Saturday, April 7, 2012

Apakah "CHANNEL" pada diri kita ? ^_^


Assalamualaikum semua  ^_^...


Errkkkkkk ( ini bunyi sendawa ) Alhamdulillah.. Baru pulang dari open house kat White House . APA ?? rumah OBAMA ???? tak dak aih.... rumah kawan saya , dia buat house warming...  sedap-sedap belaka makanan dia. Terima kasih salwa , ejay , is , bibi dan nurul... huhu.



Percubaan pertama buat Qasidah Kedah. Tester kami ialah penduduk White House  Kalau tak sedap jangan marah deh...huhu


Sedikit mukadimah telah pun selesai. Hari ini nak cakap pasal....TV dan manusia .


CUBA HABAQ MAI SAPA TAK SUKA TV ?


Saya rasa ramai yang suka . Tapi jangan pulak terkejut bila ada yang tak suka  . Itu tak salah . Kerana setiap insan punya citarasa yang tersendiri kan.. huhuhu... kenalah respect ye.. huhu ^_^
Sedar tak hidup kita macam TV ? Ala-ala trade mark HALLMARK , Life is a drama .  Kita leka dan sering terlupa yang wayang hidup kita sering menjadi tatapan beribu pasang mata yang lain . Begitu juga saya . Haish  =.=’..

Mari saya cerita beberapa kisah .

1)  Semasa majlis penutup program komuniti di RUKMINI NAGAR , Dr. Saudagar ada memberi sepatah dua kata semasa majlis tersebut . Beliau ada menyebut bahawasanya beliau amat kagum dengan peribadi pelajar Malaysia , walaupun penat tetap ingat untuk mengerjakan solat. Bahkan ada yang solat berimam. Beliau juga menambah yang beliau akan belajar solat  . Alhamdulillah.

2) Ada 2 rakan saya yang menemuramah seorang penduduk yang beragama Islam . Beliau mengadu yang beliau sedih dengan anak-anaknya yang gemar ke kelab malam dan memakai pakaian ala kebaratan . Beliau cukup gembira melihat anak-anak dara dari Malaysia memakai tudung.


Bila saya dengar pendapat daripada mereka  , perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah begitu teliti kita di amati . Perilaku kita diperhati . Mungkin ada yang kurang enak sudah ditontoni . Astaqfirullahhala’zim... Yang paling kita selalu lupa ialah setiap gerak geri pada setiap nafas yang kita sedut , di catat oleh malaikat dan akan dipertontonkan pada hari kebangkitan nanti . GULP!!!!! adoiiii!!! terasa dilastik !!

Jadi , marilah sama-sama kita menjadi tontonan yang wajar diikuti kerana kita bukan sahaja duta negara tetapi kita ialah duta agama Islam. Huhuhu..




" Dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya , Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperhatikan  ( kepadanya ) , Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna " surah an-najm ayat 39-41

"Katakanlah , "Sesungguhnya kematian yang kamu lari padanya , ia pasti menemui kamu , kemudian kamu akan dikembalikan kepada ( Allah ) , yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata , lalu Dia beritakan kepadamu apa yang kamu kerjakan." Surah al-jumu'ah ayat 8


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...