Saturday, November 9, 2013

Aku sayang dia la...

Assalamualaikum semua !

Dibawah ini merupakan hasil kemalasan yang berminggu-minggu.. hehe

Ok.

Pernah dengar tak frasa seperti ini

SAYANG IBU SAMPAI KE SYURGA .

Aku pun terfikir-fikir . Dah tu “Sayang ayah pulak cam na ?”

Then , aku pun menekan-nekan papan kekunci dengan rakusnya.

Keluarlah segala macam jawapan . Tak percaya sila Google sendiri atau tengok la gambaq kat bawah ni haaa... Bukti memang aku tak tipu hampa semua... hehehe
  




Frasa paling popular ialah sayang ayah sepanjang masa . Ahhh.... Bosan ! Tukar-tukar.. Sayang ayah terhindar dari neraka . Tapi roommate aku cakap macam “lame” . Aku pun buat muka cam ni kat dia .







 Hehe.. saja ja nak promote roommate aku... Roommate sila jangan marah dan usir aku keluar bilik.. hihi

SAYANG AYAH

Aku anak ayah aku . So , temanya wajib aku sayang ayah aku . Semua orang wajib sayang ayah / papa/daddy/bapak/abi/walid/dad/abah/appa masing-masing . Tapi jarang sekali kita meng-ekspresikan rasa sayang kita pada bapak kita . Kalau mai tang mak kita , macam ayaiq ja cakap “ sayang mak sangat” . Betoi dak ?

Pada aku unsur diskriminasi seperti itu tak patut wujud. Ish ish ish . Maybe kita akan cakap , kalau cakap  cam tu kat ayah kita , dia akan buat don’t know ja . Tapi hampa tau dak , ayah ni seorang manusia juga. Dia sukakan penghargaan atau  kata-kata manis . Tambah pula , dari anak dia sendiri . Boleh cair tau . Silap haribulan dia hadiahkan Porsche sebijik kat kau ! ok itu oveeeeer yang melampau .  Hehehe



“Tak angin , tak dak ribut . Pasai apa hang nak cerita pasal kasih sayang ayah ni ?”








Sebabkan... Aku ingat lagi masa aku kena posting seminggu kat LABOUR ROOM yang super hectic . Seminggu kat situ sudah cukup buat aku untuk kata TIDAK untuk buat Post graduate dalam Obstretrics and Gynaecology ( ONG or OBG ) . TIIIIDAAAAKKK !!! Aku bukan tak suka tapi aku rasa aku tak boleh kerja dalam suasana yang 24 hours stress !! Tapi kalau sapa-sapa yang boleh handle stress , anda digalakkan ambil ONG sebagai speciality anda . Tiada halangan dari pihak saya .. hihi..

Ok . Berbalik kepada perbincangan kita .

Ayah ialah antara orang yang menunggu kehadiran kita ke dunia . Ada beberapa incidences kat hospital yang buat aku terharu sangat-sangat .

1)       Pak cik ni anak dah ada 2 orang . Kiranya isteri dia tengah nak bersalinkan anak yang ketiga la kan . Tapi muka cuak dia macam isteri dia nak lahirkan anak pertama . Setia dia kat depan pintu bilik bersalin . Sebab kat hospital sini , si suami tak boleh masuk bilik bersalin . FREE LABOUR ROOM kata mereka . Bila dah bersalin tu , dia punya muka lega sangat-sangat . Happy ja tengok dia .

2)      Pak cik yang kedua ni macam sedih sikit la sebab isteri dia bersalin kat luar . Dan isteri dia developed Post Partum Haemorrhage ( PPH ) yang bermaksud  pendarahan yang banyak selepas bersalin . Kesian sangat kat isteri dia . Tak sedarkan diri . Blood pressure low sangat-sangat . Nak masuk hospital kena ada borang admission . Alkisahnya , aku pi la mintak borang admission kat pak cik tu .Masa aku panggil nama dia , berlari kot pak cik tu .Then aku mintak dia serahkan borang admission tu , tangan dia menggeletar kot . Wave menggeletar pak cik tu ter-transfer kat aku kot . Boleh kena sawan aku sebentar .. itu tipu ... hehe.. Tapi serious pak cik tu muka dia macam cuak gila .


