Wednesday, December 26, 2012
Monday, December 24, 2012
Sudah 22 Tahun !
Assalamulaikum ^_^
Hari ni ( India time ) , merupakan hari lahir saya ( kalau ikut kalendar masihi laaa) hihihi...
Hmmm...
Saya nak minta something kat hampa semua boleh ???
Tak payah keluar duit pun... hehehe
Tolong doakan saudara - saudara kita kat Palestin , Syria and kat mana sajalah la , even Malaysia sekali pun . Doakan agar kita sentiasa dalam nikmat iman dan islam , agar kita sentiasa dibawah rahmat Allah dan dikurniakan syurga yang abadi . Insya Allah . Tolong eh eh eh...
Oh yaaa!! Doakan saya jadi anak dan gadis solehah ea dan berjaya di dunia dan diakhirat ^_^ hihi.. terima kasih :)
Tidak dilupakan terima kasih untuk sahabat-sahabat yang wish saya dan sambut birthday saya ^_^ . Sayang anda sangat-sangat .
P/s : seyes aku dah umur 22 . Sudah ok ! bukan baru . Di saat ini lambaian maut makin terasa , iman pula lebih nipis daripada kulit bawang yang kita guna untuk eksperimen sains dulu-dulu.. haish =.=' nasihatilah aku andai aku terdodoi dengan duniya yang penuh pancaroba .
Hari ni ( India time ) , merupakan hari lahir saya ( kalau ikut kalendar masihi laaa) hihihi...
Hmmm...
Saya nak minta something kat hampa semua boleh ???
Tak payah keluar duit pun... hehehe
Tolong doakan saudara - saudara kita kat Palestin , Syria and kat mana sajalah la , even Malaysia sekali pun . Doakan agar kita sentiasa dalam nikmat iman dan islam , agar kita sentiasa dibawah rahmat Allah dan dikurniakan syurga yang abadi . Insya Allah . Tolong eh eh eh...
Oh yaaa!! Doakan saya jadi anak dan gadis solehah ea dan berjaya di dunia dan diakhirat ^_^ hihi.. terima kasih :)
Tidak dilupakan terima kasih untuk sahabat-sahabat yang wish saya dan sambut birthday saya ^_^ . Sayang anda sangat-sangat .
P/s : seyes aku dah umur 22 . Sudah ok ! bukan baru . Di saat ini lambaian maut makin terasa , iman pula lebih nipis daripada kulit bawang yang kita guna untuk eksperimen sains dulu-dulu.. haish =.=' nasihatilah aku andai aku terdodoi dengan duniya yang penuh pancaroba .
Saturday, December 22, 2012
Iman tak dapat diwarisi T_T
Assalamulaikum semua ^_^
Ehem..
Cer tengok gambar ni.... apa yang korang nampak ???
"Eleh... setakat budak pakai baju uniform sekolah.. kat Malaysia pun ada.."
Betul.
Tapi sebenarnya , ni sekolah untuk kanak-kanak istimewa specifically untuk kanak-kanak yang pekak dan bisu . Orang kat sini bubuh nama sekolah untuk adik-adik istimewa ni sebagai deaf and dumb school .
SEYES ! Saya memang tak suka nama tu ! Dumb ?? They are not dumb ! So for this post i wanna change it to deaf and mute school .. Hehehe... Agree or disagree , it's up to you.... ( emo pulak tiba-tiba ... hehehe )
Bagi mereka , kelihangan deria pendengaran dan percakapan adalah suatu kekurangan .
Betul .
Tapi...
Cuba refleks balik , at least depa tak cakap benda yang tak berfaedah , tak mencarut-carut , tak dengar orang cakap benda-benda yang lagha dan tak keluarkan perkataan yang menyakitkan hati orang lain . Ye dak ? Kurang dosa diorang kan kan kan ....
"Tapi depa bukan orang Islam .. Konfem tak masuk syurga "
Hmmmm...
Kawan-kawan yang saya kasihi kerana Allah s.w.t ,
Ketahuilah hidayah itu milik Allah . Kita dilarang mengkafirkan orang lain sebab kita tak tahu ending masing-masing macam mana . Tah-tah Allah nak berikan dia hidayah sesaat sebelum dia mahu meninggal dunia . Who knows right ?? Kita sendiri pun tak tahu kita ni yang lahir sebagai orang Islam konfem masuk syurga ke tak sebab bak kata lagu raihan ..
Iman tak dapat diwarisi ,
dari seorang ayah yang bertakwa ,
Iman tak dapat dijual beli ,
ia tiada di tepian pantai,
walau apa pun caranya jua...
Engkau mendaki gunung yang tinggi ,
Engkau merentas lautan api ,
Namun tak dapat jua dimiliki ,
Jika tidak kembali pada Allah :)
Iman tak diwarisi ok . Hang anak mufti ka , hang anak tok imam ka , hang anak tok kadi ka atau hang anak tok mudim ka ( tok mudim ??? hihihi ) still kena berusaha untuk mendapatkan iman dan Islam tu sendiri . So , kita sebagai orang Islam ( dah gaya wakil rakyat daaa ) hendaklah berusaha meningkatkan iman dan Islam kita , jangan mengkafirkan orang lain , sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan orang lain dan kita dan akhir sekali minta lah agar kita dapat menatap wajah Allah s.w.t . amin ... Allah ya Rabb :)
Ehem..
Cer tengok gambar ni.... apa yang korang nampak ???
"Eleh... setakat budak pakai baju uniform sekolah.. kat Malaysia pun ada.."
Betul.
Tapi sebenarnya , ni sekolah untuk kanak-kanak istimewa specifically untuk kanak-kanak yang pekak dan bisu . Orang kat sini bubuh nama sekolah untuk adik-adik istimewa ni sebagai deaf and dumb school .
SEYES ! Saya memang tak suka nama tu ! Dumb ?? They are not dumb ! So for this post i wanna change it to deaf and mute school .. Hehehe... Agree or disagree , it's up to you.... ( emo pulak tiba-tiba ... hehehe )
Bagi mereka , kelihangan deria pendengaran dan percakapan adalah suatu kekurangan .
Betul .
Tapi...
Cuba refleks balik , at least depa tak cakap benda yang tak berfaedah , tak mencarut-carut , tak dengar orang cakap benda-benda yang lagha dan tak keluarkan perkataan yang menyakitkan hati orang lain . Ye dak ? Kurang dosa diorang kan kan kan ....
"Tapi depa bukan orang Islam .. Konfem tak masuk syurga "
Hmmmm...
Kawan-kawan yang saya kasihi kerana Allah s.w.t ,
Ketahuilah hidayah itu milik Allah . Kita dilarang mengkafirkan orang lain sebab kita tak tahu ending masing-masing macam mana . Tah-tah Allah nak berikan dia hidayah sesaat sebelum dia mahu meninggal dunia . Who knows right ?? Kita sendiri pun tak tahu kita ni yang lahir sebagai orang Islam konfem masuk syurga ke tak sebab bak kata lagu raihan ..
