Assalamualaikum dan selamat hari baik semua...
Maaf kerna tidak meng-update setelah sekian lama. Alasan ?
Malas nak ulang ayat yang sama... huehue...
Internet.
internet di sisi google image :) |
Kalau cakap pasal internet budak umur 4 tahun dah tahu buka
komputer ( kesahihah maklumat diragui..hehehe) . Point-nya sekarang adalah
memang zaman la ni memang boleh dikatakan hamba Allah dekat muka bumi ni tahu
tata cara ( eeewaaah ! tata cara..hehe ) pengunaan internet . Sebab itu lah ,
ada prasa-prasa seperti :
“segala maklumat berada dihujung jari anda”
“Hanya Click saja”
Dan sebagainya . Kenapa ? Sebab internet kan mudah . Cuma
click . As simple as that .
Kalau saya cakap pasal pengaruh internet , ni dah boleh jadi
format karangan SPM dah ni . Silap hari bulan budak-budak SPM guna penulisan
maya saya sebagai contoh karangan ( berangan !) hahaha .
Tahu pasal Gaza ? Macam mana pula dengan Syria ? Dah lupa
pasal rohingya ? Kemenangan rakyat Mesir ?
activists around the world for palestine community in FB :) semoga kebebasan milik mereka semua . Insya Allah . Amin . Pray for them :) |
“Eh.. apa pulak kaitannya ?”
Sapa kata tak dak ? Ada aihh..
Sedar tak sedar pengaruh internet begitu besar dalam
menyebarkan dakwah islamiah pada masa kini ( seyes macam karangan bentuk
pendapat ..haha ) . Cuba kita bayangkan jika situasi sama berkalu pada 100
tahun yang lepas . Agak-agaknya kita yang kat Malaysia tahu ke apa yang terjadi
dekat saudara se akidah kita kat Palestin sana ? Sukar bukan . Nak tunggu
berita kat radio dan surat khabar ? Susah dan tak praktikal . Setuju ? Dengan
internet , trajedi bom yang seminit lepas pun kita dapat tahu . betoi dak apa
yang saya cakap ? Tambahan pula ( tambahan pula ?) , sekarang ni
bertambah-tambah la maju dengan adanya live stream . Wallaweh ... zaman tok wan
kita pun tak dak weh .
“Untuuunng laaaa, lahir zaman sekarang” kata tok wan kita .
Saya pernah ingat , tahu tak ada satu cerita P.Ramlee yakni
tajuknya “Pendekar bujang Lapok” , yang ada satu scene tu salah seorang
daripada tiga pendekar tu bertapa kat kubur . Tiba-tiba , puffff.. keluar asap dan “hantu-hantu” dari kubur tu . Saya dan kazen-kazen yang lain , gelak
terguling-guling la... yelah mana taknye , darjat ketakutan hantu zaman
p.ramlee dengan zaman sekarang adalah tersangat jauh bezanya . hehe.. Marah tok
wan saya .
pendekar bujang lapok jangan-bukak.blogspot |
“Hampa tau dak , masa tok wan dulu-dulu , action macam tulah
orang paling terkejut and tepuk tangan tak sangga” kata tok wan sambil
mengenang nostalgia tengok televisyen tak dak kaler dan tak dak remote
controller. Hehe . reaksi cucu-cucu . Diam sebagai tanda hormat tapi dalam hati
..... hahaha...
Tidak dapat saya nafikan , peranannya sangat banyak terutama
sekali bagi pelajar medic seperti saya yang memerlukan maklumat tentang sesuatu
penyakit dengan pantas .
Tapi.
Ramai yang menyalahgunakannya . Saya tak nak sentuh pasal
tengok bideo atau gambar-gambar lucah . Tapi saya nak sentuh tentang
melemparkan emosi pada status sendiri di laman social masing-masing .
“Hek ele... itu hak kitaorang . Tak kacau ko punya email pun
. Yang penuh notification , kitaorang jugak . Yang ko sibuk apa hal ?”
Mungkin sesetengah reaksi yang bakal kita dengar jika
ditegur . Jangan mudah melenting ea sayang . Cuba dengar dan faham .
Saya bagi contoh .
“I bencilah , ingatkan BFF i , rupanya backstabber . I
bencilah . Nama dia..... Hate her so much”
Pernah jumpa ? Seakan-akan ?
Hmmm..
Emosi dilampiaskan di medan maya . Internet la tempat dia
melepaskan beban di dada . Internet la yang “mendengar” segala esakan mata .
Satu soalan .
Siapa Tuhan kamu ?
Allah kan sifatnya maha mendengar lagi maha mengasihani .
Rintihlah segala masalah dan berdoalah hanya kepadanya . Cer fikir secara logik
akal . Mau kala hang dok cerita kat internet , i.e FB , ada masalah dok selesai
. Tambah-tambah ada yang jenis suka “simbah petrol” aka batu api , ish ish ish kan melarat pergaduhan tu .
Hmmm..
Awak yang saya kasihi sekalian ,
Bukan saya tak faham naluri manusia yang memerlukan teman
untuk berkongsi perasaan dan sebagainya . Hakikatnya saya juga begitu . Tapi
berkongsi masalah juga ada adabnya . Minta pendapat bukan minta hasutan .
Yakinlah , bahawa Allah itu ada . Dialah yang maha mendengar
lagi maha mengasihani . Menangislah pada Dia . Pohonlah petunjuk dan pertolongan
pada Dia . Kemudian , bangun dan bergerak maju ke hadapan .
No comments:
Post a Comment