Sikit ni ja la pengalaman yang aku nak share kat hampa semua . True  ! we all need to love our dearly mum more than our beloved dad . But do remember , he is also one of the important person in our life . As for me , he is the man that I love the most after Rasulullah . He is not perfect but he loves me perfectly . I LOVE YOU DAD ^_^





This is the  most probably your daddy's face after you said " I LOVE YOU DAD" to him ... hehehe.. well basically this is not the case of i love dad thing . It's something else . And it is secret between me and my dad . Ecece.. sedikit poyo disitu .. 

Sunday, October 6, 2013

Duit duit duit


PERINGATAN : Ini bukan post tentang kenaikan harga minyak atau perihal yuran hostel yang naik menggila .

Assalamualaikum . Semalam ( 6/10/2013 ) yakni pada hari Ahad nan indah , yang juga merupakan satu-satunya hari aku duduk berehat bersantai dan  bangun pabila matahari berdiri tegak dia atas kepala .. ( over pulak huraian untuk hari Ahad .. hihi ) , kakiku melangkah ke sebuah kampung di corok India . Lokasi ialah di Hukeri , Karnataka , India . 45 minit dari hostel tibalah kami ke sana .

Posting aku of course la Obstetrics and gynaecology . Best la jugak . Sebab banyak kes yang dapat aku tengok . Ada second degree vaginal prolapsed , third degree vaginal prolapsed and lots of pregnancy cases . Berbaloi-baloi jugak mengorbankan masa tidur dan rehat pada hujung minggu . Penat ? Sikit la . hihihi... Tapi ok ja ... masih punya kudrat untuk mengatasi kepenatan terbabit .. hehehe..

Well.. Bukan kisah prolapsed yang aku nak cerita dan juga bukan pasal pregnancy . Kisah padaku  amat menyentuh hati aku . Entah kenapa terasa sedih . Hati perempuan barangkali . Entahla .

Tengah-tengah dok agih-agih patient ke kaunter doktor-doktor yang bertugas , adalah seorang pak cik yang juga merupakan , seorang suami kepada patient yang baru di periksa sebentar tadi masuk ke department kami .

Pak cik  : Dr ( Aku belum doctor lagi... mungkin sebab aku pakai kot putih dan gaya poyo doctor ) Ni kena pi hospital la ( smbil tunjuk kad referral warna kuning )

Aku       : ye . Pi kat hospital KLE kat Belgaum .

Pak cik  : Kena bayar ke kalau pi hospital tu ? ( riak muka dia sangat sedih )

Aku       : .... ( terdiam sebentar ) ..

Aku pun tak sure sama ada kena bayar ke tak , so aku suruhlah pak cik tu pi tanya Madam which the genuine doctor kat situ ... hehehe


Aku tak tau la pasai pa aku rasa sedih waktu tu . Aku tengok balik diri aku , yelah kita mostly berduit . Mungkin tak kaya . Tapi masih mampu . Masih boleh kata “ doktor cakap ja berapa ja harga dia , nanti insya Allah saya akan usahakan” . Depa ? Kalau tak dak duit , nak kata apa ? Memang tak pi laaa.. Hmmm... sedih kan . The point is ,be grateful on what you have today . Jangan berlagak . Kalau ada lebih sikit , tolong orang lain . Tak miskin pun kalau kita bersedekah ataupun memberi hutang ( bukan AH LONG mahupun CETI ok ) kepada yang memerlukan  . Moga kita kaya DI SANA.


Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sedekah dapat memadamkan panasnya kubur bagi orang yang memberikan sedekah, dan sesungguhnya orang mukmin akan bernaung pada hari kiamat nanti di bawah naungan sedekahnya.” (HR. Tabbrani).







Inilah gaya bakal doktor ... Insya Allah :)

Thursday, September 26, 2013

Aku | Makhluk Asing

Aku di bumi asing . Bukan tidak pernah kulihat wajah-wajah persis mereka . Sering kali . Namun ,bila aku tenggelam di lautan manusia yang majoritinya tidak terdapat di bumi selesaku ......  Aku berasa cukup terasing sekali .

Tahun demi tahun , kalender demi kalender , bertukar . Aku masih sama ... Padaku ... Tinggi tak berubah mungkin sedikit berisi . Cuaca barangkali penyebabnya .

Banyak yang aku belajar disini . Katanya , luas perjalanan , bergempal-gempal pengalaman . Gempal badan pun ia juga . hihihi.. Kenapa aku berbicara seperti ini .. Ahh.. biarlah..

Bumi selesa . Terlalu selesa . Sehingga lupa yang diri punya Pemerhati . Disini Pemerhati dari lahir yakni Allah s.w.t , kasih sama aku . Sebenarnya dari dulu lagi . Bedanya aku tersedar disini . Mereka ( rakyat jelata bumi asing ) ibarat cctv . Tidak kelihatan memandang , tetapi mengekori ‘gerak tapak’ tingkah laku daku . Ada yang berani meluncurkan kata-kata :

Scene 1

Misi : “Why you are wearing this ( referring to my scarf) when male doctor is there ?”
Aku  :“oh.. it’s my religion . My hair is just for my special ones . My family and husband” .. Gelak-gelak supaya tidaklah begitu serius perbualan terbabit .

Scene 2

Aku     : Insya Allah , sir .
Dr.      : Insya Allah . Meaning ?
Aku    : Ohh.. sir it’s God’s willing .
Dr.     : .... ( diam sebentar ) ... Before God wills , you have to will first .
Aku   : (angguk-angguk cara rakyat tempatan )

Scene 3

Aku               : It’s ok uncle . Next time I’ll join you . If I join you now , you don’t have food to eat .
Uncle Javed : Who give you food ?
Aku               : Allah ..
Uncle Javed : So why worry ?? ( sambil tersenyum)

Cukuplah sekadar 2-3 scenes yang mampu aku karang . Hidup bukan MESTI untuk mengarang setiap hal . Menangguk hikmah disebaliknya itu lebih diutamakan . Biarlah satu peristiwa yang berlaku , tetapi hikmahnya dibawa sampai mati . Jangan berbondong-bondong yang datang tetapi ianya ibarat angin yang berlalu pergi . Tak bernyawa rohmu bila tidak disandarkan pada Ilahi .


aliens yang paling comel di google 

gorillaartfare.com

Saturday, September 14, 2013

OOoohoooi 4th year !!

Assalamualaikum semua ... ok .... Alhamdulillah dah seminggu aku start masuk 4th year .

Ramai adik-adik junior dok tanya aku macam manalah perasaan masuk 4th year ( ecece.. bajheeet hot la ni kan.. hehe ) ok fine tak dak la ramai sangat kan . Meh AKAK nak cerita kat hampa semua so that bila hampa semua nak masuk tahun 4 nanti , tak dak la teruih dapat heart attack masa day 1 ... hihihi

Sehari sebelum tu bagi yang tak tahu apa-apa , hampa semua kan mengalami anxiety disorder yang membuatkan hampa semua tak boleh tidoq malam dengan nyenyaknya ... ok itu tipu .. just cuak sikit la .. sebab almaklumlah kami ni kan 1st batch kat sini . so , tak dak senior-senior untuk guide kami . sedih sedih sedih .