Iman tak dapat diwarisi ,
dari seorang ayah yang bertakwa ,
Iman tak dapat dijual beli ,
ia tiada di tepian pantai,
walau apa pun caranya jua...
Engkau mendaki gunung yang tinggi ,
Engkau merentas lautan api ,
Namun tak dapat jua dimiliki ,
Jika tidak kembali pada Allah :)
Iman tak diwarisi ok . Hang anak mufti ka , hang anak tok imam ka , hang anak tok kadi ka atau hang anak tok mudim ka ( tok mudim ??? hihihi ) still kena berusaha untuk mendapatkan iman dan Islam tu sendiri . So , kita sebagai orang Islam ( dah gaya wakil rakyat daaa ) hendaklah berusaha meningkatkan iman dan Islam kita , jangan mengkafirkan orang lain , sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan orang lain dan kita dan akhir sekali minta lah agar kita dapat menatap wajah Allah s.w.t . amin ... Allah ya Rabb :)
Wednesday, December 19, 2012
Roda itu Berputar
wallpaperuser.com
kau lupa
sering mendusta
acapkali bukan sekali
saat roda berputar ke langit
dagumu kau tongkat ke atas
jemu katanya menjeling ke bawah
bongkak !
Ada masa
tongkatmu mula mereput
roda kembali menyembam ke tanah
tertanam terdiam kau disitu
tatkala itu kau tak malu menadah tangan
tangan yang dahulunya lumpuh berdoa
Tak malu !
itulah kamu dan aku
angkuh di angkasa , tak segan di daratan
kaki mula menguis-guis tanah
fikiran terbang melayang
adakah Tuhan mengampun ?
Ketahuilah
kedapatan naskah cinta dari-Nya
tak jemu berbicara
"Allah maha pengampun lagi maha penyayang"
usah berat punggung lagi
serbulah gerbang taubat-Nya
selagi ia tidak keberatan menerima kita .
Friday, December 14, 2012
Wednesday, December 12, 2012
Pune ^_^
Assalamualaikum dan selamat hari baik semua ....
Ehem..
AIDS Ribbon
Fitnessential.com
Selaku rakyat Malaysia , saya ingin menepati janji saya
untuk menulis tentang trip saya ke Pune , Maharahtra , India .
NARI
Tujuan utama , kami ke sana ialah untuk melawat National
AIDS Research Institute ( NARI ) bersempena dengan Hari AIDS sedunia . Wah !
sungguh rajin saya ke sana .. hahaha ( puji diri sendiri .. hehehe )
Abaikan part puji memuji . Seronok juga la pegi sana
sebabnya dapat refresh ilmu yang sebulan lepas saya belajar which is under
block Communicable disease . Salah satunya ialah HIV/AIDS . Selalu orang kita
salah faham yang HIV tu penyakit . Salah ye kawan-kawan . HIV tu ialah sejenis
virus yang boleh meyebabkan penyakit yang diberi nama AIDS .
HIV boleh berjangkit dengan cara melakukan seks dengan
berbilang pasangan , homoseksual , sharing needles ( selalunya drugs abuser )
dan lain-lain lagi . Saya yakin ramai kawan saya kat sini tahu pasal benda ni .
Tapi bagi yang baru tahu , ucapkan Alhamdulillah sebab dapat tambah ilmu baru ,
insya Allah .. hehehe .
Ibrah dari lawatan ni ialah Allah dah berfirman sangat terang lagi bersuluh dalam al-Quran
yakni:
“janganlah kamu mendekati zina"
Allah tak kata pun jangan buat zina tapi Allah kata jangan
dekat sekali pun dengan zina . Sebab apa ye kawan-kawan ? Sebabnyaaa... Allah
tu maha mengetahui side effects mengenai pendekatan diri pada perbuatan zina itu
. Manusia itu kan mudah lupa . That’s why Allah peringatkan dalam Al-quran .
Orang yang terkena jangkitan HIV , akan mudah untuk mendapat
penyakit yang lain sebabnya HIV ni dia punya feveret dekat sistem immunisasi
kita . Bila imuniti badan kita rendah , macam –macam penyakit la kena seperti
TB ( batuk kering ) , kanser seperti Kaposi’s Sarcoma , Aspergilosis ,
Candidiasis and the list goes on and on ...
“Bosan la hang ni nazira... cakap terms yang kami tak tau”
“Bosan la hang ni nazira... cakap terms yang kami tak tau”
Saya tahu saya ada guna term medic sedikit ( ok fine banyak
la juga ) . Tapi tak pa , jangan risau . Saya akan tunjuk gambar nye ... Sabaq
sat nooo...
TB
Kaposi sarcoma
(wikipedia.com )
Candidiasis
jumpa nasi goorang kat sini ... phoenix mall ... Pune bandar tau ! ^_^
View from my room window .. Ni dekat Mahabaleshwar .. sejuuuk ^_^
Dekat Mahabaleshwar , boleh makan starwberi banyak-banyak tapi berbayarlah...huehuehue...
Sekian sahaja , sehingga berjumpa lagi di lain rancangan ... ( ok tah apa-apa ...hehe )
Thursday, December 6, 2012
Monday, December 3, 2012
Di Mana Dia Di Hatiku ?
Assalamualaikum semua !
Saya baru sahaja pulang dari Pune , Maharashtra , India .
Saya baru sahaja pulang dari Pune , Maharashtra , India .
“Hang buat pa pulak pi sanaaaa ?”
Haaaa... ada laaaa... Nanti next entry Ai ( baca : I ) cerita okeh ! huehuehue..
Hari ini , saya mahu promote ini bukulah (baca gaya pelakon
Bujang lapok , A.Samsudin ) . Buku yang
saya sangat gemari dan ditulis oleh seorang penulis yang saya amat hormati ...
Jeng jeng jeng !!!!!
Di Mana Dia di Hatiku karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi .
Di Mana Dia di Hatiku karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi .
Rating ?
Tak yah nak rating-rating sangat aihhh ( Oh..my English !) .
Tapi , bagi saya buku ini wajib beli dan sangatlah menyentuh hati . Ya Allah ,
sangatlah seronok baca buku motivasi macam ni . Saya ni ( Pengakuan berani mati
) amatlah sukar sekali untuk membaca buku dalam kategori ilmiah . Cuma sekarang
ni , almaklumlah , Kuboq kata kamon bebeh , Duniya pun kata go away , so
wajiblah seorang hamba yang hina ini menuntut ilmu buat bekalan akhirat
kelak . Insya Allah .
