab kita asyik terbayang-bayangkan memori batu kikir jambatan bosi  dia . Maksud saya , kebanyakan manusia di muka bumi ini pernah hidup dalam radius jahiliahnya yang tersendiri . Betoi dak ? Saya pun begitu . Sekarang pun kadang-kadang ada jugak.. haish =.=’ ( p/s : nazira please reduce your jahiliah meter!! Huhu ) Kita seboleh-bolehnya tak mau dekat dengan dia atas dasar dia pernah buat begitu dan begini. Kita rasa tak ngam dengan dia . Kita rasa allergic ngan dia walaupun dia tak dak masalah kulit pun  nak bagi kat kita .



quran.com



So, TOLONG DAN TOLONGLAH berhenti !!!! Maafkan dan terimalah sahabat kita seadaanya seperti mana kita mahu orang lain memaafkan kita dan menerima baik dan buruk kita . Akhir kata , mau kala nampak saya sukar untuk maafkan orang lain , mintak ketuk kepala saya dengan kadar yang sederhana... hehehe ^_^

2 comments:

  1. nice entry dear..miss ur voice ..hehe..tringt nazira byk ckp dolu2...

    ReplyDelete
  2. terima kasih baby ^_^ hahaha... miss my voice ??? terharuunya T_T miss yours too... huhuhu... you always be my baby ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...