Kalau dulu lecture satu batch tapi tahun 4 hampa semua akan dibahagikan mengikut posting masing-masing .Total postings adalah 7 . Since , kami ada 44 orang , so start dengan 4 postings dulu . Ada medicine , surgery , OBG ( obstetrics and gynaecology ) and  paeds . Thus , in every group will consists of 11 students . Alaaa.. aku lupa nak ambil gamboo groupmate baru... hmm.. tak pa tak pa.. lain kali aku tunjuk naaa..



Aku punya posting ^_^



Aku punya posting OBG . Terkejut beruk la jugak kan . Pagi yang kami semua nak start 4th year tu kan , Dr. Suhaimi bagi la briefing sikit-sikit . Mak aiihh kali ni lagi laa terberuk-beruk aku terkejut .

1 posting gagal  = kena repeat posting and repeat end posting examination dalam 6 minggu

2 postings  gagal = kena repeat dua-dua posting dalam masa 6 minggu including dengan exam   terbabit

3 postings gagal = repeat 4th year

4 postings gagal = DIKELUARKAN DARIPADA PROGRAM

Exam pulak akan dibahagikan kepada 2 parts . Theory and clinical long case . Dah la teori dia MCQ yang aku selalu ‘tembak-tembak’ tak pernah kena bull’s eye ... hihihi .. ok .. itu salah diri sendiri ... hihi.. Syarat lulusnya pula , hampa semua kena luluih ( lulus ) kedua-dua bahagian ... Aku ULANG DUA-DUA bahagian . Even , kalau hampa dapat theory = 45 % and Clinical Long Case = 55 % , hampa tambah still lulus kan . ANDA SEBENARNYA TAK LULUIH !!! Waaaa... aku menangis dalam hati waktu tu ...

Masuk-masuk kelas aku rasa macam loser gila sebab banyak yang lecturer tanya aku hanya diam seribu bahasa .. ohhh tidakk !!

PERINGATAN : Cuti 3 Bulan bukan untuk bersuka ria dan buat sehati berdansa . BACA BACA BACA !!! Jangan jadi macam AKAK ni haaaa... T___T menangis lagi .



Jangan dok lagha-lagha naa.. adik-adik :)



Sumpah ! aku rasa down gila bila dalam kelas , masa clinical dan sebagainya . Tapi as time goes by ok la kot . I guess . Before this kalau kawan-kawan aku ada la dok tanya ,

“Buat medic tak tension ke ?”

Aku jawab , “ Masa nak exam tension la juga , masa belajaq ok jaa”

Lepas ni aku boleh la kata macam ni “ TENSION tak tau nak habaq macam manaaaa”

Hahaha...

To make the 4th year look more worse , YOU are required to submit 1 log book and 12 CASE WRITE UP ... Mak aiii.... kalau masa 2nd year and 3rd year , setiap 4 blocks kena hantar 1 ja case write up .. ni sampai 12 case per block !! Aku dah macam orang gila dah dalam hati .. hahaha..

TAAAPIIIII...


At the end of the day , those things make me realized ... Kalau aku tak buat semua tu , macam mana aku nak jadi doctor yang baik untuk patient aku nanti kan . Practices make things perfect , right . After all , you need to give your very best to your patient . Tak kan nak buat kerja halai-balai kot . Tak kool la weh !! For the time being , kena la banyak-banyakkan bersabar . Doa banyak-banyak . Usaha banyak-banyak . Kurangkan rungutan dan bebelan tentang work loads yang diterima . Your life will be more happier than ever ... hihi .. Hidup ni kalau dok asyik merungut , baik tak yah hidup . Betoi dak ? Ingat , Allah dah janji setiap kesulitan pasti ada kemudahan . Surah mana ? cari sendiri .. Aku pun nak bagi kerja rumah kat hampa semua juga... hihihi... Yang penting , jangan patah semangat !! Doa-doakan aku naaa... and don’t forget to smile 



Sunday, September 8, 2013

Panas Mentari | Rimbun Berteduh


I Know What You did Last 3 Months

Assalamualaikum...
The longest time ever I’ve been abandoning my dear blog ... Ecece...  sorry blog ... rasa rindu pulak nak menulis macam biasa . Target tahun lepas hanya menjadi target semata-mata . Nak kata ada writer’s block tu memang la ada tapi malas tu yang lebih .. haish =.=’ maafkan aku ea blogku sayang ..