Buku ini banyak bercerita tentang hati . Aaahaiiii !!! Hati sesungguhnya amat penting sekali dalam
pembinaan seorang insan . Andai kata , hati itu mati , bermakna jasad itu tidak
berjiwa lagi . Anda faham maksud saya ? Ok . macam ni lah . Jika seseorang itu
tidak mempunyai hati , maka dia akan bebas melakukan apa sahaja termasuklah
perkara diluar tabii seseorang manusia , tanpa ada perasaan belas kasihan .Ish ish ish... Sebab tu lah ada prasa Bahasa
Melayu “Manusia bertopengkan syaitan”
kerana jiwanya kering akibat hatinya tidak di isi . Boleh relate sekarang ??
Kalau nak cerita panjang memang tak larat la kan . Jadi ,
sila dapatkan buku ini di pasaran . Insya Allah , bermanfaat untuk semua !!! Oh.. yaaa... Sebelum saya terlupa ! Ustaz
Pahrol juga ada segmen khas beliau di Ikim.fm . Bagi yang berada diluar negara
, anda boleh dengar siaran ulangannya di laman web rasmi Ikim.fm . Semoga
bermanfaat .
Saturday, November 24, 2012
Karangan bentuk pendapat : Internet
Assalamualaikum dan selamat hari baik semua...
Maaf kerna tidak meng-update setelah sekian lama. Alasan ?
Malas nak ulang ayat yang sama... huehue...
Internet.
internet di sisi google image :) |
Kalau cakap pasal internet budak umur 4 tahun dah tahu buka
komputer ( kesahihah maklumat diragui..hehehe) . Point-nya sekarang adalah
memang zaman la ni memang boleh dikatakan hamba Allah dekat muka bumi ni tahu
tata cara ( eeewaaah ! tata cara..hehe ) pengunaan internet . Sebab itu lah ,
ada prasa-prasa seperti :
“segala maklumat berada dihujung jari anda”
“Hanya Click saja”
Dan sebagainya . Kenapa ? Sebab internet kan mudah . Cuma
click . As simple as that .
Kalau saya cakap pasal pengaruh internet , ni dah boleh jadi
format karangan SPM dah ni . Silap hari bulan budak-budak SPM guna penulisan
maya saya sebagai contoh karangan ( berangan !) hahaha .
Tahu pasal Gaza ? Macam mana pula dengan Syria ? Dah lupa
pasal rohingya ? Kemenangan rakyat Mesir ?
activists around the world for palestine community in FB :) semoga kebebasan milik mereka semua . Insya Allah . Amin . Pray for them :) |
“Eh.. apa pulak kaitannya ?”
Sapa kata tak dak ? Ada aihh..
Sedar tak sedar pengaruh internet begitu besar dalam
menyebarkan dakwah islamiah pada masa kini ( seyes macam karangan bentuk
pendapat ..haha ) . Cuba kita bayangkan jika situasi sama berkalu pada 100
tahun yang lepas . Agak-agaknya kita yang kat Malaysia tahu ke apa yang terjadi
dekat saudara se akidah kita kat Palestin sana ? Sukar bukan . Nak tunggu
berita kat radio dan surat khabar ? Susah dan tak praktikal . Setuju ? Dengan
internet , trajedi bom yang seminit lepas pun kita dapat tahu . betoi dak apa
yang saya cakap ? Tambahan pula ( tambahan pula ?) , sekarang ni
bertambah-tambah la maju dengan adanya live stream . Wallaweh ... zaman tok wan
kita pun tak dak weh .
“Untuuunng laaaa, lahir zaman sekarang” kata tok wan kita .
Saya pernah ingat , tahu tak ada satu cerita P.Ramlee yakni
tajuknya “Pendekar bujang Lapok” , yang ada satu scene tu salah seorang
daripada tiga pendekar tu bertapa kat kubur . Tiba-tiba , puffff.. keluar asap dan “hantu-hantu” dari kubur tu . Saya dan kazen-kazen yang lain , gelak
terguling-guling la... yelah mana taknye , darjat ketakutan hantu zaman
p.ramlee dengan zaman sekarang adalah tersangat jauh bezanya . hehe.. Marah tok
wan saya .
pendekar bujang lapok jangan-bukak.blogspot |
“Hampa tau dak , masa tok wan dulu-dulu , action macam tulah
orang paling terkejut and tepuk tangan tak sangga” kata tok wan sambil
mengenang nostalgia tengok televisyen tak dak kaler dan tak dak remote
controller. Hehe . reaksi cucu-cucu . Diam sebagai tanda hormat tapi dalam hati
..... hahaha...
Tidak dapat saya nafikan , peranannya sangat banyak terutama
sekali bagi pelajar medic seperti saya yang memerlukan maklumat tentang sesuatu
penyakit dengan pantas .
Tapi.
Ramai yang menyalahgunakannya . Saya tak nak sentuh pasal
tengok bideo atau gambar-gambar lucah . Tapi saya nak sentuh tentang
melemparkan emosi pada status sendiri di laman social masing-masing .
“Hek ele... itu hak kitaorang . Tak kacau ko punya email pun
. Yang penuh notification , kitaorang jugak . Yang ko sibuk apa hal ?”
Mungkin sesetengah reaksi yang bakal kita dengar jika
ditegur . Jangan mudah melenting ea sayang . Cuba dengar dan faham .
Saya bagi contoh .
“I bencilah , ingatkan BFF i , rupanya backstabber . I
bencilah . Nama dia..... Hate her so much”
Pernah jumpa ? Seakan-akan ?
Hmmm..
Emosi dilampiaskan di medan maya . Internet la tempat dia
melepaskan beban di dada . Internet la yang “mendengar” segala esakan mata .
Satu soalan .
Siapa Tuhan kamu ?
Allah kan sifatnya maha mendengar lagi maha mengasihani .
Rintihlah segala masalah dan berdoalah hanya kepadanya . Cer fikir secara logik
akal . Mau kala hang dok cerita kat internet , i.e FB , ada masalah dok selesai
. Tambah-tambah ada yang jenis suka “simbah petrol” aka batu api , ish ish ish kan melarat pergaduhan tu .
Hmmm..
Awak yang saya kasihi sekalian ,
Bukan saya tak faham naluri manusia yang memerlukan teman
untuk berkongsi perasaan dan sebagainya . Hakikatnya saya juga begitu . Tapi
berkongsi masalah juga ada adabnya . Minta pendapat bukan minta hasutan .
Yakinlah , bahawa Allah itu ada . Dialah yang maha mendengar
lagi maha mengasihani . Menangislah pada Dia . Pohonlah petunjuk dan pertolongan
pada Dia . Kemudian , bangun dan bergerak maju ke hadapan .
Sunday, November 11, 2012
Tuesday, November 6, 2012
Daie dan Pelajar ?
Assalamualaikum ...
Hmmm.. sebenarnya takut saya nak cakap pasal tajuk ni . Mana
taknya saya bukanlah pelajar jurusan agama . Bukan bekas budak sekolah agama .
