Assalamualaikum semua !
Saya baru sahaja pulang dari Pune , Maharashtra , India .
Saya baru sahaja pulang dari Pune , Maharashtra , India .
“Hang buat pa pulak pi sanaaaa ?”
Haaaa... ada laaaa... Nanti next entry Ai ( baca : I ) cerita okeh ! huehuehue..
Hari ini , saya mahu promote ini bukulah (baca gaya pelakon
Bujang lapok , A.Samsudin ) . Buku yang
saya sangat gemari dan ditulis oleh seorang penulis yang saya amat hormati ...
Jeng jeng jeng !!!!!
Di Mana Dia di Hatiku karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi .
Di Mana Dia di Hatiku karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi .
Rating ?
Tak yah nak rating-rating sangat aihhh ( Oh..my English !) .
Tapi , bagi saya buku ini wajib beli dan sangatlah menyentuh hati . Ya Allah ,
sangatlah seronok baca buku motivasi macam ni . Saya ni ( Pengakuan berani mati
) amatlah sukar sekali untuk membaca buku dalam kategori ilmiah . Cuma sekarang
ni , almaklumlah , Kuboq kata kamon bebeh , Duniya pun kata go away , so
wajiblah seorang hamba yang hina ini menuntut ilmu buat bekalan akhirat
kelak . Insya Allah .
Buku ini banyak bercerita tentang hati . Aaahaiiii !!! Hati sesungguhnya amat penting sekali dalam
pembinaan seorang insan . Andai kata , hati itu mati , bermakna jasad itu tidak
berjiwa lagi . Anda faham maksud saya ? Ok . macam ni lah . Jika seseorang itu
tidak mempunyai hati , maka dia akan bebas melakukan apa sahaja termasuklah
perkara diluar tabii seseorang manusia , tanpa ada perasaan belas kasihan .Ish ish ish... Sebab tu lah ada prasa Bahasa
Melayu “Manusia bertopengkan syaitan”
kerana jiwanya kering akibat hatinya tidak di isi . Boleh relate sekarang ??
Kalau nak cerita panjang memang tak larat la kan . Jadi ,
sila dapatkan buku ini di pasaran . Insya Allah , bermanfaat untuk semua !!! Oh.. yaaa... Sebelum saya terlupa ! Ustaz
Pahrol juga ada segmen khas beliau di Ikim.fm . Bagi yang berada diluar negara
, anda boleh dengar siaran ulangannya di laman web rasmi Ikim.fm . Semoga
bermanfaat .
mnrik buku ni...=)
ReplyDeletebest baby.. ustaz ni pun ada website dia sendiri . gentarasa.com.. huhu
ReplyDeletenice entry...huhh, buang sifat mls yg bermaharajalela itu
ReplyDeleteterima kasih :) insya Allah akan cuba buang sedikit demi sedikit .. jazakillah atas peringatan ^_^
ReplyDelete