Ni kampung aku kat Perlis . Tapi kat awan dia tu tak dak la perkataan "Alhamdulillah" . Hanyalah edit semata-mata.. hihi ^_^


Benda yang pertama sekali yang aku nak share kat sini ialah benda yang aku telah aku buat for the last 3 months . Last 3 months was my end 3rd year holidays .. Now , the holidays were leaving me . sob sobs sobs T_T . Nak kata banyak benda yang buat , tak dak la sangat . Dah asyik dok membuta jaaaa.. hihi.. ok jangan tiru aksi ini .

Event yang paling aku tak boleh lupa sampai sekarang ( as if that event keep repeating in mind , even though I don’t ask for it ) ialah masa aku temankan sepupu aku register for her master . Seeing her very passionate in continuing her study makes me realize that I should do the same thing as she is . WORK HARDER !!! Tapi ada benda yang lain buat aku sedar dari dunia khayalan aku yang penuh sia-sia . Selalunya aku dengar atau nampak kat surat khabar dan TV . This time memang depan mata aku sendiri . Ada seorang hamba Allah ni , kaki dia tidak sesempurna kebanyakan orang . Mungkin definisi sempurna bagi kebanyakan orang ialah kaki yang tidak buat dia jalan secara awkward dan sihat . But as for me , perfect legs mean more than that . Kaki yang sempurna tidak semestinya boleh berjalan ala-ala kucing aka catwalk . Tapi kaki tu yang membawa ke  arah yang lebih baik . Gila bak hang . Dia berupaya untuk sambung master without anyone yang temankan dia on that day . Kau ada ? Serious aku kagum dengan dia . Dalam hati , aku berdoa dia akan terus berjaya di dunia dan akhirat . Amin .

Raya ? hmmm... tak mau la cerita  . Macam dah biasa orang lain dok cerita kan kan kan but it was great .



Ni kat kampung aku . Rumah tok teh ^_^


Kenduri kahwin ? Mak aihhh tak yah habaq la banyak nak mampus . Adehhh.. Sampai kawan baik yang kawin pun aku tak pi .. Mana taknya jauh gila . Kat Terengganu , Negeri Sembilan , Melaka , Selangor , Kelantan . Ada yang siap aku beli tiket bas dah tapi kantoi dengan ayah aku yang aku nak pi Negeri Sembilan sorang . Perghhh... ayah aku terus beletiaq ( bebel ) dalam kereta dari stesen bas kangar sampai la ke rumah aku yang kat Arau . Melayang la RM50 hinggit aku tu... T___T sedih la jugak . Kawan-kawan aku pun ada yang peras ugut aku tak mau mai kenduri aku nanti .. Oh.. zalim.. ... Aku bukan sengaja wehhhh !!! Maafkanlah aku ....



Antara wedding yang aku sempat pi .


Bila dah besaq macam ni kan , mulalah orang dok tanya-tanya bila nak kawin la , ada boyfriend ke dak and so on . Bila kata tak dak someone special , depa kata kita tipu . haish... macam-macamlah . Kadang-kadang macam tak mau keluaq bilik mau kala ada yang mai rumah . Demi menjaga ayaiq muka mak pak aku , aku pun keluaq la dengan harapan soklan cepu cemas terbabit tidaklah tersembur di muka aku . Kalau aku habis akal sangat nak jawab , aku jawab dengan senyuman dan bila aku dah senyum tu , mak pak aku memang faham dan tolong jawabkan untuk aku .. Baik dak depa.. hihi.. Bukan tak mau atau tak suka tapi aku sendiri tak sempurna . Aku tau jawapan aku maybe cliché kan ... Tapi tu lah ... Lagipun aku kan anak sulung . Biaqlah lepas adik-adik aku dulu kaa... ecece kakak yang penyayang dak aku... hehehe.. ( ok.. perasan disitu !! hehe ^_^ )

