Tuesday, November 6, 2012

Daie dan Pelajar ?


Assalamualaikum ...

Hmmm.. sebenarnya takut saya nak cakap pasal tajuk ni . Mana taknya saya bukanlah pelajar jurusan agama . Bukan bekas budak sekolah agama . Ayah suruh masuk sekolah agama masa tingkatan satu , memberontak , mogok ,tak mau pi . Haish =.=’ teruk ! Bila dah besaq , mula la rasa menyesal . Tak pa , boleh belajar sikit-sikit kan . Bak kata pepatah melayu , sikit-sikit lama jadi bukit kan ? hehe Insya Allah .

Apa itu DAIE ?

Daie juga manusia . Makan dan pakai macam kita . Ada hati dan juga perasaan macam kita .


hati menurut internet .

heartsoftheschool.edublog.org



Hati daie atau bukan adalah sama kecuali awak makan lemak banyak . Blockage le jawabnye ..hehe

myotstudentblog.blogspot.com

Daie = pendakwah sebenarnya .


“kirenye ostad dengan ostazah je la yang dipanggil daie?”

Dak aih . Kita semua daie . Sebab kerja menyebarkan Islam bukan tanggungjawab mereka sahaja . Tanggungjawab bersama deh... hehe

Daie dan pelajar .

Hari ini saya nak kecilkan skop cerita saya . Pelajar sebagai daie . Perkara ni saya dah perasan lama dah tapi saja buat don’t know ja ( haish.. sila berubah ye nazira ! ) tapi telah diutarakan kembali  oleh seorang adik yang amat saya kasihi .

“Akak... saya stress la dengan budak kelas saya . Selalu tak datang kelas and ada yang suka datang lambat . Kadang-kadang tu siap buat alasan diaorang diajar macam tu masa kat sekolah lama diaorang. DAH LA YANG CAKAP TU BUDAK PEGI USRAH”

Tersentak dibuatnya saya !

Hmm... Saya dengar , saya sendiri malu dan sedih . Lagi sedih daripada malu . Membayangkan mungkin saya sendiri terbuat perkara yang memburukkan imej seorang daie dan orang yang mengikuti usrah . Hmmmm...

Mari kita bincangkan isu ini .

Sebelum tu meh kita main-main tanya soalan dulu .

Adakah Islam mengajar kita tentang solat , puasa , zakat dan haji sahaja ?

Adakah Ibadah hanya pada solat , puasa , zakat dan haji sahaja ?

Adakah belajar itu suatu ibadah ?

Simpan jawapan kawan-kawan ye . Sebab saya yakin ( insya Allah) , kawan-kawan mesti boleh jawabkan ? Tapi kali ni saya nak kawan-kawan tanya soalan tu dan jawab dalam hati . Tanya berulang-ulang kali .

Kita , muslim , yakin bahawasayanya Islam itu ialah satu-satunya agama yang menyeluruh . Dalam kuliah online , dalam usrah , dalam youtube , dalam mp3 dan segala bentuk medium dakwah , kita diperkenalkan dengan konsep Islam itu menyeluruh . Betoi dak ?


jom plan buat bulatan gembira dengan anak-anak dan family yang lain

vectorstock.com


Tapi kenapa kita hanya tepat masa dan tak nak “miss” usrah ataupun tazkirah je ?

“sebab itulah santapan rohani kitaorang”

Ye betul . Saya tak nafikan . Saya pun turut bersetuju dengan kenyataan di atas . Mari saya ulang kembali soalan yang terakhir .

Adakah belajar itu suatu ibadah ?

Sudah semestinya belajar itu ibadah jika anda sertakan dengan kalimah lillahita’ala ( kerana Allah ) . Kenapa susah nak rasa ruginya kalau miss or datang lambat ke kelas ? Sebab kita jarang menganggap yang belajar itu adalah suatu ibadah .

“Alaaaa... tu kelas language jeeee”

Awak yang saya kasihi kerana Allah , awak cuba compare-kan petani yang kerja penat-penat lepas tu dia dapat hasil tuaian begitu banyak dengan petani yang kerja biasa-biasa dan hasil tuaiannya pun lebih kurang ala kadar ja , yang mana lagi best ? mesti yang 1st tu kan ? ye dak ?


Berjalan ke kelas . 


Pergi kelas memang penat . Tambah-tambah kalau kelas 8 a.m to 5 p.m .Nak-nak , petang tu ada clinical or practical . Mak aiii penat !

Tapi...

Cuba bayangkan awak pegi kelas dan setiap langkah awak , setiap penglihatan awak , setiap pendengaran awak , setiap soalan yang awak ajukan pada lecturer , setiap pergerakan pensil awak di buku nota awak dan sebagainya dicatit dibahagian amal kebaikan awak . Banyak kan ??? Tak terbayang awak ...

Maaf sangat-sangat.

Mungkin teguran saya agak kasar dan agak specific pada segolongan . Maaf sangat-sangat . Tapi , saya nak sangat-sangat ajak kawan-kawan semua yang ikut usrah atau tak  , kita cuba ubah mind set kita yang belajar pun suatu ibadah juga . Islam kan mudah tapi bukan untuk dipermudahkan . Pegi kelas dapat pahala . See betullah Allah tu maha Kaya sebab Dia tak bakhil pun dalam memberi pahala pada hamba-Nya . Kita yang jadi hamba ni ja yang bakhil dengan masa dan tenaga yang bukan milik kita pun . Astaqfirullah hal a’zim . Ampunkan kami ya Allah J .


“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...