tanpa kupeduli ke mana destinasi …
pandangan mata hanya disasarkan kehadapan …
sekali lagi…
tapak kaki membawa jasad pergi..
kali ini ke bawah mataku …
tidakku sangka ini yang ku lihat …
Aduhhh…
sungguh sayu hatiku ini …
kenapa harus begini….
Tiadakah yang ambil peduli ???
Lupakah kau manusia sesuatu…
kita ini Islam pegangannya …
rumah ibadat kita masjid …
kenapa dibiarkan begini…
kotor…
“alah… solatnya di dalam”...
Sudah acap kali kita dengar…
kenapa mentaliti kita begini???
Wahai saudara2 seagamaku..
tempat inilah kita mengadu nasib …
tempat inilah kita meminta simpati dari Tuan kita …
tempat inilah kita mendapat ketenangan…
ia jua punya jiwa..
Bersih la ia dari luar seperti mana kita mahu pakaian kita bersih…
Insya Allah,
Tuan kita akan memberi “ganjaran” kepada kita….
saya nak cerita sesuatu .. Saya sedih tengok masyarakat kat Hyderabad … Kenapa mereka tidak menjaga kawasan masjid mereka ? Mereka berbangga dengan masjid yang berusia 450 tahun dan dibina dengan batu sahaja . Tapi kenapa mereka x menjaganya ???? Sedikit rasa kesal … Taik burung merpati dan jangan terkejut taik kambing pun ada di perkarangan masjid… betapa kecewanya saya waktu itu .. masjid itu sangat cantik… tapi.. apa yang saya boleh buat… Bila saya termenung… Ada juga masjid2 kat msia mcm tu.. tapi x bykla… Kita org Islam di ajar supaya menjaga kebersihan . Tapi kdg2 perkara itu di ambil ringan … “alah.. setakat 2 , 3 taik burung dengan taik cicak… bukan ada org perasan pun…” … selau mcm tu kan … betul x ???
Tempat ibadah kita . Tempat kita mengadu dengan Allah . Tuhan Yang Satu . Dibiarkan kotor . Astagfirullahhala'zim… Sebenarnya membersihkan kawasan masjid bukan sesuatu kerja yang sukar . ia menjadi sukar dan payah apabila pandangan mata kita dikecilkan . Cuba buka luas2 . tak besar mana pun kawasan masjid ni jika ada semangat kemasyarakatan . Dapat pahala yang banyak kalau kita jaga kawasan ibadah kita . Masyarakat bukan Islam pun akan pandang tinggi dengan kita … kesedaran perlu ada dalam setiap masyarakat . Tak kiralah india ka , Malaysia ka… Bersih itu penting . Jangan jadikan ia sesuatu benda yang remeh . jadi, sama2lah kita menjaganya...^.^