Ok setakat ni . Assalamualaikum :)




Sunday, February 10, 2013

Drama : Pudar

Aku dengan senang hatinya membawa masuk perutku yang penuh dengan isi nasi lemak "mess" . Benarlah pepatah melayu , kenyang perut , senang hati .

Langsir pengganti pintu ke bahagian surau perempuan aku singkap sedikit . Sekadar cukup memberi ruang untukku memasukkan diriku ke ruang ibadah di Hostel USM . Bukan apa , cuma takut ada aurat ukhti-ukhti kesayangan ternampak dek orang lain .

Kelihatan ramai yang sedang membaca khalimah-khalimah Allah di serata penjuru . Alhamdulillah . Aku tersenyum . Mataku liar mencari "port" untukku melabuhkan punggungku . Sengaja aku duduk disebelah adik yang berpakaian serba kehitaman . Namanya Fatimah ( bukan nama sebenar ) .

Dia diam .

Aku diam .

Krik , krik , krik bunyi cengkerik .

'Ah... mana boleh cengkerik berleluasa!' . Aku bermonolog sendirian .

Aku : Fatimah , share something dengan akak
Fatimah : Alaaa.. akak la... saya tak de cerita nak disharekan ...
Aku : Akak serius tak de cerita . Awak la ek ek ek..
Fatimah : Hmmm... baiklah .. Cerita ni berlaku kat saya . Selepas habis je exam selanjar 2 , saya basuh semua tudung saya . Jadi saya tak de tudung nak pakai pegi mess . Saya pun decide la untuk pakai selendang . And then sahabat saya tegur yang selendang saya "too attractive" . Saya pun cakap la saya tak de tudung nak pakai sebab semua dah basuh sambil saya tunjuk tudung yang tengah disidai . Kemudian , sahabat saya bertanya lagi sama ada saya memang tak de tudung langsung atau tidak . Tiba-tiba saya teringat yang saya ada tudung yang tak pernah saya pakai . Saya cepat-cepat ambil tudung yang dalam simpanan saya . Sahabat saya tanya saya kenapa saya tak pernah pakai tudung ni ? Saya pun jawab sebab tudung ni  buat saya nampak macam pudar . Sahabat saya pun berkata bukahkah kita nak jadi pudar pada pandangan manusia ? Pada saat itu , saya terasa sangat . Benar kata sahabat saya . Kita hanya perlu fikir akan pandangan Allah pada kita bukan manusia . Biarlah pudar pada pandangan manusia tapi bukan pudar pada pangan Allah .
Aku : ( mengangguk-anggukkan kepala )

Azan isyak mula berkumandang maka tamatlah perbualan kami . 

Friday, February 1, 2013

Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi

Assalamualaikum semua...

1/2/13







Aicehhhh.. cantik tarikh hari ni... hahaha.. Tarikh sesuai nak kahwin... eh silap silap .. tulis blog...

Memandangkan target bulan Januari saya tak lepas , jadi haruslah saya mengerakkan jari-jemari kurnian Ilahi untuk lebih tangkas menulis dalam blog kesayangan saya ... hehehe...

Ok.

Pada tarikh 26.12.2012 , saya dan beberapa kawan saya telah membuat sesuatu yang pada saya agak luar biasa . Maksud saya , ini merupakan pengalaman pertama saya .

Mua-mula , takut sangat . Saya takut dengan penerimaan orang . Saya jadi inferior dengan kawan-kawan dan diri saya sendiri . Takut dan kemudian segan . Segan sebab mungkin saya tidak mengeluarkan sedikit sumbangan untuk barang-barang tersebut . Ya ! Segan .

