Assalamualaikum ...
Hmmm.. sebenarnya takut saya nak cakap pasal tajuk ni . Mana
taknya saya bukanlah pelajar jurusan agama . Bukan bekas budak sekolah agama .
Ayah suruh masuk sekolah agama masa tingkatan satu , memberontak , mogok ,tak
mau pi . Haish =.=’ teruk ! Bila dah besaq , mula la rasa menyesal . Tak pa ,
boleh belajar sikit-sikit kan . Bak kata pepatah melayu , sikit-sikit lama jadi
bukit kan ? hehe Insya Allah .
Apa itu DAIE ?
Daie juga manusia . Makan dan pakai macam kita . Ada hati
dan juga perasaan macam kita .
hati menurut internet . heartsoftheschool.edublog.org |
Hati daie atau bukan adalah sama kecuali awak makan lemak banyak . Blockage le jawabnye ..hehe myotstudentblog.blogspot.com |
Daie = pendakwah sebenarnya .
“kirenye ostad dengan ostazah je la yang dipanggil daie?”
Dak aih . Kita semua daie . Sebab kerja menyebarkan Islam
bukan tanggungjawab mereka sahaja . Tanggungjawab bersama deh... hehe
Daie dan pelajar .
Hari ini saya nak kecilkan skop cerita saya . Pelajar
sebagai daie . Perkara ni saya dah perasan lama dah tapi saja buat don’t know
ja ( haish.. sila berubah ye nazira ! ) tapi telah diutarakan kembali oleh seorang adik yang amat saya kasihi .
“Akak... saya stress la dengan budak kelas saya . Selalu tak
datang kelas and ada yang suka datang lambat . Kadang-kadang tu siap buat alasan
diaorang diajar macam tu masa kat sekolah lama diaorang. DAH LA YANG CAKAP TU
BUDAK PEGI USRAH”
Tersentak dibuatnya saya !
Hmm... Saya dengar , saya sendiri malu dan sedih . Lagi
sedih daripada malu . Membayangkan mungkin saya sendiri terbuat perkara yang
memburukkan imej seorang daie dan orang yang mengikuti usrah . Hmmmm...
Mari kita bincangkan isu ini .
Sebelum tu meh kita main-main tanya soalan dulu .
Adakah Islam mengajar kita tentang solat , puasa , zakat dan
haji sahaja ?
Adakah Ibadah hanya pada solat , puasa , zakat dan haji
sahaja ?
Adakah belajar itu suatu ibadah ?
Simpan jawapan kawan-kawan ye . Sebab saya yakin ( insya
Allah) , kawan-kawan mesti boleh jawabkan ? Tapi kali ni saya nak kawan-kawan
tanya soalan tu dan jawab dalam hati . Tanya berulang-ulang kali .
Kita , muslim , yakin bahawasayanya Islam itu ialah
satu-satunya agama yang menyeluruh . Dalam kuliah online , dalam usrah , dalam
youtube , dalam mp3 dan segala bentuk medium dakwah , kita diperkenalkan
dengan konsep Islam itu menyeluruh . Betoi dak ?
jom plan buat bulatan gembira dengan anak-anak dan family yang lain vectorstock.com |
Tapi kenapa kita hanya tepat masa dan tak nak “miss” usrah
ataupun tazkirah je ?
“sebab itulah santapan rohani kitaorang”
Ye betul . Saya tak nafikan . Saya pun turut bersetuju
dengan kenyataan di atas . Mari saya ulang kembali soalan yang terakhir .
Adakah belajar itu suatu ibadah ?
Sudah semestinya belajar itu ibadah jika anda sertakan
dengan kalimah lillahita’ala ( kerana Allah ) . Kenapa susah nak rasa ruginya
kalau miss or datang lambat ke kelas ? Sebab kita jarang menganggap yang
belajar itu adalah suatu ibadah .
“Alaaaa... tu kelas language jeeee”
Awak yang saya kasihi kerana Allah , awak cuba compare-kan
petani yang kerja penat-penat lepas tu dia dapat hasil tuaian begitu banyak
dengan petani yang kerja biasa-biasa dan hasil tuaiannya pun lebih kurang ala
kadar ja , yang mana lagi best ? mesti yang 1st tu kan ? ye dak ?
Berjalan ke kelas .
Pergi kelas memang penat . Tambah-tambah kalau kelas 8 a.m
to 5 p.m .Nak-nak , petang tu ada clinical or practical . Mak aiii penat !
Tapi...
Cuba bayangkan awak pegi kelas dan setiap langkah awak , setiap penglihatan awak , setiap pendengaran awak , setiap soalan yang awak ajukan pada lecturer , setiap pergerakan pensil awak di buku nota awak dan sebagainya dicatit dibahagian amal kebaikan awak . Banyak kan ??? Tak terbayang awak ...
Tapi...
Cuba bayangkan awak pegi kelas dan setiap langkah awak , setiap penglihatan awak , setiap pendengaran awak , setiap soalan yang awak ajukan pada lecturer , setiap pergerakan pensil awak di buku nota awak dan sebagainya dicatit dibahagian amal kebaikan awak . Banyak kan ??? Tak terbayang awak ...
Maaf sangat-sangat.
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]
glurpp..malunyerrr
ReplyDelete