Thursday, January 26, 2012

Redha Allah terletak pada Redha ibu bapa ^_^

Assalamualaikum  ^_^

Entah kenapalah nak tulis hari ni ( macam la sebelum-sebelum ni ada alasan nak tulis apa kan.. hehehe) ok fine fine fine !!!

Berikut merupakan apa yang terjadi :

Pada suatu malam , selepas majlis makan malam. Saya mendapat perkhabaran bahawa 2 orang kawan saya di Bangalore telah dimasukkan ke hospital kerana accident .  Agak teruk juga la. Sorang pelvic dia fracture dan sorang lagi maxillary dia yang kena. Terkejut sangat-sangat dengar. Semoga Allah sembuhkan mereka ... amin.

Keesokan harinya... sahabat-sahabat saya di Belgaum ajak saya ke sana untuk jenguk... Saya terus kata "OK" , Dah lama-lama , baru perasan bebanan kerja banyak . Mulalah rasa tak keruan. Tak tahu nak pilih yang mana.

Waktu tu la kehendak hati tak selari dengan kehendak pemikiran. Saya buntu dan agak tertekan sedikit . Sebelah tangan saudara sesama Islam dan sebelah lagi tanggungjawab yang merupakan amanah . Saya benar-benar celaru.

Malam tu saya pegi surau dengan membawa sebuah buku. Kebetulan sahabat-sahabat surau saya baru habis baca al-Quran dan kebetulan mereka tiada topik untuk dibincangkan . Saya pun selak-selak buku saya. PANGG!!!

" tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri"

Saya kaku sebentar. ADAKAH INI SUATU PETUNJUK ??? Usai sesi tazkirah . Saya bertekad untuk pergi.

Tapi pada saat itu saya terlupa yang saya belum minta izin dengan ibu bapa saya.

Saya pun call la macam biasa dan explain . Secara jujur , jawapan yang diberi memang lari dengan apa yang  saya harapkan . Alasan ? Biar saya sahaja yang tahu .

Waktu tu hanya Allah ja yang tahu betapa celarunya fikiran saya. Sebelah tangan bukan lagi tanggungjawab yang digusarkan . Permintaan orang tua yang perlu saya fikirkan.. Terasa berat waktu tu. Saya benar-benar celaru .

Saya menuju ke sebuah bilik kepunyaan sahabat yang rapat dengan saya . Saya meminta nasihat dan air mata ini mecurah-curah kerana kecelaruaan yang amat melampau. Dia , sahabat yang saya sayang , pun memberi nasihat.

" kite tau niat nad nak melawat dyeorg tapi nad kena ingat perintah ibu bapa selagi tidak melanggar syarak , kite sebagai anak kena ikut dan peduli kata orang lain. Mulut orang kita tak boleh tutup nad"

Waktu tu baru saya sedar yang perintah ibu bapa itu sangat la penting . Ya , mereka memang jauh dariku dan jika saya pegi pun bukan mereka tahu . Tapi , yang maha mengetahui tahu segalanya. Saya tak nak jadi anak yang derhaka . Jadi , saya buat keputusan untuk tidak pergi walaupun berat untuk mengatakan tidak . Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Setelah saya buat keputusan , saya selak kembali buku yang sama saya bawa ke surau. Terpampang suatu kata-kata yang menguatkan kata hati saya bahawa , insya Allah keputusan yang saya buat ini tepat.

" Redha Allah terletak pada redha ibu bapa . Raihlah kasih Allah melalui kasih kepada kedua ibu bapa"

Hati saya sedikit tenang. Semoga apa jua keputusan saya mendapat keredhaan Allah . Amin.

Pada saat saya mahu menghantar sahabat-sahabat yang mahu menziarah sahabat-sahabat di Bangalore , sayu dihati ini hanya Allah sahaja yang tahu... Kukirimkan doa dari jauh.. Moga-moga Allah sembuhkan sahabat-sahabat yang bakal diziarahi dan selamatkan perjalanan pergi dan pulang sahabat-sahabat yang menziarahi. Semoga Allah berkati semua kawan-kawan saya , ibu bapa saya , keluarga saya , saya serta kaum muslimin dan muslimat.

Sunday, January 15, 2012

“WEH.. AKU CEMBURULAH DENGAN HANG !


Assalamualaikum... Haaaaacccuuhhh!!! Ok saja ja nak bagi tau yang saya tengah selesema. Hehehe.. Doa-doakan saya cepat sembuh ea.. amin ^_~ .