Ayah suruh masuk sekolah agama masa tingkatan satu , memberontak , mogok ,tak
mau pi . Haish =.=’ teruk ! Bila dah besaq , mula la rasa menyesal . Tak pa ,
boleh belajar sikit-sikit kan . Bak kata pepatah melayu , sikit-sikit lama jadi
bukit kan ? hehe Insya Allah .
Apa itu DAIE ?
Daie juga manusia . Makan dan pakai macam kita . Ada hati
dan juga perasaan macam kita .
hati menurut internet . heartsoftheschool.edublog.org |
Hati daie atau bukan adalah sama kecuali awak makan lemak banyak . Blockage le jawabnye ..hehe myotstudentblog.blogspot.com |
Daie = pendakwah sebenarnya .
“kirenye ostad dengan ostazah je la yang dipanggil daie?”
Dak aih . Kita semua daie . Sebab kerja menyebarkan Islam
bukan tanggungjawab mereka sahaja . Tanggungjawab bersama deh... hehe
Daie dan pelajar .
Hari ini saya nak kecilkan skop cerita saya . Pelajar
sebagai daie . Perkara ni saya dah perasan lama dah tapi saja buat don’t know
ja ( haish.. sila berubah ye nazira ! ) tapi telah diutarakan kembali oleh seorang adik yang amat saya kasihi .
“Akak... saya stress la dengan budak kelas saya . Selalu tak
datang kelas and ada yang suka datang lambat . Kadang-kadang tu siap buat alasan
diaorang diajar macam tu masa kat sekolah lama diaorang. DAH LA YANG CAKAP TU
BUDAK PEGI USRAH”
Tersentak dibuatnya saya !
Hmm... Saya dengar , saya sendiri malu dan sedih . Lagi
sedih daripada malu . Membayangkan mungkin saya sendiri terbuat perkara yang
memburukkan imej seorang daie dan orang yang mengikuti usrah . Hmmmm...
Mari kita bincangkan isu ini .
Sebelum tu meh kita main-main tanya soalan dulu .
Adakah Islam mengajar kita tentang solat , puasa , zakat dan
haji sahaja ?
Adakah Ibadah hanya pada solat , puasa , zakat dan haji
sahaja ?
Adakah belajar itu suatu ibadah ?
Simpan jawapan kawan-kawan ye . Sebab saya yakin ( insya
Allah) , kawan-kawan mesti boleh jawabkan ? Tapi kali ni saya nak kawan-kawan
tanya soalan tu dan jawab dalam hati . Tanya berulang-ulang kali .
Kita , muslim , yakin bahawasayanya Islam itu ialah
satu-satunya agama yang menyeluruh . Dalam kuliah online , dalam usrah , dalam
youtube , dalam mp3 dan segala bentuk medium dakwah , kita diperkenalkan
dengan konsep Islam itu menyeluruh . Betoi dak ?
jom plan buat bulatan gembira dengan anak-anak dan family yang lain vectorstock.com |
Tapi kenapa kita hanya tepat masa dan tak nak “miss” usrah
ataupun tazkirah je ?
“sebab itulah santapan rohani kitaorang”
Ye betul . Saya tak nafikan . Saya pun turut bersetuju
dengan kenyataan di atas . Mari saya ulang kembali soalan yang terakhir .
Adakah belajar itu suatu ibadah ?
Sudah semestinya belajar itu ibadah jika anda sertakan
dengan kalimah lillahita’ala ( kerana Allah ) . Kenapa susah nak rasa ruginya
kalau miss or datang lambat ke kelas ? Sebab kita jarang menganggap yang
belajar itu adalah suatu ibadah .
“Alaaaa... tu kelas language jeeee”
Awak yang saya kasihi kerana Allah , awak cuba compare-kan
petani yang kerja penat-penat lepas tu dia dapat hasil tuaian begitu banyak
dengan petani yang kerja biasa-biasa dan hasil tuaiannya pun lebih kurang ala
kadar ja , yang mana lagi best ? mesti yang 1st tu kan ? ye dak ?
Berjalan ke kelas .
Pergi kelas memang penat . Tambah-tambah kalau kelas 8 a.m
to 5 p.m .Nak-nak , petang tu ada clinical or practical . Mak aiii penat !
Tapi...
Cuba bayangkan awak pegi kelas dan setiap langkah awak , setiap penglihatan awak , setiap pendengaran awak , setiap soalan yang awak ajukan pada lecturer , setiap pergerakan pensil awak di buku nota awak dan sebagainya dicatit dibahagian amal kebaikan awak . Banyak kan ??? Tak terbayang awak ...
Tapi...
Cuba bayangkan awak pegi kelas dan setiap langkah awak , setiap penglihatan awak , setiap pendengaran awak , setiap soalan yang awak ajukan pada lecturer , setiap pergerakan pensil awak di buku nota awak dan sebagainya dicatit dibahagian amal kebaikan awak . Banyak kan ??? Tak terbayang awak ...
Maaf sangat-sangat.
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]
Friday, November 2, 2012
Thursday, November 1, 2012
Takut dan Lactic Acid ?
Assalamualaikum semua!!!
TORAAA DATANG LAAGIII!!! Hehehe.. main-main jaaa.. saja nak
ambil mood dulu.. huehuehue..
Name TAG YANG KENA RIPPED OFF !!! |
Ok. Baiklah . Selama saya menyepi , banyak yang saya buat
dan dapat . Yang paling saya tak boleh lupa sekali ialah apabila saya telah menyertai
games “RUNNING MAN” ajuran I-SOC ( ala-ala biro kerohanian la kat sini ) .
Disebabkan games start awal , maka hendaklah kita
ber-bangun-bangun tanpa tidur selepas solat subuh. Itulah cabaran pertama. Mana
taknya , selimut biru langit yang gebu lagi suam-suam panas pabila dibawahnya
sangat la mengoda si pemilik yang sudah terkenal dengan hobi tidur . Adesss !!
Haish =.=’ tak elok ea adik-adik tidur lepas subuh . Itu namanya rejeki enggak
, apa sih orang Malaysia bilang , enggak masyuk gitu katanya .hehehe.
Since kitaorang punya gerup ( group ) mai lambat , gara-gara
nak pelekat name tag banyak-banyak yang last sekali kena reject dengan pihak
penganjur tu.. so terpaksa la klu yang kitaorang ada telah disebarkan kepada
group lain. Haish +.+ kan betul Allah kata “demi masa . Sungguh , manusia
berada dalam kerugian” .
Pengalaman :
Mak aaaiii... perempuan main agak ganas la... pakat nak
tarik name tag kata kan . Saya sendiri pun kena attack dengan 4 orang sekali
gus . GILA KAN ?
Ibrah :
1) Mau kala nak cerita pengalaman masa main tu memang esok pun
tak habis la kan . So , meh la kita cerita apa yang kita boleh dapat sepanjang
main –main . Masa main , tak kisah la main apa-apa pun yang
melibatkan kalah mati , mesti kita akan rasa takut mati . Ye dak ??? So , masa
sesi sharing is caring tu kan , ramai lah mengemukakan persoalan . Kenapa KITA
kena takut mati ? Kadang-kadang tu takut mati tu mengalahkan takut pada yang
maha Esa . ye dak ? hmmm... tu membuatkan saya berfikir sejenak .
