Assalamualaikum semua!!!
TORAAA DATANG LAAGIII!!! Hehehe.. main-main jaaa.. saja nak
ambil mood dulu.. huehuehue..
Name TAG YANG KENA RIPPED OFF !!! |
Ok. Baiklah . Selama saya menyepi , banyak yang saya buat
dan dapat . Yang paling saya tak boleh lupa sekali ialah apabila saya telah menyertai
games “RUNNING MAN” ajuran I-SOC ( ala-ala biro kerohanian la kat sini ) .
Disebabkan games start awal , maka hendaklah kita
ber-bangun-bangun tanpa tidur selepas solat subuh. Itulah cabaran pertama. Mana
taknya , selimut biru langit yang gebu lagi suam-suam panas pabila dibawahnya
sangat la mengoda si pemilik yang sudah terkenal dengan hobi tidur . Adesss !!
Haish =.=’ tak elok ea adik-adik tidur lepas subuh . Itu namanya rejeki enggak
, apa sih orang Malaysia bilang , enggak masyuk gitu katanya .hehehe.
Since kitaorang punya gerup ( group ) mai lambat , gara-gara
nak pelekat name tag banyak-banyak yang last sekali kena reject dengan pihak
penganjur tu.. so terpaksa la klu yang kitaorang ada telah disebarkan kepada
group lain. Haish +.+ kan betul Allah kata “demi masa . Sungguh , manusia
berada dalam kerugian” .
Pengalaman :
Mak aaaiii... perempuan main agak ganas la... pakat nak
tarik name tag kata kan . Saya sendiri pun kena attack dengan 4 orang sekali
gus . GILA KAN ?
Ibrah :
1) Mau kala nak cerita pengalaman masa main tu memang esok pun
tak habis la kan . So , meh la kita cerita apa yang kita boleh dapat sepanjang
main –main . Masa main , tak kisah la main apa-apa pun yang
melibatkan kalah mati , mesti kita akan rasa takut mati . Ye dak ??? So , masa
sesi sharing is caring tu kan , ramai lah mengemukakan persoalan . Kenapa KITA
kena takut mati ? Kadang-kadang tu takut mati tu mengalahkan takut pada yang
maha Esa . ye dak ? hmmm... tu membuatkan saya berfikir sejenak .
“Adakah mati itu ertinya anda
sudah kalah ??”
Mesti tidak bukan .
Cuba tengok balik skala ketakutan
anda pada sesuatu . Adakah takut anda pada mati lebih tinggi daripada tuhan ?
wah.. kalau begitu cepat-cepat periksa hati deh... huhuhu..
Kita belajar sirah bukan . Dari
tadika sampailah ke sekolah menengah . Betul ? Kita baca dan dengar ramai para
sahabat yang syahid di medan pertempuran . Adakah mereka kalah ? TIDAK ! bahkan
mereka dijanjikan syurga yang abadi . Kerana
apa ? Kerana mereka tidak meletakkan takut pada mati . Takut mereka hanyalah
pada ALLAH S.W.T .
Kita ? Bagaimana ?
2. Lepas main-main dengan ganas
terguling-guling kat atas tanah , tu mesti la sakit dak ? tak sakit pun mesti
macam lenguh-lenguh kan ? Kenapa ye ?
“eleh, belajar medic pun nak
tanya lagi ke soalan kacang cerdik ni?”
Bukan macam tu ye kawan-kawan...
Kita semua tahu , kalau kita main
secara berlebih-lebihan daripada kebiasaan , kemungkinan muscle cramp atau
muscle injury akan berlaku . Lactic acid accumulation bebagai la kan .. Bla bla bla.
All the medical cycle you named it la la la. Ok dah start merapu . Ehemmm...
Tapi....
Pernah tak terfikir ?
Sakit main itu merupakan cara
Allah menghapuskan dosa-dosa kecil kita masa kita main atau sebelum-sebelum tu
lagi ? Pernah ?
Saya sendiri sebelum-sebelum ni
pun akan cepat mengeluh bila sakit badan lepas hari sukan . Mak aaaaaiiii...
sakitnya tak yah habaq laaaa... sampai nak sujud pun rasa tersiksa . Tapi cuba
recall balik , masa kita main-main dengan kawan kita , mesti ada tersakitkan
kawan secara fizikal dan emosi .
Sebagai contoh :
Kalau nak menang , antara
strateginya mesti kita akan psycho group lain kan . Ye dak ? Mau kala cheer ,
mesti cakap group sendiri hebat dan group lain pi jalan la dan seangkatan
dengannya . ye dak ? Tak ke terguris hati kawan kita yang lain . Lepas tu group
lain pun geram , marah , caci maki kita. Dah timbul satu dosa kat situ .
Hmmm...
Jadi , bagi saya selain sakit itu
function dia untuk heal kan muscle injury kita , ia juga pembersih dosa kita , jika kita
sebut “ALHAMDULILLAH, kerana izinkan ku sakit” .
So , lepas ni kalau sakit lepas
main sports jangan banyak mengeluh ea. Istiqfar dan bersyukurlah kerana Allah
masih sayang pada kita . Insya Allah ^_^
No comments:
Post a Comment