Sunday, September 8, 2013

I Know What You did Last 3 Months

Assalamualaikum...
The longest time ever I’ve been abandoning my dear blog ... Ecece...  sorry blog ... rasa rindu pulak nak menulis macam biasa . Target tahun lepas hanya menjadi target semata-mata . Nak kata ada writer’s block tu memang la ada tapi malas tu yang lebih .. haish =.=’ maafkan aku ea blogku sayang ..




Ni kampung aku kat Perlis . Tapi kat awan dia tu tak dak la perkataan "Alhamdulillah" . Hanyalah edit semata-mata.. hihi ^_^


Benda yang pertama sekali yang aku nak share kat sini ialah benda yang aku telah aku buat for the last 3 months . Last 3 months was my end 3rd year holidays .. Now , the holidays were leaving me . sob sobs sobs T_T . Nak kata banyak benda yang buat , tak dak la sangat . Dah asyik dok membuta jaaaa.. hihi.. ok jangan tiru aksi ini .

Event yang paling aku tak boleh lupa sampai sekarang ( as if that event keep repeating in mind , even though I don’t ask for it ) ialah masa aku temankan sepupu aku register for her master . Seeing her very passionate in continuing her study makes me realize that I should do the same thing as she is . WORK HARDER !!! Tapi ada benda yang lain buat aku sedar dari dunia khayalan aku yang penuh sia-sia . Selalunya aku dengar atau nampak kat surat khabar dan TV . This time memang depan mata aku sendiri . Ada seorang hamba Allah ni , kaki dia tidak sesempurna kebanyakan orang . Mungkin definisi sempurna bagi kebanyakan orang ialah kaki yang tidak buat dia jalan secara awkward dan sihat . But as for me , perfect legs mean more than that . Kaki yang sempurna tidak semestinya boleh berjalan ala-ala kucing aka catwalk . Tapi kaki tu yang membawa ke  arah yang lebih baik . Gila bak hang . Dia berupaya untuk sambung master without anyone yang temankan dia on that day . Kau ada ? Serious aku kagum dengan dia . Dalam hati , aku berdoa dia akan terus berjaya di dunia dan akhirat . Amin .

Raya ? hmmm... tak mau la cerita  . Macam dah biasa orang lain dok cerita kan kan kan but it was great .



Ni kat kampung aku . Rumah tok teh ^_^


Kenduri kahwin ? Mak aihhh tak yah habaq la banyak nak mampus . Adehhh.. Sampai kawan baik yang kawin pun aku tak pi .. Mana taknya jauh gila . Kat Terengganu , Negeri Sembilan , Melaka , Selangor , Kelantan . Ada yang siap aku beli tiket bas dah tapi kantoi dengan ayah aku yang aku nak pi Negeri Sembilan sorang . Perghhh... ayah aku terus beletiaq ( bebel ) dalam kereta dari stesen bas kangar sampai la ke rumah aku yang kat Arau . Melayang la RM50 hinggit aku tu... T___T sedih la jugak . Kawan-kawan aku pun ada yang peras ugut aku tak mau mai kenduri aku nanti .. Oh.. zalim.. ... Aku bukan sengaja wehhhh !!! Maafkanlah aku ....



Antara wedding yang aku sempat pi .


Bila dah besaq macam ni kan , mulalah orang dok tanya-tanya bila nak kawin la , ada boyfriend ke dak and so on . Bila kata tak dak someone special , depa kata kita tipu . haish... macam-macamlah . Kadang-kadang macam tak mau keluaq bilik mau kala ada yang mai rumah . Demi menjaga ayaiq muka mak pak aku , aku pun keluaq la dengan harapan soklan cepu cemas terbabit tidaklah tersembur di muka aku . Kalau aku habis akal sangat nak jawab , aku jawab dengan senyuman dan bila aku dah senyum tu , mak pak aku memang faham dan tolong jawabkan untuk aku .. Baik dak depa.. hihi.. Bukan tak mau atau tak suka tapi aku sendiri tak sempurna . Aku tau jawapan aku maybe cliché kan ... Tapi tu lah ... Lagipun aku kan anak sulung . Biaqlah lepas adik-adik aku dulu kaa... ecece kakak yang penyayang dak aku... hehehe.. ( ok.. perasan disitu !! hehe ^_^ )

Ok setakat ni . Assalamualaikum :)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...