“Adakah mati itu ertinya anda
sudah kalah ??”
Mesti tidak bukan .
Cuba tengok balik skala ketakutan
anda pada sesuatu . Adakah takut anda pada mati lebih tinggi daripada tuhan ?
wah.. kalau begitu cepat-cepat periksa hati deh... huhuhu..
Kita belajar sirah bukan . Dari
tadika sampailah ke sekolah menengah . Betul ? Kita baca dan dengar ramai para
sahabat yang syahid di medan pertempuran . Adakah mereka kalah ? TIDAK ! bahkan
mereka dijanjikan syurga yang abadi . Kerana
apa ? Kerana mereka tidak meletakkan takut pada mati . Takut mereka hanyalah
pada ALLAH S.W.T .
Kita ? Bagaimana ?
2. Lepas main-main dengan ganas
terguling-guling kat atas tanah , tu mesti la sakit dak ? tak sakit pun mesti
macam lenguh-lenguh kan ? Kenapa ye ?
“eleh, belajar medic pun nak
tanya lagi ke soalan kacang cerdik ni?”
Bukan macam tu ye kawan-kawan...
Kita semua tahu , kalau kita main
secara berlebih-lebihan daripada kebiasaan , kemungkinan muscle cramp atau
muscle injury akan berlaku . Lactic acid accumulation bebagai la kan .. Bla bla bla.
All the medical cycle you named it la la la. Ok dah start merapu . Ehemmm...
Tapi....
Pernah tak terfikir ?
Sakit main itu merupakan cara
Allah menghapuskan dosa-dosa kecil kita masa kita main atau sebelum-sebelum tu
lagi ? Pernah ?
Saya sendiri sebelum-sebelum ni
pun akan cepat mengeluh bila sakit badan lepas hari sukan . Mak aaaaaiiii...
sakitnya tak yah habaq laaaa... sampai nak sujud pun rasa tersiksa . Tapi cuba
recall balik , masa kita main-main dengan kawan kita , mesti ada tersakitkan
kawan secara fizikal dan emosi .
Sebagai contoh :
Kalau nak menang , antara
strateginya mesti kita akan psycho group lain kan . Ye dak ? Mau kala cheer ,
mesti cakap group sendiri hebat dan group lain pi jalan la dan seangkatan
dengannya . ye dak ? Tak ke terguris hati kawan kita yang lain . Lepas tu group
lain pun geram , marah , caci maki kita. Dah timbul satu dosa kat situ .
Hmmm...
Jadi , bagi saya selain sakit itu
function dia untuk heal kan muscle injury kita , ia juga pembersih dosa kita , jika kita
sebut “ALHAMDULILLAH, kerana izinkan ku sakit” .
So , lepas ni kalau sakit lepas
main sports jangan banyak mengeluh ea. Istiqfar dan bersyukurlah kerana Allah
masih sayang pada kita . Insya Allah ^_^
Saturday, October 13, 2012
S.E.M.A.L.A.M
Assalamualaikum... Tajuk macam nak bercakap pasal memori
daun pisang pulak kan ?? hehehe ..
“hek
ele... ada kitaorang kisah hang nak cakap pasal kenangan manis kau dan aku hang
tu ?”
Alaaaaa... jangan la cam gitu . Hontoni ( seriously in
Japanese ) , watashi takkan sebut pasal cerita lama-lama . huhuhu..
Semalam itu kalau bahasa tersuratnya ialah hari sebelum hari
ini . Tapi , sekarang saya nak cakap pasal maksud tersirat “semalam” iaitu
perkara yang lepas atau perkara yang
sudah berlalu .
Sebelum saya berpanjang lebar bercerita , mari kita duduk
sebentar bersama kit-kat dan cuba flash back perbuatan buruk yang pernah kita buat sepanjang hidup kita .
Kalau saya... ya ALLAH.. terlalu banyak untuk disenaraikan .
Rasa sangat malu bila terkenangkan perkara yang lepas , precisely , my past
sins and may Allah forgive me and all of us .
Hmmm.. bercakap tentang perkara semalam . Kalau kita buat
sesuatu kesilapan , mesti kita mengharap Allah akan maafkan kita . Setiap kali
solat mesti kita akan sebut :
“ ya Allah ampunkanlah dosaku , dosa ibu bapaku , keluargaku , guru-guru ,
sahabat-sahabat dan semua muslimin dan muslimat , mukminin dan mukminat .”
Betoi dak ???
Kita akan sentiasa mengharap dan mengharap pengampunan dosa
dari Tuan kita . Betoi ??
TAPI....
Bila time kita nak memberi pemaafan kepada orang lain... ya ALLAH ... cukup berat
kan ?
Betoi dak ? Kadang-kadang tu salahnya macam sebutir beras ibarat setitis
peluh petani tapi rasa marahnya pada
orang tu macam sekontena beras basmati cap HIMALAYAN CROWN ( beras ni sedap
wooo...) . Abaikan part beras .hehehe..
panjang kan ? |
Kenapa ye ? pernah tanya diri sendiri ?
Saya mengaku , saya memang agak cepat melenting orangnya (
ohhh.. man ! habis rahsia aku.. huhu ) . Saya akan cepat rasa marah walaupun
ada orang buat kesalahan yang kecik . TERUKKAN ... ish ish ish =.=’ anak sapa
la tu .
Well, bila dah besar .. mulalah rasa bersalah dengan apa
yang kita pernah buat.Jadi , apabila saya terasa saya terbuat salah pada orang
, saya akan cuba untuk minta maaf dan kalau lepas ni ada sapa-sapa yang pernah
terasa dengan saya , tolong ye bagitau , saya boleh minta maaf pada anda . Saya
bukan apa saya cukup takut , perkara semalam saya akan terbawa-bawa ke akhirat
kelak . GULP !!!
Hmmm... Tapi satu je
yang saya terlupa dan baru teringat kembali .
JENG, JENG, JENG...
Kita sentiasa mengharapkan kemaafan daripada orang lain ....
tapi mai tang kita susaaaahnyaaaa kita nak maafkan orang lain... ye dak ? kita
rasa dosa dia besaq nak mampiuh , padahal dia baru je terambil pensel picit cap
JURUTERBANG aka PILOT kaler oren .. haish =.=’ Memang saya punya contoh agak
ter-over sikit kan.. tapi still... kita ( saya actually.. hehehe ) selalu
exaggerate benda yang kecik menjadi besaq ... hmmm... Itulah salah satu punca
kenapa kita susah nak maafkan kesalahan orang lain.
Lagi satu hal.
