Thursday, January 26, 2012

Redha Allah terletak pada Redha ibu bapa ^_^

Assalamualaikum  ^_^

Entah kenapalah nak tulis hari ni ( macam la sebelum-sebelum ni ada alasan nak tulis apa kan.. hehehe) ok fine fine fine !!!

Berikut merupakan apa yang terjadi :

Pada suatu malam , selepas majlis makan malam. Saya mendapat perkhabaran bahawa 2 orang kawan saya di Bangalore telah dimasukkan ke hospital kerana accident .  Agak teruk juga la. Sorang pelvic dia fracture dan sorang lagi maxillary dia yang kena. Terkejut sangat-sangat dengar. Semoga Allah sembuhkan mereka ... amin.

Keesokan harinya... sahabat-sahabat saya di Belgaum ajak saya ke sana untuk jenguk... Saya terus kata "OK" , Dah lama-lama , baru perasan bebanan kerja banyak . Mulalah rasa tak keruan. Tak tahu nak pilih yang mana.

Waktu tu la kehendak hati tak selari dengan kehendak pemikiran. Saya buntu dan agak tertekan sedikit . Sebelah tangan saudara sesama Islam dan sebelah lagi tanggungjawab yang merupakan amanah . Saya benar-benar celaru.

Malam tu saya pegi surau dengan membawa sebuah buku. Kebetulan sahabat-sahabat surau saya baru habis baca al-Quran dan kebetulan mereka tiada topik untuk dibincangkan . Saya pun selak-selak buku saya. PANGG!!!

" tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri"

Saya kaku sebentar. ADAKAH INI SUATU PETUNJUK ??? Usai sesi tazkirah . Saya bertekad untuk pergi.

Tapi pada saat itu saya terlupa yang saya belum minta izin dengan ibu bapa saya.

Saya pun call la macam biasa dan explain . Secara jujur , jawapan yang diberi memang lari dengan apa yang  saya harapkan . Alasan ? Biar saya sahaja yang tahu .

Waktu tu hanya Allah ja yang tahu betapa celarunya fikiran saya. Sebelah tangan bukan lagi tanggungjawab yang digusarkan . Permintaan orang tua yang perlu saya fikirkan.. Terasa berat waktu tu. Saya benar-benar celaru .

Saya menuju ke sebuah bilik kepunyaan sahabat yang rapat dengan saya . Saya meminta nasihat dan air mata ini mecurah-curah kerana kecelaruaan yang amat melampau. Dia , sahabat yang saya sayang , pun memberi nasihat.

" kite tau niat nad nak melawat dyeorg tapi nad kena ingat perintah ibu bapa selagi tidak melanggar syarak , kite sebagai anak kena ikut dan peduli kata orang lain. Mulut orang kita tak boleh tutup nad"

Waktu tu baru saya sedar yang perintah ibu bapa itu sangat la penting . Ya , mereka memang jauh dariku dan jika saya pegi pun bukan mereka tahu . Tapi , yang maha mengetahui tahu segalanya. Saya tak nak jadi anak yang derhaka . Jadi , saya buat keputusan untuk tidak pergi walaupun berat untuk mengatakan tidak . Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Setelah saya buat keputusan , saya selak kembali buku yang sama saya bawa ke surau. Terpampang suatu kata-kata yang menguatkan kata hati saya bahawa , insya Allah keputusan yang saya buat ini tepat.

" Redha Allah terletak pada redha ibu bapa . Raihlah kasih Allah melalui kasih kepada kedua ibu bapa"

Hati saya sedikit tenang. Semoga apa jua keputusan saya mendapat keredhaan Allah . Amin.

Pada saat saya mahu menghantar sahabat-sahabat yang mahu menziarah sahabat-sahabat di Bangalore , sayu dihati ini hanya Allah sahaja yang tahu... Kukirimkan doa dari jauh.. Moga-moga Allah sembuhkan sahabat-sahabat yang bakal diziarahi dan selamatkan perjalanan pergi dan pulang sahabat-sahabat yang menziarahi. Semoga Allah berkati semua kawan-kawan saya , ibu bapa saya , keluarga saya , saya serta kaum muslimin dan muslimat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...