CEMBURU. Siapa tak pernah rasa. Budak-budak pun pernah rasa. Kalau masa zaman belum akil baligh kan ( zaman budak-budak lah tu kan ..hehehe ) , kalau ada ja kawan yang dapat pujian daripada cikgu , mesti cemburu bukan main kan ? Lepas tu mulalah cuba nak “attract attention” cikgu betul tak ? hahaha.. (mungkin saya sorang ja yang yang buat macam tu.. dasar “attention seeker” betul aku ni.. haish =.=’)

Sebelum saya merapu sambil makan ikan kerapu.. oooohh.. sedapnya ikan kerapu masak stim. Fine fine fine !!! Tadi pagi , tiba-tiba rajin pula buka paper online kan.. bosan-bosan . tiba-tiba terbaca ( boleh pulak terbaca ) kisah ally iskandar dan bakal isteri dia.. JEALOUS mak ! hahaha =D

Depa dua baru kenal bulan 9 , dah nak kahwin bulan 1 ni.. Dah la bakal isteri dia sama umur dengan saya... oooo.. sesangat cemburu ok. Hahaha.. Tapi saya bukan cemburu dia kahwin dengan selebriti ke dia kahwin awal ke ... TAK ok ! sekali lagi TAK OK !! Cuma rasa manis aka sweet sangat cerita depa. Yelah pilihan family. Tak yah dating-dating berbagai. Best kan. ( sila cemburu sekarang !!)

Yang “the best part is” , bakal isteri dia meletakkan syarat untuk Ally membimbing dia di dunia dan di akhirat . BERAT TUUU !!! tapi Ally cuba untuk menyahut cabaran tu.

Aku berfikir sejenak.

Indah kan tarbiah Allah.

Tarbiah Allah tu datang dari pelbagai cara kan . Cocok dengan kemampuan hamba-hambaNYa. Tarbiah bukan sahaja diberikan melalui musibah tetapi diberikan melalui perkahwinan. Allah is so sweet right ??? Semoga perkahwinan mereka dirahmati Allah selalu.



Taken from : internationalnasheed.blogspot.com


Bercakap tentang CEMBURU.

Bila dah ramai anak-anak gadis membaca keratan akhbar tentang mereka berdua mesti akan tercalit sedikit perasaan cemburu kan ? betul tak ? secara jujur , saya ada. ( “statement” berani mati!! Hahaha )

Tiba-tiba ( berapa banyak kali la tiba-tiba.. pape je la kan.. hehehe ) , teringat artikel yang saya pernah baca .
Kita sebagai muslim , bila kita melihat kejayaan saudara sesama Islam , kalau boleh cuba jangan mewujudkan sifat cemburu dalam diri. Cuba lahirkan rasa gembira apabila melihat kejayaan yang dia dapat.

Sebenarnya , bila dah lama kita pupuk perasaan gembira sebab sahabat kita pun tengah bahagia  , kita akan ada satu perasaan tenang dalam diri dan lama-kelamaan kita pun akan rasa happy bila dia pun happy.  Boleh faham dak apa yang saya cuba sampaikan ? Jadi , marilah kita sama memupukkan rasa bahagia pada saat dia tengah gembira. Insya Allah , manisnya persahabatan akan terasa =D

For more information :


Sunday, January 8, 2012

AKU MERINDUIMU T__T


Assalamualaikum... mula-mula jom kita hayati lirik ni :)


Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini 
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu 
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju





Bila first time aku nampak tajuk lagu ni , rasa macam nak ban ja .. Aku dulu agak kurang suka lagu nasyid cinta antara lelaki dan perempuan.. hehehehe.. jadi ,  aku telah buat kepuutsan untuk tak mau dengar lagu ni.. tapi entah la macam mana aku tergerak dan nak tahu isi lagu ni.. 

PERGHHH!! Memang sedap la lagu ni.. menusuk kalbu kooot.. yelah .. aku kan dok jauh daripada mak pak aku... Jadi , kesan dia lagi hebatla.. termenitik la juga  air mata “macho” aku ni.. huhuhu...

Lagu ni ada sebut pasal restu ibu bapa dan nasihat. Betapa pentingnya kedua-dua tersebut kan?? Tanpa restu mak pak ,susah kita nak berjaya .. Betul tak??? Nasihat dari merekalah yang paling berharga. Kalau macam aku , masa sedih atau rasa gelisah aku akan “call” mak pak aku.. Tapi jangan dilupakan kita kena mengadu pada Allah dulu , sebab hanya Dia ja yang dapat menghilangkan rasa sedih dan sayu kita =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...