Kita susah nak maafkan orang lain sebab kita
asyik terbayang-bayangkan memori batu kikir jambatan bosi dia . Maksud saya , kebanyakan manusia di
muka bumi ini pernah hidup dalam radius jahiliahnya yang tersendiri . Betoi dak
? Saya pun begitu . Sekarang pun kadang-kadang ada jugak.. haish =.=’ ( p/s :
nazira please reduce your jahiliah meter!! Huhu ) Kita seboleh-bolehnya tak mau
dekat dengan dia atas dasar dia pernah buat begitu dan begini. Kita rasa tak
ngam dengan dia . Kita rasa allergic ngan dia walaupun dia tak dak masalah
kulit pun nak bagi kat kita .
quran.com |
So, TOLONG DAN TOLONGLAH berhenti !!!! Maafkan dan terimalah
sahabat kita seadaanya seperti mana kita mahu orang lain memaafkan kita dan
menerima baik dan buruk kita . Akhir kata , mau kala nampak saya sukar untuk maafkan orang lain , mintak ketuk kepala saya dengan kadar yang sederhana... hehehe ^_^
Friday, October 5, 2012
Segan = Malas
Assalamualaikum semua...
Memang benarlah orang kata budak medic ni sentiasa bizi .
Sejak 2-3 minggu yang lalu , saya bizi dengan statistics iaitu sebuah subjek
yang memang sejak di bangku sekolah saya kalau boleh mahu elakkan . OOOOhhhh
stats kita ketemu lagi.... T_T
Ok. Mari kita berbalik ke tajuk perbincangan kita.
Pertama sekali , mai pakat mai tengok ayat ni.
Well . Sebenarnya ada kisah disebalik ayat ni . Cerita yang
related dengan ayat ni . Bila terlihat ayat ni pasti sebuah lengkungan akan terukir di wajah ini :)
Lokasi : Ruang tamu rumah encik nasir
Masa : Sesudah maghrib
Mak : kakak.. pi mandiiii.. dah nak masuk isyak... tak kan
tak mau mandi lagi kooot.. dah lewat dah ni..
Kakak ( saya ) : Alaaaa.. rilek la mak ... awai lagi.. pukoi
10 pun dak lagi ... ( sila jangan contoh !! )
Ayah : Kakak... pi mandi .
Kakak : Sat naa ayah.. sat ja...
Ayah : Kakak ni... tak segan ka ?
Kakak : Laa.. ayah ni ... buat pa nak segan .. bukannya
kakak tak pakai baju dok tengok tv ni ( cuba untuk berseloroh.. dengan harapan
dapat escape mandi.. ish ish ish =.=’ )
Ayah : Kakak tak segan dengan Allah ?
Suasana pada ketika itu sangatlah sunyi. Even bukak tv pun
rasa macam tak dengar apa-apa . Itu maknanya sesi tazkirah akan bermula .
Ayah : Kakak.. kakak tak segan nak jumpa Allah dalam keadaan
tak bersih , tak mandi . Mau kala nak jumpa cikgu , bukan main lagi .. mandi
berejam ( berjam-jam ) . Sepatutnya dengan Allah la kita buat macam tu . Bukan
dengan cikgu kita .
Perghhhh... memang straight to heart la waktu tu kan .
Saya pun perlahan-lahan bangun dari kerusi nan empuk . Tuala
dicapai . Mandi dan solat Isyak .
Mungkin ada sesetengah pendapat kata , saya sedang membuka
pekung diri sendiri .
Mungkin .
Tapi , saya yakin ada pengajarannya.. A human need to learn
his and others mistake right ?
i used to do this when bathing my lil bro . He loved it !!! ^_^ webbaby.net |
Sunday, September 30, 2012
Monday, September 17, 2012
Antara KAHWIN dan MATI
Assalamualaikum.
Bukan akad nikah sahaja di sini bahkan solat jenazah pun di sini . |
Hari ni saya nak tanya . Berapakah usia anda ? Kalau versi
utara ... Umuq hang dah berapa ?
Saya ? Saya , bakal 22 tahun pada Disember ini ( ecece.. nak
bagi tau besday bila la tu )
Kalau anda yang berada di usia saya , mesti dah terima
kad-kad ataupun undangan perkahwinan rakan-rakan . Betoi dak ?
Tak pun tengok gambar-gambar sahabat handai yang bertunang
serta berkahwin di Facebook. Betoi dak ?
Bila reflex kepada diri sendiri , mesti akan tertanya-tanya
. Bila pula giliran aku akan tiba ? Tak pun macam ni :-
1)
Alhamdulillah... mabruk.. doa-doakan saya pula
yea . hehehe
2)
Untunglaaaa dah kahwin .
“ehh ... mana ada .. tu cik nazira sorang je”
Ye ke ? Takkan sekali pun tak tercuit perasaan sebegitu
rupa. Mesti ada bukan ?
Tapi...
Dalam banyak-banyak perkhabaran tentang “pembinaan masjid” ,
pernah tak terdengar berita tentang kematian ?
Hmmm...
Ada bukan ?
Bagi pengalaman saya sendiri ( bukan saya yang nak kahwin ok
.. ) , setiap kali ada berita tentang walimatul urus , mesti selepas tu akan
tersampailah berita tentang kematian .
Sebagai contoh , sebulan yang lepas semasa saya di Malaysia
terchinta ( bak kata Kak Laila .. hihi ) , saya telah menerima kad jemputan
majlis perkahwinan rakan saya. Tup tup beberapa hari yang kemudian , mak cik
yang solat terawih belakang saya meninggal . Waktu tu saya masih tidak sedar
akan kaitan mati dan kahwin .
Sampailah ke hari ni
.
Siang tadi , saya ada terlihat gambar seorang senior yang
amat saya kasihi iaitu Kak Mas telah pun selamat diijabkabulkan dengan seorang
ustaz . Alhamdulillah. Semoga perkahwinannya dirahmati dan diberkati Allah .
Bila sang mentari mengundur diri ( wah.. kelas bahasa melayu kau !! .. hehehe )
, maksudnya malam la... terima pula berita tentang ibu kepada junior saya yang
sedang sakit . Junior saya pun telah berada di Malaysia untuk bersama-sama
dengan ibunya . T_T. Semoga beliau selamat dan semoga Allah tabahkan hati
beliau dan keluarga beliau.
Dan itu merupakan saat yang saya betul-betul terjaga
daripada mimpi-mimpi indah bahawa kita bukan selamanya di sini . Perjalanan
kita maaaaasiiiiih ( masih ) panjang . Asyik syok fikir bila eh aku nak kahwin
? Siapa eh aku nak kahwin ? Majlis aku nak buat kat mana ? Hantaran nak letak
apa ? Macam-macam lagi la soalan tentang kahwin , kahwin dan kahwin . Tak dak
pun terselit tentang mati . Kalau aku mati , macam manalah keadaan aku ?
