Assalamualaikum... Haaaaacccuuhhh!!! Ok saja ja nak bagi tau yang saya tengah selesema. Hehehe.. Doa-doakan saya cepat sembuh ea.. amin ^_~ .
CEMBURU. Siapa tak pernah rasa. Budak-budak pun pernah rasa. Kalau masa zaman belum akil baligh kan ( zaman budak-budak lah tu kan ..hehehe ) , kalau ada ja kawan yang dapat pujian daripada cikgu , mesti cemburu bukan main kan ? Lepas tu mulalah cuba nak “attract attention” cikgu betul tak ? hahaha.. (mungkin saya sorang ja yang yang buat macam tu.. dasar “attention seeker” betul aku ni.. haish =.=’)
Sebelum saya merapu sambil makan ikan kerapu.. oooohh.. sedapnya ikan kerapu masak stim. Fine fine fine !!! Tadi pagi , tiba-tiba rajin pula buka paper online kan.. bosan-bosan . tiba-tiba terbaca ( boleh pulak terbaca ) kisah ally iskandar dan bakal isteri dia.. JEALOUS mak ! hahaha =D
Depa dua baru kenal bulan 9 , dah nak kahwin bulan 1 ni.. Dah la bakal isteri dia sama umur dengan saya... oooo.. sesangat cemburu ok. Hahaha.. Tapi saya bukan cemburu dia kahwin dengan selebriti ke dia kahwin awal ke ... TAK ok ! sekali lagi TAK OK !! Cuma rasa manis aka sweet sangat cerita depa. Yelah pilihan family. Tak yah dating-dating berbagai. Best kan. ( sila cemburu sekarang !!)
Yang “the best part is” , bakal isteri dia meletakkan syarat untuk Ally membimbing dia di dunia dan di akhirat . BERAT TUUU !!! tapi Ally cuba untuk menyahut cabaran tu.
Aku berfikir sejenak.
Indah kan tarbiah Allah.
Tarbiah Allah tu datang dari pelbagai cara kan . Cocok dengan kemampuan hamba-hambaNYa. Tarbiah bukan sahaja diberikan melalui musibah tetapi diberikan melalui perkahwinan. Allah is so sweet right ??? Semoga perkahwinan mereka dirahmati Allah selalu.
Taken from : internationalnasheed.blogspot.com |
Bercakap tentang CEMBURU.
Bila dah ramai anak-anak gadis membaca keratan akhbar tentang mereka berdua mesti akan tercalit sedikit perasaan cemburu kan ? betul tak ? secara jujur , saya ada. ( “statement” berani mati!! Hahaha )
Tiba-tiba ( berapa banyak kali la tiba-tiba.. pape je la kan.. hehehe ) , teringat artikel yang saya pernah baca .
Kita sebagai muslim , bila kita melihat kejayaan saudara sesama Islam , kalau boleh cuba jangan mewujudkan sifat cemburu dalam diri. Cuba lahirkan rasa gembira apabila melihat kejayaan yang dia dapat.
Sebenarnya , bila dah lama kita pupuk perasaan gembira sebab sahabat kita pun tengah bahagia , kita akan ada satu perasaan tenang dalam diri dan lama-kelamaan kita pun akan rasa happy bila dia pun happy. Boleh faham dak apa yang saya cuba sampaikan ? Jadi , marilah kita sama memupukkan rasa bahagia pada saat dia tengah gembira. Insya Allah , manisnya persahabatan akan terasa =D
For more information :
No comments:
Post a Comment