Tapi ,

"Nudz ( nama glamor kat sini .. aicehhh ) ... awok tak nok gi ke petang ni ?"
"Orang segan la ewa "
"Segan ? Segan nape ?"
"Yelah ... Orang dok bagi nape-nape ( tiba-tiba saya bercakap dalam loghat terengganu pulak... hehehe ) ..
 "Orang segan... Junior je yang banyak keluar duit"
"Dah tu ewa pung dok kuar duit ... Jom la nudz.. kita gi sama-sama"

Saya kuatkan hati . Kuatkan hati melawan penyakit "Segan" .

Baju merah . Tema petang tu .

Kelmarin ( 25.12.2012 ) merupakan sambutan maulidur rasul di India . Disebabkan komuniti USM-KLE ada membuat program , jadi tarikh 26.12.2012 menjadi pilihan ( asal la jadi formal pulak ni.. hehehe... apa-apa ja la .. )









Briefing dan bacaan doa adalah wajib .


Berjalan dan berjalan . Jumpa target group . Saya dan rakan saya , ewa dan teha , masuk ke hostel local student . Female la... hehehe...

Kteorang : Hi
Local       : ya .. hi .. ( baru turun dari scooternya sambil memegang buku .. musim exam ... )
Kteorang :  this is for you . ( sambil menyerahkan sekuntum mawar merah sebuah puisi..aiceh..)
Local       : oh.. thanks ..and why you giving me this ?
Kteorang : You know what .. yesterday was our prophet Muhammad birthday . During his life , he spread the  love to everyone . Muslim and non muslim . And his love still can be felt until today . So , we as his follower , want to continue the same thing that he did which is to spread the love to everyone .
Local      : wow.. that's very nice of you . Thanks again .
Kteorang : you are welcome  and have a nice day .





Fuhhh.. Lega ... Tak sangka !! Street dakwah is   fun to do. serious !!! Tak tipu !!
Sometimes , takut tu la punca kita untuk tak mencuba . Kita takut dengan perception orang . Padahal , Allah tu lah yang sentiasa menjaga kita . Biaq pi la orang nak kata apa pun ... tu hak depa.. Yang penting pandangan Allah pada kita . Jangan takut berdepan dengan pandangan orang . Mereka juga manusia ciptaan Tuhan . Takut hanya pada Tuhan , Allah :)

Monday, January 21, 2013

Drama Kakewalk

Drama Kakewalk :

A : B , cuba la masa hang minum tu duduk .

B : Ala rileks la.... minum ja pun . hehehe

A : Tapi ada mamat blogger tu cakap dia suka perempuan yang minum sambil duduk .

B : Alaaaaa... aku bukan nak kawin dengan dia pun... hahaha

A : Tapi bukankah minum sambil duduk tu sunnah nabi ?

B : . . . ( terus duduk dan T___T dalam hati )



Situasi kat atas tu memang tak asing kan dengan kita ? Sebenarnya , dalam kehidupan seharian kita dah banyak kita buat sunnah-sunnah nabi . Tapi tu lah... kita ja yang tak tahu dan tak sedar . Bila tak tahu , maka apa yang kita buat tu sekadar saja-sajalah . Makanya tiadalah pahala sunnah disitu ... Rugi-rugi...

Tapi...