Timbangan mana lebih berat ? Hutang aku dah langsai ke ? Aku dah minta maaf kat
semua orang ke ? . Pukulan yang agak
kuat tadi . Dush dush dush !!
Gambar hiasan semata - mata . Sila jangan salah faham . Lukisan untuk rakan . hahaha.. ( tak senonoh lukis mase lecturer mengajar... jangan tiru aksi ini ) |
Saya bukan anti kahwin . Kahwinkan sunnah nabi . Saya
gembira jika ada rakan-rakan yang berkahwin . Insya-Allah doa saya ada untuk
anda-anda semua ^_^ . Tapi sebagai peringatan , mati itu juga sesuatu yang
pasti . Ingat mati dapat pahala tau . huhuhu. Ingat mati tak pernah meruntuhkan
diri bahkan siapa yang mengingati mati ialah orang yang akan berjaya di dunia
dan di akhirat kelak . Insya Allah .
P/s : Doa-doakan ek untuk ibu kepada junior saya iaitu shafinaz . Semoga dia dan ahli keluarga tabah dan di beri kekuatan dari Allah . Doa juga untuk saudara Islam diluar sana tak kira lah di Malaysia ke , Syria ke , Palestin ke ...mana-mana saja ea.. ^_^
Saturday, September 15, 2012
Bila Kubur kata " kamon bebeh"
Assalamualaikum...
Aku memang suka menulis . Tapi tu la.. bebagai kekangan .
kekangan masa la , internet la... kalau merungut tak guna jugak.. pokok pangkal
usaha ye dak ?? ok fine aku mengaku memang salah aku . Masanya ada tapi aku ja
yang tak pandai nak bahagikan masa dengan sebaiknya . Internet pulak ada tapi
kat CC ja la.
Pi naik moto la
Tak dak lesen laaa..
Amik la lesen . Apa susah
Jangan cakap pasai lesen dengan aku . sensitip tau bab-bab lesen ni .
Cerita la sikit..
Datuk siti kata “biarlah rahsia”
Hahahahaha... hanya orang yang terdekat ja tahu pasai apa
aku tak ambil lesen sampai ke laaa ( sekarang ) .
okeh mari kita lupakan memori
daun pisang waktu jalan-jalan .
Jangan tanya kenapa ! ehehe |
Aku memang minat menulis . Dari dulu lagi . Tapikan sejak aku
sekolah rendah lagi , aku teringin sangat nak jadi fashion designer ( eceece...) .
Maybe cool kot kalau jadi fashion designer . And aku still nak jadi fashion
designer . fashion designer muslimah . Insya Allah .
Gila !
Mungkin . Tapi tak mustahilkan?
Masa naik form 2 dah start baca novel cintan-cintun tu..
Novelist yang aku paling suka ialah Norhayati berahim . Novel favourite
aku mestilah “Cinta Pertama” tapi yang aku kesal sekali bila dah di adaptasikan
di TV , dia dah jadi tak best . Asal ? Nurul Iman yang islamik dah tak jadi islamik
bila di kaca TV . Hurmmm.. sedih sedih sedih ...
Baca novel ini tidak sesekali mengikis ke-macho-an aku.. huehuehue.. |
So , start dari situ aku mula
pasang angan-angan nak jadi penulis ( ececece... ) . Doktor ?? tak pernah
sekali ( aku rasa la ) aku tulis yang aku nak jadi doctor . hehehe..
Berbalik pada minat aku dalam arena ( arena ??) , penulisan
. Kalau dulu aku tulis , sebagai satu cara untuk menghamburkan beban di dada
aku . Aku rasa puas macam tu . serius ! Tapi bila dah besar , yelah kubur pun
kata “ kamon bebeh “ , dunia pun dah kata “go away” , mula terfikir , apa POINT
aku tulis berjela-jela sebenarnya ? Kepuasan ? Untuk apa ? Untuk siapa ? bila
kita post apa yang terbuku di hati kita rasa puas . tapi sampai bila kita puas
?
Since aku suka tengok drama-drama ( dulu la sekarang ni dah
tak larat da... nenek dah tua ) . Salah satunya ialah UGLY BETTY . well for me
, memang la memang sangat berjela-jela , merapu , entah apa-apa dan boleh
dikatakan banyak juge babak yang tak wajar dilihat ( kurang pahala
nanti..ehehe) . Tapi aku terasa inspired dengan satu episode ni , betty buat
blog untuk inspired other people . and for me that’s sooooo cool . and ada juga
satu babak tu yang dia geram sangat kat Daniel , so dia pun tulis buruk-buruk
pasal Daniel and accidently terpost , and kesan buruk dia sangat-sangatlah
buruk...
Sebelum aku menulis , aku ada juga baca-baca artikel ataupun buku untuk dapat inspirasi ( ecece... ) . Ramai penulis cakap
sebenarnya apa saja yang kita buat kat dunia ni semuanya mesti lillahi
taala ( kerana Allah ) , sebabnya dari dia
kita datang dan dari dia juga kita kembali . Aku tersentap ! A’aaa kan .
Kelas kau nazira , mentol menyala keluar pokok ! ahaha |
Mentol menyala !! (tiiiing !!) Memang baik kita tulis to
inspired people . tapi adalah lebih baik kita menulis to inspired people
lillahi taala . beza tau . dapat pahala wooo.. insya Allah !! yakin pada-Nya .
Insya Allah dapat . Seronok sangat bila dah nampak penulisan tu sebagai satu
wadah untuk terus dekat kepada-Nya . Aku menulis more to self motivated tapi
kalau ada yang termotivate , Alhamdulillah . tak dak orang baca pun aku tak
rasa kecewa sebab aku hanyalah hamba yang tiada kuasa untuk mengerakkan mata
manusia yang lain untuk membaca cebisan surat maya yang hina ini ( ececee) . cukuplah sekadar apa yang aku buat
dilihat-Nya . Itu yang aku pinta .
Sunday, July 15, 2012
Saturday, July 14, 2012
Cinderella dan Tudung Bidang 60'
Assalamualaikum
semua...
Bertemu
kembali... tapi sebelum saya start merapu biar saya katakan disini , SAYA TIDAK
MENJUAL SEBARANG JENIS TUDUNG . Saja nak buat tajuk-tajuk kononya gempak..
hehehe
Tudung
bidang 60’ .
Labuh aka
tudung ustazah-ustazah ja yang pakai ( eh ?? ) . sebelum kita pergi dengan lebih jauh , nak
dengar cerita Disney versi pakai tudung tak ???
Alkisah....
Cinderella
ialah seorang gadis yang memakai tudung bidang 60’ . Ayu dan disenangi ramai .
Sering dijadikan contoh dan tauladan oleh rakan-rakan dan juga bakal-bakal mak
mertua . Beliau juga tempat rujukan sahabat handai kerana beliau merupakan
bekas pelajar sekolah agama yang agak terkenal di semenanjung Malaysia .
Suatu hari ,
Cinderella berbicara dengan salah seorang sahabatnya iaitu Bella Swan . Leka
dengan perbualan mereka hingga Cinderella tidak sedar tajuk perbualan mereka
sudah menjadi gossip . Sudahlah ter-deviate tajuk perbincangan , Cinderella
juga terlupa bahawa beliau ada mesyuarat perwakilan pelajar . Tweety yang
sedang mengisi air di water cooler berdekatan dengan tempat tersebut mula
memasang telinga .
“ Ingat kot
baik.. i’m gonna tweet this. It’s
totally hooooot stooory.”
Cinderella
tak ada account tweeter. Beliau tidak sedar akan kewujudan berita yang
mengaibkan beliau . It spreads so virally like crazy . Cacian makian mula
menjadi santapan pengunjung melihat twitter si tweety . Di kampus , Cinderella
mula di sisihkan . Ada yang memandang dengan pandangan yang serong , ada yang
peril memerli. Dia tidak faham lagi keliru .
Lantas ,
Cinderella nekad untuk bertanya pada rakan yang amat dia kasihi iaitu Snow
White .
“Snow
white.. saya rasa sedih.. Lately kan, ramai yang macam tak nak kawan dengan
saya ... Awak pun saya tengok macam menjauh dengan saya . Kalau dulu ,
tiap-tiap hari awak datang ke bilik saya tapi sekarang....hmmm.. awak marah
saya ke ? ”
Snow White
bukan tak nak pergi bilik Cinderella macam dulu-dulu tapi dia dapat ugutan dari
geng Tweety yakni Mulan , Jasmine dan Stepmother supaya menjauhkan diri
daripada Cinderella . Kalau tak , dia pun turut dikatakan bersubahat dan bakal
disisihkan . Tapi...
“Cinderella
ketahuilah bahawa ada yang mengatakan awak bergosip dengan Bella swan dan terus
buat awak lalai dalam menjalankan amanah awak sebagai wakil pelajar . Mereka
kata awak cakap je lebat tapi buatnye tidak . Saya tahu awak bukan macam tu .
Saya rasa awak cuma tercakap je . Tapi kenapa mereka buat awak macam tu ?
Mereka sebarkan di twitter dan cakap macam-macam . Bahkan saya di kecam untuk
tidak bercakap dengan awak . Saya sedih . Saya nak kembali seperti dulu.” Ujar
Snow White sambil menangis teresak-esak .
Terjelopok
Cinderella jatuh ke lantai .
Ya Allah ..
Apa yang telah aku lakukan . Aku berdosa . Ya Allah Ampun kan aku. Sungguh aku
tak sedar . Sungguh ya Allah . Segera beliau ke kaki sejadah dan sujud taubat
kepada YANG MAHA ESA. Setelah itu , beliau terus membuka FB dan menulis status
yang dia memohon maaf atas perbuatannya tempoh hari sehingga menimbulkan
kesulitan kepada ramai pihak.
Sekali lagi
, komen-komen di bawah status beliau bercampur dengan kata-kata “ tak pe benda
dah lepas” dan juga “blah la.. ingat kot baik gileeer nak mampus . Rupa-rupanya
, fake gileer”.
To be
continued....
So dari
cerita yang telah disampaikan . Apa yang korang dapat ?
1) Jangan gossip dekat2 water cooler ?
2) Jangan Gossip dekat2 waktu meeting ?
3) Jangan lupa sign up account Twitter ?
Jadi yang
mana satu ???
Hmm... Pada
pendapat insan yang biasa seperti aku ni... Kita semua manusia tidak pernah
akan sempurna . Cacat cela dimana – mana . Mungkin lepas ni kita akan jadi
pendosa ( nauzubillah ) dan mungkin juga kitalah akan menjadi pembuat kebaikan
( Insya Allah ) .
Kita bukan
maksum . Kadang-kadang kita akan TER-buat jugak dosa . Begitu juga orang-orang
yang kita selalu panggil dengan gelaran “budak alim” tak pun “budak surau”.
Mereka juga bukan maksum . Jadi , kawan-kawan kita juga tidak terlepas (secara
tidak sengaja) untuk melakukan dosa . Tapi kenapa mereka selalu dikeji dengan
kejian yang saya kira amat melampau ?
“sebab
diaorang belajar sekolah agamalah.. sepatutnya diorang lagi tahu lebih buruk baik
semua benda. Diorang kan dah banyak hafal-hafal surah dan hadis bebagai . So
diorang mestilah tak boleh buat macam tu”
Ehhhh... wait a second . Cuba kite rewind balik kenangan manis kau dan aku ( amboi nak nyanyi
pulak dah aihh... ) duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia ... ekeke.. kat
sekolah dari darjah 1 sampai lah tingkatan 5 kita semua akan belajar pendidikan
Islam dan tak silap saya masa tingatan 4 dan 5 pun still kena hafal sedikit
hadis dan surah. Ye dak ? so asas kita sama , mungkin diaorang lebih sikit la..
tapi the basic things kita semua insya Allah tahu . Jadi , kenapa kita tak keji
diri sendiri bila kita mengumpat orang dan kenapa kita mengeji golongan
tertentu sahaja . if that so , you can call yourself as a racist because you
don’t treat yourselves and others equally
. You considered yourselves to have immunity from being criticised and
etc . Think baby think !
will you give it to me ? |
Jadi ,
marilah kita hentikan budaya seperti drama Disney versi melayu di atas ..hehehe..
Ianya perosak perpaduan ummah kita ( ayat selalu nak global ea .. cik nazira ) dan juga perosak iman kita . Mari kita guna
pendekatan yang lebih baik iaitu menegur dan memberi nasihat kepada yang
terlanjur berbuat dosa . Berilah dengan cara yang berhikmah bukanlah
dengan cara menjatuhkan maruah indivitu
tertentu . Put yourselves in that person’s shoes . Do you want people scold you
in the public ? tak kan .so treat them as if you treat yourselves .
Tidak perlu
kita tergesa-gesa untuk melihat outcome-nya sebab outcome is from Allah . Our
part is to give naseehat not to change people . Let them take time to realize
what is right and what is wrong . Insya Allah , they will try to accept it .
Peace ^_^V
P/s : Saya tidak sempurna . Tujuan penulisan lebih kepada diri sendiri sebab saya jua tidak terlepas melakukan umpat-umpatan . Semoga Allah mengampuni saya dan semoga orang yang pernah saya umpat jua memaafkan saya . Tidak perlu memakai tudung bidang 60' untuk memberi nasihat . Tudung syria , tudung hana tajima , tudung mak cik temah , tudung bawal mahupun tudung ikan kering semua boleh beri nasihat . Jika mahu menunggu sampai cukup ilmu selamanya tidak akan ada yang boleh memberi nasihat . Tolong nasihatkan saya jika saya buat salah ea... hehehe terima kasih ... ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)