Tak apa.. jangan risau. Better late than never kan ? Jadi , mari kita belajar sikit demi sedikit pasal sunnah-sunnah nabi . Insya Allah , dapat merasa syafaat nabi diakhirat kelak :) 





isocusmkle.blogspot.com

Saturday, January 12, 2013

Manipal Aku Datang ^_^ V


Assalamualaikum semua ^_^

Ok. Saya rasa saya dah lama tak menulis . Tangan pun dok gatai-gatai minta digarukan bukan sebab ada allergic kepada apa-apa benda pun tapi dah lama dok gian nak menulis . WAHHH ! gian nak menulis . Like super serious nazira ??? Yes , indeed... ( sambil mengangguk kepala berkali-kali)  hahaha

Sebenarnya dah banyak kali saya cuba mengerakkan jari jemari yang tidak halus lagi mulus ini untuk menekan papan kekunci di laptop kesayangan saya , tapi gagal mengawal hawa nafsu yang membara untuk membuka facebook . Adoyaiiii T___T



MANIPAL UNIVERSITY :)






Dengan tidak membuangkan masa lagi , pada tahun lepas ( aiceeeh , bulan 12 ja pun ) , saya berserta rakan-rakan saya telah menaiki bas ( perlu ke nak bagi tahu semua ? ) ke Manipal .

Buat apa ?

Haaaa...

Ni yang cek nak habaq mai ni . Kat Manipal , akan ada satu event besaq gila khusus untuk merapatkan ukhuwah antara pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di India yakni  LAGENDA . Tak kira lah hang ni belajaq medic ka dentistry ka , boleh mai ooo. Antara acara yang dinanti-nantikan ialah pesta makanan Malaysia dan sukan .

SUKAN .

Of course saya merupakan

.

.

.

.


Penyokong setia kawasan Belgaum . Nak kata saya tak dak genetik sukan . Itu adalah mustahil . Hal ini adalah kerana ( hal ini adalah kerana ? ) , mak pak saya merupakan jaguh kampung pada masa mereka muda . Ceewah ! sweet tak ? Mmmm... Mai tang anak dia sorang pun tak dak kecuali adik saya yang no. 3 . Dia telah mengambil semua genetik sukan mak dan ayah saya tanpa meninggal secebis pun buat kami adik-beradik yang lain. Sobs sobs sobs T___T .











Well , Malaysians do LOOOOVE food ! Cannot agree more right ? Ibarat isi dan kuku . Begitulah perumpamaan antara rakyat Malaysia dan makanan . Cuma kami makan makanan tapi kuku dan isi still stick together forever and ever except if there is injury . hehehe...

Banyak la juga makanan yang depa jual . Sedap la jugak . Ais kacang with pulut , kek carrot , nasi ayam , air soya dan sebagainya . Memang beratus rupee jugak la telah dihabiskan . Oh mannn ! hehehe . Sementara proses pembelian dan suap-menyuap ke dalam mulut sendiri berlaku , kami juga telah disajikan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar Manipal sendiri .




in order to eat , you need this ! seyes teringat hari kantin :(











Apart from all those food stalls and performances , i was attracted with this stall .

A FREE PALESTINE STALL !

Bagi saya , gerai seperti ini wajib diletakkan dimana sahaja fun fair ataupun event yang seakan-akan Lagenda .

“alaaa... kalau buat nanti tak feeling la nak have fun masa kat event tu”

Kawan-kawan yang budiman ,

Sapa kata kita tak boleh have fun kalau ada booth or stall macam tu ? Boleh aihhh . Siap boleh tambah ilmu dan pengetahuan lagi . hehehe...  At least kan kita tak dak la nak mengkedarah dan membazir tak tentu hala , kalau sambil kita beli tu , kita teringat kat adik-adik kita kat sana yang entah makan , entah tidak . Duit balance yang tak jadi makan tu , boleh menabung untuk depa semua . Insya Allah terisi la perut sorang dua kan kan kan ... hehehe . Inisiatif yang  mereka lakukan amatlah bermakna . Semoga Allah melipat gandakan pahala mereka di atas usaha dan niat murni mereka . Amin .


p/s : SETIAP MUSLIM ITU KAN BERSAUDARA ... peace yooo ! ^_^ V

oh , before that , you can visit Mangalore if you come to Manipal . Just 2 hours from Manipal University and the bus is seriously good :)











SENYUM laaaa :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...